Tak Ada Guna Pegang Janji Pembangkang Kata Zahid


malaysiakini.com

Diterbitkan: Mar 24, 2022 10:08 AM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggap kegagalan usul kerajaan mahu melanjutkan pelaksanaan tempoh tahanan 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau Sosma - sebagai mengaibkan kerajaan

Katanya, ia menjadi bukti mengapa kerajaan perlu mempunyai majoriti tersendiri dan mengesahkan gesaan Umno untuk menyegerakan pilihan raya umum (PRU).

Dia mendakwa langkah pembangkang tidak menyokong usul itu di Dewan Rakyat semalam jelas melanggar perkara ketiga memorandum persefahaman (MOU) di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) iaitu pembangkang hendaklah bersetuju atau berkecuali dalam apa-apa usul yang dibawa kerajaan.

Dengan kegagalan itu, dakwa Zahid, pembangkang bukan sahaja mungkir janji dan mengabaikan komitmen mereka, bahkan tidak berminat untuk mewujudkan kestabilan politik - yang merupakan matlamat MOU berkenaan.

“Tidak ada gunanya untuk kita terus berpegang pada janji mereka.

“Kerajaan mesti mempunyai majoriti tersendiri. Majoriti yang kuat dan tidak mengharapkan ihsan serta budi bicara pembangkang," katanya di Facebook.

Hanya untuk usul tertentu

Tambah ahli parlimen Bagan Datuk itu, kerajaan kini seperti dalam kedudukan tidak akan dihormati, tidak stabil dan tidak berupaya untuk mengemuka dan menjayakan dasar yang baik dengan lancar.

“Pada saya, kedua-dua perkara ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan sedia ada sudah tidak dihormati. MOU di antara kerajaan dan (PH) juga nampaknya sudah tidak lebih dari sekadar janji di atas kertas,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, perkembangan itu juga jelas menunjukkan bahawa pendirian Umno semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu - untuk menyegerakan pilihan raya umum (PRU) - adalah rasional dan berasas.

Katanya ia juga menjadi pengajaran kepada Umno-BN untuk bangkit kembali menjadi kuasa politik yang kuat, agar dasar dan usul “yang baik” tidak perlu bergantung kepada sokongan pihak lawan yang “suka menangguk di air keruh”.

“Saya harap, masyarakat di luar sana dapat melihat betapa rapuh dan berisikonya bentuk kerajaan yang ada.

“Yang pasti, apa yang berlaku ini (kegagalan usul Sosma 2012) adalah sesuatu yang memalukan kerajaan. Ia adalah aib yang menuntut kita untuk mengukuhkan diri dengan cara yang strategik dan segera,” katanya lagi.

Semalam, usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) gagal mendapat sokongan mencukupi Dewan Rakyat dalam undi belah bahagi, apabila hanya 84 bersetuju manakala 86 tidak bersetuju, manakal 50 lagi tidak hadir.

Ini bermakna, subseksyen berkenaan - yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret - tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022.

Namun kerajaan boleh membentangkannya semula setelah yakin mempunyai sokongan cukup di parlimen.

Perkara 3 MOU yang disebutkan Zahid - secara spesifik Perkara 3.3 (b) - mengandungi beberapa syarat, dan hanya terpakai untuk usul atau rang undang-undang kerajaan yang mana kegagalan dalam meluluskannya akan menjadi suatu bentuk ketidakpercayaan kepada kerajaan.

Perkara 3.3(b) menyatakan:

Tertakluk kepada penunaian dan pelaksanaan Transformasi di dalam Memorandum Persefahaman ini, mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan atau rang undang-undang lain yang kegagalan meluluskannya merupakan suatu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada Kerajaan, selepas proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirundingi dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/tak-ada-guna-pegang-janji-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 181 hits
freemalaysiatoday com March 20 2022 12 35 PMTerdapat gesaan membawa masuk pemimpin tertentu untuk mencipta semula kemenangan seperti yang berlaku pada 2018 apabila PH menang dalam PRU14 menurut Rafizi Ramli PETALING JAYA Strategi menggunaka...
Netizen Kecam Zahid Guna Nama Nabi Muhammad

Netizen Kecam Zahid Guna Nama Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 247 hits
By March 20 2022GAMBAR yang dimuatnaik di akaun media sosial Ahmad Zahid Hamidi mengundang kecaman netizen PENGGUNAAN nama junjungan baginda Nabi Muhammad pada sekeping gambar pemimpin UMNO yang disiarkan di akaun media sosial Presiden UMNO...
Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman Cadangan Lanjutkan Mou Dengan Kerajaan Zahid Hamidi

Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman Cadangan Lanjutkan Mou Dengan Kerajaan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 255 hits
Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman Cadangan Lanjutkan MoU Dengan Kerajaan Zahid Hamidi Cadangan pembangkang untuk melanjutkan memorandum persefahaman sehingga 2023 hanya memperlihatkan mereka mempunyai masalah dalaman dan tidak yakin ber...
Umno Tampil 70 Muka Baharu Pada Pru15 Kata Zahid

Umno Tampil 70 Muka Baharu Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 201 hits
Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan calon muka baharu bagi menarik sokongan rakyat terhadap Umno seperti dilakukan dalam PRN Johor dan Melaka KUALA LUMPUR Umno akan mengemukakan 70 muka baharu dan calon berumur 50 tahun ke bawah pada pilih...
Zahid Kata Pn Ph Tak Namakan Calon Mb Kerana Tahu Akan Kalah

Zahid Kata Pn Ph Tak Namakan Calon Mb Kerana Tahu Akan Kalah

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 210 hits
JOHOR BAHRU Tindakan parti dan gabungan politik selain Barisan Nasional yang tidak menamakan calon Menteri Besar mereka adalah kerana sudah tahu tidak mempunyai peluang untuk melakar kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor Pengerusi BN D...
Mou Dengan Pembangkang Bawa Kestabilan Politik Kata Pm

Mou Dengan Pembangkang Bawa Kestabilan Politik Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 161 hits
March 21 2022 Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama ahli perniagaan Malaysia di Vietnam pada Majlis Perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di Vietnam hari ini Turut sama Ketua Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Vie...
Silap Jika Kata Keadilan Tiada Masa Hadapan

Silap Jika Kata Keadilan Tiada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 164 hits
Oleh Hassan Abdul Karim ULASAN Adalah benar KEADIILAN kalah teruk dalam tiga Pilihan Raya Negeri Melaka Sarawak dan Johor Apakah ini bermakna parti KEADILAN sudah tidak ada masa hadapan Jawapannya tidak KEADILAN bukan seperti parti Semangat...
Prn Johor Pemimpin Umno Kata Penyokong Dan Ahli Umno Biadap Dan Kurang Ajar Terhadap Pm

Prn Johor Pemimpin Umno Kata Penyokong Dan Ahli Umno Biadap Dan Kurang Ajar Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 206 hits
March 15 2022 Sewaktu Barisan Nasional menyambut kemenangan di Pilihan Raya Negeri Johor di Bangunan UMNO Johor tempoh hari tumpuan media turut terarah kepada insiden laungan bubar Parlimen di perkarangan bangunan tersebut Laungan tersebut ...
Kata Gaul Pengertian Bestie

Kata Gaul Pengertian Bestie

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 231 hits
Cape Bestie begitu salah satu komentar di Twitter Apa arti bestie Berikut ini pengertian bestie yang merupakan salah satu kata gaul di media sosial Kata bestie merupakan salah satu dari kata slang atau kata tidak baku dalam bahasa Inggris M...
Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Autoimmune Disease

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Kreativitas Ke Cuan Pelatihan Literasi Digital Yang Mendorong Munculnya Konten Kreator Kalbar Profesional

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid