Taiwan Ekspo 2018 12 Pavilion Pameran Utama



TAIWAN EKSPO 2018 : 12 PAVILION PAMERAN UTAMA
BUKA PELUANG KERJASAMA PERNIAGAAN ANTARA TAIWAN DAN MALAYSIA


Rentetan dari kejayaan pada  tahun lepas berikutan sambutan yang menggalakkan semasa Pameran Taiwan Ekspo yang pertama diadakan. Acara yang berlangsung selama tiga hari itu telah berjaya menarik kira-kira 20,000 pengunjung dan menjana peluang perniagaan bernilai 36 juta dolar AS. Lebih 88% pelawat perdagangan menyatakan hasrat untuk melawat Taiwan. Selain itu produk Halal dan teknologi pintar turut menarik minat ramai pengunjung sekali gus berjaya menjana peluang kerjasama dagangan serta membina imej negara Taiwan sebagai pengeluar produk-produk unggul di kalangan pasaran Malaysia. Sambutan positif membuktikan kejayaan Taiwan Expo dalam mempromosikan imej "Kualiti Taiwan" kepada rakyat Malaysia sekali gus menyemarakkan lagi acara pada tahun ini.




Kali ini AlongMurni (AM) rasa teruja kerana Taiwan Expo 2018 kembali lagi dan akan diadakan DI PUSAT KONVENSYEN DAN PAMERAN KUALA LUMPUR (KLCC) DARI 25 HINGGA 27 OKTOBER 2018 dan akan menampilkan 12 PAVILION PAMERAN UTAMA yang meliputi lapan sektor industri. Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut yang Taiwan Expo dianjurkan di Malaysia dengan pelbagai produk menarik akan dipamerkan. Inovasi-inovasi hebat yang menonjolkan kecanggihan penyelidikan dan pembangunan negara Taiwan yang bermutu tinggi  seperti ‘Lengan Robot’ kolaborasi  dengan pengesan visual pintar dan pencetak 3D telefon bimbit  yang pertama di dunia.





MEMPAMERKAN KELEBIHAN DALAM 6 BIDANG UTAMA

Taiwan Expo 2018 yang bertema ‘Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia’ akan menampilkan 250 gerai oleh 200 syarikat yang meliputi pelbagai kategori seperti  Bandar Pintar, Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup  Taiwan  dan  Pelancongan Taiwan. Kategori ini akan mempamerkan keistimewaan produk dan perkhidmatan berkualiti Taiwan seperti masakan, fesyen, gaya hidup, budaya, pelancongan dan lain-lain.

Teknologi canggih Taiwan juga akan dipaparkan di beberapa bahagian pameran bertema. Taiwan Excellence umpamanya  akan mempamerkan produk umum yang terunggul; Digital Commerce & Startups yang menggabungkan pemimpin dalam bidang e-dagang; Produk ICT mendominasi  bidang teknologi internet dan komunikasi di Taiwan; Smart Health Station yang membawa teknologi pintar ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan banyak lagi.





CARA SELAMAT & KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA

Taiwan sememangnya pakar dalam bidang  R & D. Keupayaan pengeluaran, pembungkusan produk dan pemasaran meletakkan Taiwan di antara yang terbaik di dunia. Menerusi Internet of Things (IoT) umpamanya, ia merangkumi semua aspek kehidupan seperti bandar pintar, rumah pintar, rehat dan rekreasi serta peralatan pintar untuk memberikan kemudahan yang terbaik sebagai jalan menuju masa depan. Dinamisme dan budaya inovasi di Taiwan telah membolehkan ia kekal di samping teknologi terkini selama beberapa dekad dan merupakan peneraju dunia dalam teknologi e-sukan, teknologi VR dan teknologi pengguna.

Sistem Bas Pintar yang berkeupayaan memantau pemandu serta memberi peringatan kepada pemandu untuk meningkatkan kecerdasan dan sistem automatik pemberitahuan sisa kitar semula pintar 24 jam yang membolehkan pengguna mengetahui apa yang akan berlaku lebih awal. Robot kolaborasi pertama di dunia dengan kedudukan visual pintar yang dapat mengenal pasti objek berdasarkan banyak parameter seperti bentuk, kedudukan, warna dan kod dalaman akan mengubah landskap pembuatan pada masa akan datang.

Teknologi Hijau juga akan dipaparkan dengan jelas di bawah platform  penyelesaian teknologi hijau bandar pintar, bahan binaan  hijau untuk pembangunan lestari sekali gus mempromosikan gaya hidup yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.



MENGHAYATI NILAI HALAL & FESYEN

Memandangkan Malaysia memainkan peranan penting dalam pensijilan Halal di seluruh dunia, Taiwan Ekspo turut menunjukkan sokongan Taiwan terhadap perkembangan pasaran Muslim. Taiwan telah membangunkan industri halal dengan cemerlang dan Taiwan Halal Pavilion akan memperkenalkan industri halal Taiwan ke pasaran Malaysia. Satu Sidang Media Produk Halal Taiwan akan turut diadakan bersempena Taiwan Expo 2018 untuk mempromosikan industri Halal Taiwan sekali gus meningkatkan populariti produk-produk Taiwan di Malaysia.

Pengunjung juga boleh menghayati  fesyen, produk kecantikan dan budaya berbasikal di ruang pameran Taipei IN Style, dan mengalami sendiri pengalaman kombinasi fesyen dan sukan yang Taiwan ditawarkan.




BERGAYA MERENTAS MALAYSIA & KEMBARA KE TAIWAN

Menurut Indeks Pelancongan Muslim terkini (GMTI) yang dikeluarkan oleh MasterCard, Taiwan disenaraikan sebagai salah satu destinasi pelancongan OIC (Organisasi Kerjasama Islam) pilihan utama dalam kalangan  pelancong Muslim. Inilah kali pertama Taiwan memasuki kedudukan 5 teratas sekaligus membuktikan usahanya berjaya menarik pelancong Muslim. Justeru itu tetamu Muslim dialu-alukan berkunjung ke pemeran ini  untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tarikan-tarikan dan makanan yang menarik untuk  anda!

Pada tahun 2017, Skyscanner memilih laluan berbasikal Sun Moon Lake sebagai salah satu daripada 8 laluan berbasikal yang paling indah di dunia.

‘Taiwan Bicycle’  telah lama menjadi jenama terkemuka di dunia dan telah mengeluarkan 20 juta unit basikal mewah setiap tahun. Aktiviti berbasikal yang  sedang berkembang pesat di Malaysia sangat bertepatan dengan visi Taiwan untuk menjadi destinasi berbasikal bertaraf dunia.



PELUANG MENINGKATKAN PERNIAGAAN MENANTI UNTUK DITEROKAI.

Selain daripada pameran produk, beberapa seminar dan forum perniagaan akan berlangsung serentak dengan Taiwan Ekspo 2018 dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman dan idea-idea Taiwan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama wakil-wakil industri serta akademik Malaysia. Tema utama forum perniagaan yang akan diadakan meliputi Forum Digital, Pengangkutan Pintar dan Seminar Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan. Seminar dan forum yang diadakan bersama dengan sesi hubungan perniagaan tersebut dijangka akan menjana peluang kerjasama dagangan antara pengusaha-pengusaha Malaysia dan Taiwan.




Taiwan Ekspo merupakan salah satu aktiviti utama untuk melaksanakan ‘Dasar Pandang Ke Selatan Taiwan’ (Taiwan Southbound Policy) di Asia Tenggara. Antara negara-negara yang telah dijelajahi sebelum ini termasuklah Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan India. Manakala, Malaysia yang menjadi destinasi terakhir merupakan kemuncak siri jelajah Taiwan Expo pada tahun ini yang menjadi tumpuan perhatian ramai.

Taiwan Ekspo 2018 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25hb. Oktober (Khamis) sehingga 27hb. Oktober (Sabtu), dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Kemasukan adalah percuma dan pengunjung hanya cuma mendaftar untuk mendapatkan pas masuk.
Ringkasan Taiwan Ekspo 2018 di Malaysia


6 Pemacu Utama
12 Tema Pavilion
8 ruang Pameran
Aktiviti-aktiviti
1.         Bandar Pintar
2.         Teknologi Hijau
3.         Penjagaan Kesihatan
4.         Halal Taiwan
5.         Gaya Hidup Taiwan
6.         Pelancongan Taiwan
1. Perdagangan Digital & Keusahawanan
2. Agro Taiwan
3. Kecantikan Taiwan
4. Budaya Berbasikal Taiwan
5. Taiwan Excellence
6. Produk Hijau Taiwan
7. Halal Taiwan
8. Penjagaan Kesihatan Taiwan
9. Rekacipta di Taiwan
10. Pelancongan Taiwan
11. Kerajaan Bandar Taichung
12. Kerajaan Bandar Taipei
1. Produk Agro dan makanan
2. Produk Kecantikan
3. Produk Halal
4. Perkakasan & bahan binaan pembinaan
5. Produk kelengkapan rumah
6. Produk ICT
7. Sukan & Kesihatan
8. Gaya Taipei
【Aktiviti Pentas】
1.       Persembahan Kebudayaan Taiwan
2.       Pertandingan e-sukan antara kolej Taiwan Excellence  
3.      Acara VIP Produk Kecantikan Taiwan 
4.   Pertunjukan Fesyen & acara

【Perlancaran Produk】
1.  Sidang Media Produk Halal Taiwan

【Forum Industri】
1.       Forum Digital
2.       Seminar Pengangkutan Pintar Taiwan Excellence
3.       Seminar Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Taiwan

KATA ALONGMURNI

AM SANGAT TERUJA UNTUK SAMA HADIR KE TAIWAN EKSPO 2018 KERANA PELBAGAI INPUT DAN INFORMASI TERDAPAT SEPANJANG PAMERAN TERSEBUT BERLAKU. AM BOLEH LIHAT INOVASI TEKNOLOGI TERKINI DI SAMPING MENDENGAR DAN MEMAHAMI IDEA-IDEA YANG BAGUS SEMASA SESI DIALOG BERSAMA WAKIL-WAKIL DARI TAIWAN BERKAITAN PENYELIDIKAN DAN KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN. JOMM BERSAMA-SAMA AM KITA KE TAIWAN EKSPO 2018 PADA 25 OKTOBER (KHAMIS) SEHINGGA 27 OKTOBER (SABTU) DARI PUKUL 10 PAGI HINGGA PUKUL 6 PETANG DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2018/10/taiwan-ekspo-201812-pavilion-pameran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makanan Penyebab Utama Kemiskinan Banten Di 2018

Makanan Penyebab Utama Kemiskinan Banten Di 2018

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 259 hits
Badan Pusat Statistik merilis angka kemiskinan di Provinsi Banten mengalami kenaikan 0 01 persen Jenis komoditas makanan yang berpengaruh besar terhadap garis kemiskinan adalah beras rokok kretek filter telur ayam ras daging ayam ras mie in...
Media Sosial Jadi Pemicu Utama Perceraian Di Tangsel Selama 2018

Media Sosial Jadi Pemicu Utama Perceraian Di Tangsel Selama 2018

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 205 hits
Jumlah itu lebih tinggi dibanding tahun 2017 lalu yang tidak mencapai 3 000 pasangan asal Tangerang Selatan yang bercerai
8 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2018

8 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2018

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 355 hits
Kontroversi dan isu hangat dalam dunia hiburan dan juga selebriti memang tidak dapat dipisahkan Sepanjang tahun 2018 menyaksikan pelbagai konstroversi dan kisah The post appeared first on
31 December 2018

31 December 2018

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 232 hits
hari terakhir 2018 welcome 2019 sirap with kiub ice limau entry terakhir untuk tahun 2018 semuga tahun depan vitamin m tidak akan menyinggah dan duduk atas batu jemala tuan tanah yang akan buat sangat tidak rajin untuk mengupdate dapo maya ...
Alhamdulillah Terima Kasih 2018

Alhamdulillah Terima Kasih 2018

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 397 hits
Inilah entri terakhir ana untuk tahun 2018 yang akan meninggalkan kita Ana pasti setiap dari kita ada kisah suka duka yang hadir dalam mewarnai kehidupan Yang datang silih berganti menjadikan coretan perjalanan kita sebagai hambaNya selagi ...
7 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2018

7 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2018

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 307 hits
Kontroversi dan isu hangat dalam dunia hiburan dan juga selebriti memang tidak dapat dipisahkan Sepanjang tahun 2018 menyaksikan pelbagai konstroversi dan kisah The post appeared first on
Sorotan 2018 Najib Bekas Pm Pertama Diheret Ke Mahkamah

Sorotan 2018 Najib Bekas Pm Pertama Diheret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 216 hits
Diterbitkan Hari ini 9 13 pagiDua hari selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya menerusi Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lantas menegaskan tindakan utama kerajaan baharu ialah membanteras habis habisa...
Kaleidoskop 2018 Kian Populernya Budaya Hijrah

Kaleidoskop 2018 Kian Populernya Budaya Hijrah

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 172 hits
Di antara fenomena keagamaan yang sangat menonjol selama 2018 adalah kegiatan hijrah Kata hijrah berasal dari akar kata Dalam terminologi bahasa bermakna berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain Dalam konteks sosial dan budaya terutam...
Peneman Mama Sepanjang 2018

Peneman Mama Sepanjang 2018

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 293 hits
Inilah peneman setia mama di rumah sejak Syawal 2018 yang lalu Selepas di tinggalkan oleh ibu mereka si Tipah yang sampai hari ini menghilang tak kembali Kisahnya ana ceritakannya di SINI sehingga lah ke penghujung tahun 2018 bermakna kalau...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization