Cerita Pelik Bagaimana Saya Boleh Mula Melabur Saham


Tahun ini adalah tahun di mana saya mula slow down buat content di sosial media. Entah kenapa makin bertambah usia, makin malas pula rasanya nak expose diri di khalayak ramai. 



Blog ini pun dah lama saya tak jenguk. Tapi hari ini saya paksa diri juga untuk menaip memandangkan tahap kemalasan saya semakin meruncing dan saya tak mahu buah M ini menjadi asbab pageview blog saya turun ke bawah angka 100. Sekarang pun pageview dah menjunam ke bawah 1000. Haish..


Sebenarnya, saya sekarang sedang belajar untuk konsisten melabur di bursa. Kalau sebelum ini saya cuma pilih saham dividen untuk long term investment, sekarang saya cuba melabur secara short term. Alhamdulillah dengan rezeki daripada Allah, dapatlah duit lebih untuk saya belanja keluarga makan di luar dan beli durian dengan duit hasil trade saham.


Cerita Pelik Bagaimana Saya Mula Melabur SahamSebenarnya ada kisah pelik di sebalik bagaimana saya boleh mula melabur saham. Bila difikirkan balik, Allah seolah-olah ingin saya belajar saham dengan mengenalkan saya kepada orang yang tak dikenali. Kebiasaannya bila kita nak buat sesuatu, kita akan berusaha untuk cari ilmu tentang perkara tersebut. Tapi saya pada awalnya langsung tak mahu belajar tentang saham kerana saya bukanlah orang yang berani melabur dalam pasaran high risk, apatah lagi nak melabur dalam saham.


Saya pernah lihat abah menjerit kegembiraan semasa saya kecil dahulu. Pada ketika itu untung rugi pasaran saham disiarkan di bahagian bawah tv semasa siaran berita TV3. Saham yang abah beli ketika itu buat kenaikan. Tapi itulah kali pertama dan terakhir saya lihat abah begitu, kemudian tiada lagi. Mungkin abah dah menjual sahamnya atau saham beliau membuat kerugian? Entah, saya pun tak pernah tanya. Sehingga saya dewasa, tiada sesiapa di sekeliling saya yang terlibat dalam pelaburan saham di bursa KLCI. 


Semoga ada rezeki untuk take profit pada nilai yang saya mahu

Cerita pelik yang saya alami bermula apabila saya berkenalan dengan seorang anak muda melalui platform Facebook. Dia tak bekerja tapi mempunyai kedai pada ketika itu. Dia kenalkan diri sebagai seorang full time trader di bursa Malaysia. Kami bersembang biasa di chat dan si lelaki itu seringkali menyuruh saya buka akaun CDS. Saya yang pada masa itu tak tahu apa itu CDS, memang tak mahulah nak buka akaun. Lagi pula saya tak merancang mahu melabur saham. Hampir setiap kali kami bersembang, dipaksanya saya buka akaun.


Dia pula bukanlah remiser yang akan dapat untung jika orang melabur di bawahnya. Lelaki itu hanya suruh saya buka akaun CDS berpandukan tutorial di Youtube. Akhirnya pada penghujung tahun 2020, akibat terlalu bosan acap kali disuruh buka akaun, jadi saya beranikan diri untuk buka akaun CDS dengan menggunakan Youtube sebagai rujukan.


Setelah akaun berjaya dibuka, saya mula masukkan wang ke dalam akaun CDS sebanyak RM1000. Itulah permulaan di mana saya mula belajar melabur di pasaran bursa. Sejak itu saya mula menggali lebih banyak ilmu tentang saham secara self-learn. Apa yang menghairankan adalah selepas saya mula buka akaun CDS, saya dan si lelaki tersebut semakin jarang berhubung dan sehingga kini kami tidak lagi bersembang di ruang chat. Hanya sesekali saya akan like status Facebook beliau dan dia meninggalkan komen di status saya. 


Begitulah hebatnya Allah memberi ilmu melalui orang yang tak saya kenali. Benarlah kata-kata yang pernah saya dengar daripada sahabat saya dahulu, 'setiap orang yang datang dalam hidup kita bersebab'. Hanya saja kita tak nampak apa sebab kehadirannya kepada kita. Tanpa paksaan daripada sahabat itu dahulu, tentu sekarang pun saya masih tak tahu yang saya boleh dapat keuntungan lebih cepat dengan saham. Dan pastinya saya masih menyimpan duit di bank dan unit trust semata-mata.


Sekarang saya masih belajar membeli saham. Bulan Mei tahun ini adalah permulaan saya kembali aktif melabur di pasaran bursa dan saya merancang untuk menjadi short term trader. Tapi jika berlaku kerugian panjang, nak tak nak saya akan kembali jadi long term trader. Cuma kali ini saya tak lagi memilih untuk melabur dalam saham dividen semata-mata. Asalkan nampak ada peluang kenaikan bagi sesuatu kaunter itu dan ada wang dalam akaun saya..saya akan masuk untuk trade.


Walau bagaimanapun ada cerita kerugian yang saya alami pada bulan ini. Saya ceritakan pada artikel seterusnya ya, in shaa Allah. Semoga trading journey saya ini akan bantu saya untuk dapat lebih banyak keuntungan pada masa hadapan dan semoga Allah redha. Aamiin..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2024/07/cerita-pelik-bagaimana-saya-mula-labur-saham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Woiii Pn Jangan Meroyan La Masa Kamu Jelas Boleh Keh Keh Keh

Woiii Pn Jangan Meroyan La Masa Kamu Jelas Boleh Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 98 hits
Apa lagi la mamat ni nak meroyan ni Ada je yang dia tak puas hati dengan kerajaan Tapi sebelum cerita pasal mamat ni kita cerita dulu tentang 6 MP Bersatu tu Kenapa tindakan Tri Sri Speaker sebenarnya tepat hanya terpakai pada MP yang sama ...
Hiburan Netizen Berang Mesin Layan Diri Vape Diletak Dalam Pusat Beli Belah Remaja Bawah Umur Pun Boleh Beli

Hiburan Netizen Berang Mesin Layan Diri Vape Diletak Dalam Pusat Beli Belah Remaja Bawah Umur Pun Boleh Beli

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 285 hits
Kemunculan mesin layan diri vape di sebuah pusat membeli belah terkemuka ibu negara menaikkan kemarahan dan mengundang kritikan warganet di media sosial baru baru ini Menurut warganet meletakkan mesin itu di tempat awam sebegitu tidak patut...
Netizen Dakwa Neelofa Tiru Stail Fazura Peminat Backup Dia Je Boleh Pakai Tudung Topi

Netizen Dakwa Neelofa Tiru Stail Fazura Peminat Backup Dia Je Boleh Pakai Tudung Topi

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 145 hits
Netizen dakwa Neelofa tiru stail Fazura selepas tular sebuah video memaparkan dia menggayakan tudung bersama topi dalam sebuah majlis kolaborasi bersama sebuah jenama Dalam video itu pelakon yang juga usahawan Neelofa dilihat hadir ke sebua...
Zaman Kami Boleh Zaman Kamu Tak Boleh

Zaman Kami Boleh Zaman Kamu Tak Boleh

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 160 hits
Zuwairi Md YusofJangan layan pembodohan percaya sama palatao PN kaki sakau JOHARI dulu PENJAWAT AWAM di JPA boleh tengok wiki dia bukan kecil anak punya SPEAKER Bagai langit dengan bumi dia dengan speaker zaman PN tebuk atap 3 tahun lamanya
Biodata Rina Nose Pelawak Serba Boleh Kelahiran Indonesia

Biodata Rina Nose Pelawak Serba Boleh Kelahiran Indonesia

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 236 hits
Nama Rina Nose sedang meningkat naik di Malaysia apabila gelagatnya sebagai pencara program realiti TV Big Stage dan The Hardest Singing Show mendapat perhatian ramai Untuk artikel pada kali ini kami akan membawa anda mengenali dengan lebih...
Ok La Boleh Lagi Gi Jalan

Ok La Boleh Lagi Gi Jalan

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 145 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin Toh Puan Na imah Abdul Khalid bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk pergi ke London dan Venice Hakim Azrul...
Anwar Dan Muhyiddin Berbalah Keputusan Boleh Makan Diri 6 Mp Bersu

Anwar Dan Muhyiddin Berbalah Keputusan Boleh Makan Diri 6 Mp Bersu

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 249 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 11 Julai 2024 1 Sarang pelacuran judi dibiarkan termasuk semasa kerajaan dulu 2 Anwar salahkan Bersatu 6 MP kekal kerusi masing masing 3 Saya faham betul peruntukan perlembagaan yang tak faham ialah Anwar 4 Kepu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization