Tajuddin Pasir Salak Kalah Saman Terhadap Khalid Samad



Tajuddin Pasir Salak Kalah Saman Terhadap Khalid Samad | Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini gagal dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, portal video KiniTV dan akhbar New Straits Times (NST)

Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman tersebut atas alasan oleh kenyataan yang dibuat Khalid dan disiarkan oleh KiniTV dan NST, enam tahun lalu tidak bersifat fitnah.

“Jika dilihat kepada kronologi kes secara keseluruhan, kontroversi dalam kes ini bermula dari ucapan seksis plaintif (Tajuddin) di prosiding Parlimen terhadap Ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok). Kenyataan yang dibuat plaintif selaku Ahli Parlimen Pasir Salak dan juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak wajar dan mencemarkan institusi Parlimen yang merupakan salah satu institusi tertinggi negara

“Mahkamah juga berpandangan kebebasan bersuara dan perlindungan reputasi (protection of reputation) terutama dalam Sidang Parlimen yang dihormati perlu diberi perhatian walaupun imuniti diberikan,”kata Pesuruhjaya Kehakiman,  Datuk Seri Latifah Md. Tahar. 
Tajuddin Pasir Salak Kalah Saman Terhadap Khalid SamadSaman fitnah itu ditolak tanpa sebarang perintah mengenai kos.
Keputusan yang dibuat selepas perbicaraan penuh didengar disampaikan kepada pihak-pihak terlibat melalui emel. Perkara itu oleh peguam Sankara Nair yang mewakili Khalid.
Menurut penghakiman ringkas tersebut, tindakan saman oleh Tajuddin selaku plaintif adalah berkaitan dengan dua sidang media yang dibuat oleh Khalid (defendan pertama) pada 21 November dan 24 November 2016.
“Kes ini berlaku dan berpunca dari ucapan yang dibuat oleh plaintif sendiri di Parlimen pada 21.11.2016 semasa sidang Parlimen yang mana plaintif telah mengeluarkan satu kenyataan, antara lain yang seksis, dan menggunakan bahasa tidak mengikut peraturan Parlimen (unparliamentary) dalam ucapannya sewaktu sidang berkenaan.
“Mahkamah mengambil notis kehakiman (judicial notice) bahawa perkataan yang digunakan merujuk kepada anggota sulit lelaki dan telah merujuk kepada Ahli Parlimen Seputeh. Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk plaintif mengungkapkan perkataan kesat (vulgar) tersebut kepada Ahli Parlimen Seputeh yang pada masa itu tiada timbul apa-apa provokasi dan tiada kena mengena dengan persoalan yang sedang diperbahaskan ketika itu,” kata hakim berkenaan.
Tambahnya, tindakan Tajuddin enggan menarik balik kenyataan seksi dan mengejek ahli-ahli Parlimen pembangkang (ketika itu) juga telah menimbulkan provokasi terhadap Khalid.
“Mahkamah berpendapat kenyataan yang dikatakan fitnah oleh defendan pertama (Khalid) bukanlah suatu fitnah jika diambil pada konteks ketika itu. Mahkamah berpendapat perkataan `sial’ yang digunakan defendan pertama adalah akibat daripada provokasi plaintif,”kata hakim itu.
Tajuddin Pasir Salak Kalah Saman Terhadap Khalid SamadMahkamah turut menegaskan terdapat justifikasi terhadap komen yang dibuat oleh Khalid, merupakan komen yang adil, dibuat atas kepentingan awal dan dilindungi oleh keistimewaan bersyarat. Komen itu juga dibuat berikutan sikap keterlaluan plaintif sewaktu sidang parlimen itu.
Sementara itu, laporan yang dibuat oleh NST (defendan kedua) berhubung kejadian yang berlaku pada sidang parlimen terbabit merupakan laporan yang saksama dan tepat mengenai sesuatu mesyuarat awam (sidang parlimen).
“Mahkamah bersetuju bahawa tindakan defendan kedua hanya melaporkan tentang kejadian secara bona fide (niat baik) dengan adil dan tidak bersifat fitnah. Terdapat justifikasi munasabah terhadap laporan yang dibuat, serta laporan yang bertanggungjawab, laporan berbentuk komen yang adil terhadap kepentingan awam (public interest), dan dilindungi oleh perlindungan Reynold dan perlindungan bersyarat. 
“Mahkamah berpuashati bahawa tiadanya niat jahat atau malice dalam terbitan yang dibuat oleh Defendan Kedua.
Bagi defendan ketiga (KiniTV) pula, Mahkamah mendapati dua video yang disiarkan pada 24 November 2016 tidak mempunyai sebarang unsur fitnah.
Ujar Latifah dalam penghakimannya, video tersebut adalah mengenai kenyataan yang dibuat oleh defendan pertama dengan suci hati tanpa memihak kepada mana-mana pihak, adil dan tepat berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Khalid.
Tambahnya, laporan video tersebut adalah bersifat neutral dan adalah menjadi tanggungjawab profesional kewartawanan untuk melaporkan berita yang neutral dan benar terutama yang melibatkan kepentingan awam. 
“Defendan Ketiga telah menepati syarat dilindungi keistimewaan bersyarat dan tiada isu niat jahat (malice),” kata Latifah.
Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak memfailkan saman itu pada 26 April 2017 dengan menamakan Khalid, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan KiniTV Sdn Bhd selaku defendan pertama hingga ketiga.
Tajuddin Pasir Salak Kalah Saman Terhadap Khalid SamadDalam pernyataan tuntutan, Tajuddin selaku plaintif mendakwa, Khalid mengeluarkan dua kenyataan fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 November 2016.
Tajuddin mendakwa, kenyataan pertama Khalid diterbitkan NSTP melalui artikel bertajuk ‘Fury over Deputy Minister’s Remark’ pada 22 November 2016 dan kenyataan kedua defendan disiarkan di KiniTV pada 24 November tahun sama manakala kedua-dua kenyataan itu juga diterbitkan di Youtube yang boleh diakses oleh orang ramai.
Dakwa Tajuddin lagi, kedua-dua kenyataan itu antara lain bermaksud, beliau tidak layak menjadi ahli Parlimen dan bertindak bertentangan dengan ajaran serta budaya Islam.
Menurut plaintif, ia juga bermaksud beliau menghantar anggota keluarganya termasuk anak, saudara-mara serta penyokongnya untuk menyerang defendan secara fizikal. - utusan






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2022/02/tajuddin-pasir-salak-kalah-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Saman As 1 18 Bilion Yang Di Fail Src Terhadap Najib Bermula 13 Februari 2023

Bicara Kes Saman As 1 18 Bilion Yang Di Fail Src Terhadap Najib Bermula 13 Februari 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Kes saman AS 1 18 bilion yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditetapkan untuk perbicaraan selama 16 hari bermula 13 Feb tahun depan Tarikh itu ditetapkan oleh...
Saman Najib Terhadap Kerajaan Serangan Sampingan Dalam Kes Jenayahnya Agc

Saman Najib Terhadap Kerajaan Serangan Sampingan Dalam Kes Jenayahnya Agc

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR 27 Rejab 1443H Selasa Kerajaan Malaysia mendakwa saman RM1 9 juta yang dikemukakan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kerajaan dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas adalah satu tindakan yang menyalahgunakan proses mahka...
Berlaku Kesilapan Dalam Kenyataan Khalid Samad Prnjohor

Berlaku Kesilapan Dalam Kenyataan Khalid Samad Prnjohor

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 178 hits
Ahli Parlimen Shah Alam hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa PN akan tentukan nasib BN dalam Pilihanraya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 12 March nanti Bagi Sangkakala kenyataan Khalid sebenarnya ada kekhilafan yang mana kenyataan...
Khalid Samad Saran Perikatan Nasional Tidak Bertanding Di Prn Johor

Khalid Samad Saran Perikatan Nasional Tidak Bertanding Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 195 hits
Oleh Nurul Aishah ADAKAH Muhyiddin Yasin akan terima saranan agar Perikatan Nasional tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor Khalid Samad merayu agar Perikatan Nasional mengelak daripada digunakan sebagai pemecah undi menolak BN de...
Jepun Pula Umum Sekatan Terhadap Rusia

Jepun Pula Umum Sekatan Terhadap Rusia

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 147 hits
TOKYO Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Rabu mengumumkan beberapa sekatan terhadap Rusia sebagai tindak balas negara itu mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine lapor Jiji Press Jepun akan menggantung pengeluaran visa te...
Rusia Menyerang Ukraine Kerana Tidak Senang Terhadap Presiden Ukraine Berketurunan Yahudi

Rusia Menyerang Ukraine Kerana Tidak Senang Terhadap Presiden Ukraine Berketurunan Yahudi

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 365 hits
Rusia mengecam rancangan pertambahan penempatan Israel di Bukit Golan yang merupakan kawasan 800 kilometer persegi menempatkan sempadan Israel dan Syria Wilayah tersebut yang ditakluki sebahagian besar oleh Israel sebenarnya adalah zon berd...
Tiada Lagi Amaran Jpj Akan Ambil Tindakan Terus Terhadap Penjaja Di Persimpangan Lampu Isyarat

Tiada Lagi Amaran Jpj Akan Ambil Tindakan Terus Terhadap Penjaja Di Persimpangan Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 130 hits
Tiada lagi amaran JPJ akan ambil tindakan terus terhadap penjaja di persimpangan lampu isyaratSudah puas diberi nasihat dan amaran namun semua itu tidak diendahkan mendorong pihak berkuasa bakal mengambil tindakan undang undang secara direc...
Mahkamah Tolak Permohonan Penghakiman Ingkar Ketua Hakim Syarie Terhadap Lokman Adam

Mahkamah Tolak Permohonan Penghakiman Ingkar Ketua Hakim Syarie Terhadap Lokman Adam

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 231 hits
Pada 14 Feb lalu Mohd Na im Mokhtar memfailkan permohonan penghakiman ingkar menerusi Tetuan Akberdin Co terhadap Lokman Noor Adam selaku defendan kerana didakwa gagal memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh ditetapkan KUALA LUMPUR Mah...
Tauke Tauke Besar Akan Memihak Parti Politik Yang Gelojoh Terhadap Rasua

Tauke Tauke Besar Akan Memihak Parti Politik Yang Gelojoh Terhadap Rasua

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 194 hits
Tidak mustahil KEADILAN selepas ini akan menerima cabaran yang lebih berat berikutan sikap melawan oligarki yang memerintah negara Namun itu katanya adalah asam garam perjuangan untuk menegakkan memastikan rakyat marhaen terbela Kleptokarsi...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024