Pas Tak Tepati Janji Mn Sudah Sampai Surah Akhir Kata Tok Mat


 
Mohamad Hasan berkata, jika PAS mahu kembali bersama Umno dalam Muafakat Nasional, mereka perlu berbuat demikian tanpa Perikatan Nasional.PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, tindakan PAS tidak menepati janji dan konsisten adalah punca kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) tergelincir kerana parti itu tetap memilih untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
Katanya, Umno turut dipersalahkan sehingga dianggap mengkhianati MN, sedangkan PAS yang menolak kerjasama dengan Umno dalam pilihan raya ne­geri Melaka tahun lalu, selepas diminta menggunakan lambang sendiri, bukannya PN.
“Sebenarnya, kita tidak pernah pun tinggalkan mereka. Mereka yang tinggalkan MN. Mereka yang sekejap begitu, sekejap begini.
“Di Melaka, kita ajak bersama dalam satu pasukan, dengan syarat mereka guna lambang mereka sendiri. Tetapi mereka tak nak, mereka nak dengan PN. Tak apalah, kita tak ada masalah.
“Tetapi kemudiannya, mereka pula kata kita yang khianat. Itu yang pelik. Umno tak pernah khianati MN. Itu sebabnya bila orang tanya saya pasal MN, saya kata MN ini sudah sampai kepada surah akhir kita. Cuma, sama ada nak khatam sahaja atau tidak.
“Kalau nak khatam, khatamlah. Kalau tidak, kita sambung baca lagi,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, perlu tegas dan bersuara dalam memperbetulkan persepsi rakyat yang memandang serong Umno sebagai pengkhianat, selepas tiada lagi kerjasama dengan PAS dalam MN.
“Semua itu adalah perkara yang boleh dirundingkan. Tak timbul soal Umno meninggalkan atau mengkhianati MN. Umno tetap Umno.
“Kami tak pernah kata kami dah tinggalkan MN. Yang Umno kata, kalau hendak kembali ke dalam MN, baliklah sorang-sorang. Janganlah bawa bini muda balik ke rumah bini tua pula. Kita tak terima bini muda kan?”
Beliau berharap PAS lebih bersungguh-sungguh, serius dan konsisten dalam pendirian mereka, selain mengotakan janji.
“Tinggalkan PN, sebab dah janji kita akan bersama dengan MN, seperti dalam beberapa mesyuarat MN. Tapi, seperti yang semua dapat lihat, akhirnya PAS menyertai PN. Kita tak marah pun. Itu hak dan pilihan mereka. Cuma, itulah penyebabnya MN ini tergelincir, sebab PAS menyertai PN.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/pas-tak-tepati-janji-mn-sudah-sampai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Boleh Diadakan Selepas Bajet Wow Kata Tok Mat

Pru15 Boleh Diadakan Selepas Bajet Wow Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 222 hits
freemalaysiatoday com June 14 2022 7 49 AMMohamad Hasan berkata Bajet 2023 yang akan dibentangkan Oktober ini perlu mempunyai faktor wow kerana ia merupakan buah tangan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob daripada BN PETALING JAYA Timbalan ...
Muafakat Nasional Derailed By Pas Says Tok Mat

Muafakat Nasional Derailed By Pas Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 181 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan has pointed his finger at PAS for the position Muafakat Nasional is currently in standing on its last legs saying this only happened after the Islamic party decided to remain with Perikatan Nasional Moham...
Pas Khianat Mn Bukan Umno Tok Mat Anggap Tidak Boleh Diselamatkan

Pas Khianat Mn Bukan Umno Tok Mat Anggap Tidak Boleh Diselamatkan

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 277 hits
agendaily com15 06 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tidak melihat kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional boleh diselamatkan lagi dan menganggapnya sudah sampai ke peng...
Tarikh Akhir Proses Rundingan 5g Dengan Dnb Kekal 30 Jun Kata Menteri

Tarikh Akhir Proses Rundingan 5g Dengan Dnb Kekal 30 Jun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 337 hits
Tarikh akhir proses rundingan 5G dengan DNB kekal 30 Jun kata menteri Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Jun 2
Sama Sama Timbalan Presiden Tapi Berani Tak Tok Mat Berdebat Dengan Rafizi

Sama Sama Timbalan Presiden Tapi Berani Tak Tok Mat Berdebat Dengan Rafizi

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 200 hits
Melihat cara Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memperlekeh debat Anwar Ibrahim dengan Najib Razak baru baru ini macamlah beliau seorang tokoh pendebat terulung di negara ini Katanya Anwar sudah tiada idea apabila membangkitkan soal audit...
Mn Akan Wujud Di Mana Umno Perlukan Pas Kata Penganalisis

Mn Akan Wujud Di Mana Umno Perlukan Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 234 hits
freemalaysiatoday com June 5 2022 8 30 AMKetua Umno Selangor Noh Omar menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Selangor bulan kepas Menurutnya kedua dua parti itu akan bekerjasama di Selangor pada PRU15 PETALING JAYA Umno dan PAS...
Tiada Masalah Antara Kami Kata Pas Selangor Selepas Menghadap Sultan

Tiada Masalah Antara Kami Kata Pas Selangor Selepas Menghadap Sultan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 198 hits
Tiada masalah antara kami kata PAS Selangor selepas menghadap sultanPesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan Shah Alam PETALING JAYA Pesuruhjaya PAS negeri Ahmad Yunus Hairi...
Pas Jangan Berangan Bentuk Khemah Besar Dengan Dap Kata Guan Eng

Pas Jangan Berangan Bentuk Khemah Besar Dengan Dap Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 359 hits
freemalaysiatoday com June 12 2022 9 00 AMLim Guan Eng berkata DAP sendiri tidak setuju membentuk khemah besar dengan golongan pengkhianat tebuk atap PETALING JAYA Pengerusi DAP Lim Guan Eng menegaskan khemah besar hanya untuk parti pembang...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya