Tak Ada Kajian Barut Boleh Elak Kembung Bayi


Bayi kembung perut atau masalah kolik adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam.

Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar.
Perut kembung adalah keadaan paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat. Dikatakan bahawa bayi kembung perut sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama.
Menurut doktor kanak-kanak, Dr. Tengku Putri, tiada kajian yang mengatakan pemakaian barut pada baby boleh mengelakkan colic. Sekiranya kain dan saiz tidak sesuai atau terlalu ketat, ia juga akan lebih menyebabkan anak tidak selesa.
Tapi kalau memang nak pakaikan jugak barut tu, tolong ikut 3 panduan yang Dr Ahmad Luqman Bukhari kongsikan ni:
#1. Pilih barut yang materialnya diperbuat dari kapas lembut. Cuma kalau nampak si kecil tu ada tanda alahan pada material barut tu, lebih baik elakkan.
#2. Jangan pakaikan terlalu ketat. Kadang tu kita rasa barut tu longgar dah tapi rupanya lepas menyusu terus jadi terlalu sempit.
Sebab tu kena tengokkan jugak barut tu tiap kali lepas berikan susu.
Barut yang ketat akan buatkan isipadu perut jadi terhad lalu risiko si kecil tu muntah dan jeluak bertambah. Kalau memang nampak dia tak selesa, tanggalkan je benda tu.
#3. Elakkan barut tu cover tali pusat yang masih belum tercabut lagi.
Kita tak nak kawasan tu asyik lembab je sampaikan kuman beranak pinak kat situ. Tu yang silap haribulan budak tu boleh terkena jangkitan dan jatuh sakit.
Nak tau tak punca baby kembung perut?

Tip melegakan kembung perut pada baby
Teknik penyusuan
Anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!
Tukar susu formula
Masalah kembung perut pada baby mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
Puting yang sesuai
Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
Menjaga pemakanan
Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah kembung perut pada bayi. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.
Sendawakan bayi
Bayi kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.

Alihkan perhatian
Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.
Mengurut
Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.
Dodoikan
Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.
Dapatkan bantuan
Cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan anda. Pastikan ibu semua mendapat rehat yang secukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.
Kredit: Dr Tengku Putri , Dr Ahmad Luqman

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Tak Ada Kajian Barut Boleh Elak Kembung Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-ada-kajian-barut-boleh-elak-kembung-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Urutan Untuk Bayi Tak Selera Makan Kembung Perut Susah Membuang

Urutan Untuk Bayi Tak Selera Makan Kembung Perut Susah Membuang

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 135 hits
Bila dah bergelar ibu kerisauan paling utama adalah pada anak Anak sakit tak selera makan meragam atau merengek tanpa sebab akan buat ibu rasa tak senang hati Sebagai ibu pastinya kita nak yang baik baik saja untuk anak Bagi ibu yang ada an...
Masalah Bayi Kembung Perut Susahkan Hati Mama Ini Cara Atasinya Dengan Mudah

Masalah Bayi Kembung Perut Susahkan Hati Mama Ini Cara Atasinya Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 136 hits
Masalah bayi kembung perut memang sentiasa susahkan hati mama Siapa tak risau bila si comel asyik menangis tak henti henti Orang tua tua cakap bayi mudah terkena masalah kembung perut Kalau dia menangis tanpa sebab walaupun sudah diberikan ...
Elak Ruam Lampin Pada Bayi Doktor Kongsi 10 Tip Mudah Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

Elak Ruam Lampin Pada Bayi Doktor Kongsi 10 Tip Mudah Paling Mujarab Yang Tip Terakhir

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 108 hits
Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu ibu menguruskan si kecil Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang ...
Drama Romantik Wedding Agreement The Series Kini Boleh Distrim Di Disney Hotstar

Drama Romantik Wedding Agreement The Series Kini Boleh Distrim Di Disney Hotstar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 156 hits
Dalam filem Wedding Agreement tahun 2019 penonton menarik nafas lega apabila filem itu berakhir dengan Tari dan Bian bersetuju untuk terus komited dengan hubungan mereka dan kekal berkahwin Tetapi adakah ia benar benar bahagia untuk Tari da...
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 132 hits
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta SETIAP hari manusia akan membuang air besar bagi mengeluarkan najis yang merupakan sisa makanan dan minuman yang terhasil ketika proses pencernaan selepas tubuh menyerap se...
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 116 hits
Terlalu Banyak Makan Daging Merah Boleh Sebabkan Badan Berbau Antara Kesannya DAGING lembu dan kambing memang enak tetapi hati hati sekiranya makan secara berlebihan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan Secara dasarnya dagin...
Menangis Ke Sekolah Tu Normal Ada Trik Mak Ayah Boleh Praktik Sebelum Ke Sekolah

Menangis Ke Sekolah Tu Normal Ada Trik Mak Ayah Boleh Praktik Sebelum Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 154 hits
Anak menangis itu normal Sekian lama bersama ibu dan ayah dan kini terpaksa berpisah malah melihat wajah wajah yang asing dan tidak biasa membuatkan anak merasa tidak selamat dan tidak selesa Menurut perkongsian pakar pada usia lima tahun a...
Resah Fikir Anak Asyik Kena Gigit Nyamuk Satu Bahan Ni Saja Boleh Halau Nyamuk

Resah Fikir Anak Asyik Kena Gigit Nyamuk Satu Bahan Ni Saja Boleh Halau Nyamuk

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 152 hits
Selain masalah lipas yang menghantui rumah kita Masalah nyamuk juga sentiasa buat kita resah kerana memikirkan bimbang menggigit anak kecil kita yang sedang nyenyak tidur Tak perlukan penyembur untuk menghalau nyamuk rupanya dengan satu bah...
China Benua Pun Boleh Dapat 2 200 Ekar Tanah Untuk Tanam Durian Di Kelantan

China Benua Pun Boleh Dapat 2 200 Ekar Tanah Untuk Tanam Durian Di Kelantan

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 222 hits
China Benua pun boleh dapat 2 200 ekar tanah untuk tanam durian di Kelantan Rakyat Kelantan melopong lagi LAGI 2 200 EKAR LADANG MUSANG KING Dato Kali ini giliran rakyat Benua China mendapat peluang Raja badminton China Li Yongbo mendapat p...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live