Mahkamah Tolak Permohonan Penghakiman Ingkar Ketua Hakim Syarie Terhadap Lokman Adam


 
Pada 14 Feb lalu, Mohd Na’im Mokhtar memfailkan permohonan penghakiman ingkar menerusi Tetuan Akberdin & Co terhadap Lokman Noor Adam selaku defendan kerana didakwa gagal memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh ditetapkan.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, menolak permohonan Ketua Hakim Syarie Mohd Na’im Mokhtar untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Lokman Noor Adam, berikutan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memfailkan pernyataan pembelaannya pada 11 Feb lalu.
Berdasarkan dokumen mahkamah diperoleh Bernama, permohonan penghakiman ingkar itu ditolak oleh Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris, semalam.
Peguam Logen Eskander, yang mewakili Lokman, berkata permohonan Na’im ditolak atas alasan anak guamnya telah memfailkan pembelaan bagi menjawab tuntutan saman Ketua Hakim Syarie itu.
“Salinan pernyataan pembelaan itu telah dihantar ke pejabat Tetuan Akberdin & Co (firma guaman mewakili Na’im) pada hari sama pernyataan pembelaan difailkan (11 Feb) dan wakil daripada firma guaman tersebut menerima dokumen berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Peguam itu berkata, pihaknya juga terkejut dengan laporan media semalam yang menyatakan anak guamnya gagal memfailkan pernyataan pembelaan meskipun diberi lanjutan masa sehingga 11 Feb lalu untuk berbuat demikian selain memaklumkan laporan itu tidak benar.
Pada 14 Feb lalu, Na’im selaku plaintif memfailkan permohonan penghakiman ingkar menerusi Tetuan Akberdin & Co terhadap Lokman selaku defendan kerana didakwa gagal memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh ditetapkan.
Sementara itu, Logen berkata, mahkamah menetapkan 21 Feb ini untuk pengurusan kes saman itu, manakala pendengaran injunksi inter parte (kedua-dua pihak) ditetapkan pada 22 Mac depan.
Pada 20 Jan lalu, Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Lokman supaya memadam semua hantaran berunsur fitnah membabitkan Na’im berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam Facebook dan YouTube miliknya, dalam tempoh 24 jam selepas membenarkan permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan Na’im.
Dalam saman fitnah difailkan pada 17 Jan lalu, Na’im memohon suatu perintah injunksi supaya defendan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.
Na’im, 54, yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia memfailkan saman atas kapasiti peribadi dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada Lokman berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang “Datin”.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Na’im mendakwa Lokman telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook “Lokman Noor Adam Official”, juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebooknya, bulan lalu.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin berkredibiliti dengan akhlak terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing berjumlah RM10 juta, faedah, serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial.
Sementara itu, Lokman dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 11 Feb lepas menafikan hantaran-hantaran yang dimuat naik di laman sosial itu mengandungi perkataan yang memfitnah plaintif selain mendakwa ia merupakan komen berpatutan.
“Melalui pendedahan, keterangan, dokumentasi dan juga aduan-aduan daripada mangsa menunjukkan terdapatnya perbuatan gangguan seksual yang dibuat oleh plaintif dan berdasarkan kepada segala informasi yang diterima, saya percaya ia benar dari segi fakta. Adalah wajar untuk pihak polis atau pihak berkuasa membuat siasatan dengan segera,” katanya menerusi pernyataan pembelaan itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/mahkamah-tolak-permohonan-penghakiman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Vaksin Khairy Fail Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam Ustaz Abu Syafiq

Isu Vaksin Khairy Fail Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam Ustaz Abu Syafiq

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR 3 Feb Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dan Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin COVID 19 yang dimuat naik di media sosial Khair...
Mahkamah Tolak Usul Tangguh Saman As 1 18b Src Ke Atas Najib

Mahkamah Tolak Usul Tangguh Saman As 1 18b Src Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 222 hits
malaysiakini comProsiding saman sivil AS 1 18 bilion SRC International ke atas Najib Razak masih akan diteruskan meskipun rayuan kes jenayah SRC bekas perdana menteri itu masih belum selesai di mahkamah persekutuan Mahkamah Tinggi Kuala Lum...
Kpk Dalami Penunjukan Itong Jadi Ketua Majelis Hakim Perkara Pt Sgp

Kpk Dalami Penunjukan Itong Jadi Ketua Majelis Hakim Perkara Pt Sgp

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 118 hits
KPK telah menetapkan Itong bersama Panitera Pengganti pada PN Surabaya nonaktif Hamdan sebagai tersangka penerima Sementara tersangka pemberi adalah pengacara dan kuasa dari PT SGP Hendro Kasiono
Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Najib Untuk Gantung Prosiding Saman Sivil Src

Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Najib Untuk Gantung Prosiding Saman Sivil Src

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menggantung prosiding saman sivil USD1 18 bilion SRC International Sdn Bhd terhadapnya Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin berkata Najib 6...
Khairy Saman Abu Syafiq Lokman Adam

Khairy Saman Abu Syafiq Lokman Adam

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 149 hits
Khairy saman Abu Syafiq Lokman Adam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan penceramah Mohd Rasyiq Mohd Alwi yang lebih dikenali sebagai Abu Syafiq Saman itu di...
Bangsa Johor Tolak Kluster Mahkamah Dari Bn Wajar Digelar Barua Pengkhianat

Bangsa Johor Tolak Kluster Mahkamah Dari Bn Wajar Digelar Barua Pengkhianat

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 194 hits
Bangsa Johor yang akan turun mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor digesa untuk melupakan sebarang kesalahan lampau pemimpin terutamanya jika ada berkait dengan kes mahkamah Pengundi PRN Johor disarankan menerima perjuangan parti yang di...
Hakim Lain Dengar Perbicaraan Kes Saman Fgv Holdings Terhadap Isa Samad Emir Mavani

Hakim Lain Dengar Perbicaraan Kes Saman Fgv Holdings Terhadap Isa Samad Emir Mavani

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes saman FGV Holdings Berhad terhadap bekas Pengerusinya Mohd Isa Abdul Samad serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat itu Mohd Emir Mavani Abdullah yang akan bersambung di Mahkamah Tinggi...
Mahkamah Menolak Bantahan Awal Terhadap Petisyen Pilihan Raya Di Failkan Oleh Calon Bn

Mahkamah Menolak Bantahan Awal Terhadap Petisyen Pilihan Raya Di Failkan Oleh Calon Bn

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 155 hits
MELAKA Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya dan dua lagi terhadap petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali ...
Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Kembalikan Semula Saman Kes Liwat

Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Kembalikan Semula Saman Kes Liwat

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com February 23 2022 11 15 AMHakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais menegaskan saman itu adalah percubaan untuk mengetepikan sabitan kes liwat 2 terhadap Anwar Ibrahim PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar Ibrah...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco