Sorotan 2018 Najib Bekas Pm Pertama Diheret Ke Mahkamah


Muhammad Afiq Mohd AsriDiterbitkan Hari ini 9:13 pagi


Dua hari selepas Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lantas menegaskan tindakan utama kerajaan baharu ialah membanteras habis-habisan amalan rasuah di negara ini.

Beliau berkata PH sedar bahawa rasuah terutamanya rasuah politik telah menjejas teruk proses demokrasi dan pembangunan hinggakan ada penjawat awam terikut-ikut turut bertindak membelakangi kepentingan rakyat.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) memperhebat tindakan dan berjaya membongkar sebilangan besar kes rasuah melibatkan “jerung” termasuk mereka daripada golongan berpengaruh dan pemimpin negara.

Polis turut bertindak. Mereka melakukan serbuan di sebuah kondominium milik bekas perdana menteri Najib Tun Razak di Pavilion Residences, Bukit Bintang, di Kuala Lumpur dan menemui wang tunai berjumlah lebih RM116 juta dan barangan mewah lain.

Turut dirampas 284 kotak dan 72 bagasi berisi pelbagai barangan berharga termasuk sejumlah besar wang tunai.

Masyarakat tersentak

Kesemua kotak dan bagasi berkenaan mengandungi wang tunai terdiri daripada mata wang Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika Syarikat, beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin, barang kemas, jam tangan mewah serta pelbagai barangan berharga lain.

Di samping itu, pemeriksaan dijalankan di enam premis iaitu Pejabat Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana selain tiga premis di Pavilion Residences dan satu lagi kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta.

Serbuan itu ada kaitan dengan siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan wang berbilion ringgit dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Masyarakat tersentak dengan berita penemuan barang-barang amat berharga itu.
Selepas serbuan besar-besaran itu, berlaku peristiwa menarik – kes penahanan Najib oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur, pada 3 Julai. Penahanan beliau itu berhubung siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB.

Sehari selepas itu, Najib didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta, di sini, berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau daripada SRC International.

Najib menghadapi lebih 10 tuduhan melakukan pecah amanah berhubung kes SRC International di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Daripada kalangan enam bekas perdana menteri Malaysia, Najib merupakan yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu.
Pada 3 Oktober, isteri bekas perdana menteri itu, Rosmah Mansor pula ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas diambil keterangan buat kali ketiga.

Kali pertama Rosmah hadir di SPRM pada 5 Jun bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Pada 15 November, Rosmah menghadapi dua tuduhan rasuah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek bekalan dan pemasangan kuasa solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Bagaimanapun, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Dakwaan pinda laporan audit 1MDB

Pada 10 Disember, Najib ditahan lagi atas tuduhan meminda laporan audit 1MDB dan beliau dijangka menghadapi banyak lagi pertuduhan.

Sementara itu, pada 19 Oktober lepas, bekas timbalan perdana menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan SPRM berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

Turut didakwa pada hari yang sama, adalah bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor yang menghadapi tuduhan rasuah membabitkan penjualan tanah wilayah persekutuan.

Anggota parlimen Putrajaya itu menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan kepadatan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada tahun 2013.

Tengku Adnan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan membayar wang jaminan sejumlah RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya turut direman SPRM dari 25 Sept sehingga 5 Okt lepas bagi membantu siasatan kes rasuah.

Bagaimanapun, masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM500,000 dan dua penjamin.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/sorotan-2018-najib-bekas-pm-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2018 Tahun Keramat Najib Razak Kuburkan Umno

2018 Tahun Keramat Najib Razak Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 316 hits
HARI ini adalah hari ke 364 untuk tahun 2018 sehari sebelum tirai dilabuhkan untuk tahun ini 2018 akan terlakar di dalam sejarah di mana UMNO diJATUHkan oleh rakyat 2018 juga menyaksikan buat pertama kalinya Presiden Umno Najib Razak dan is...
Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini

Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 476 hits
Najib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri IniNajib Razak Sindir Kerajaan Baru Tentang Minyak Memang Pedas Kata Kata Bekas Perdana Menteri Ini
Najib Rosmah Fleeing From Subang Airport The Top Story Most Loved By Malaysians In 2018

Najib Rosmah Fleeing From Subang Airport The Top Story Most Loved By Malaysians In 2018

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 266 hits
Members of the public swarm around a white Vellfire before the car enter Subang Airport on May 12 2018 Picture by Mukhriz HazimKUALA LUMPUR Pakatan Harapan s surprise victory A New Malaysia A slew of arrests and charges by the police and gr...
Sebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan Baru

Sebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 327 hits
Sebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan BaruSebelum Berakhirnya 2018 Najib Razak Membuat Satu Kenyataan Pedas Kepada Kerajaan Baru
Sorotan Kelantan 2018

Sorotan Kelantan 2018

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 197 hits
Sorotan Kelantan 2018 Berita penuh di sinarharian com my
Bekas Pegawai Khas Najib Mahu Saman Admin Kerana Tendang Dia Dari Group Whatsapp

Bekas Pegawai Khas Najib Mahu Saman Admin Kerana Tendang Dia Dari Group Whatsapp

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 524 hits
BEKAS Pegawai Khas Najib Razak Hizatul Isham Abdul Jalil dilaporkan mahu mengambil tindakan saman terhadap admin sebuah group WhatsApp kerana menendangnya keluar dari group berkenaan Isham yang lantang mengkritik kerajaan mendakwa dikeluark...
Sorotan 2018 Karya Amatara

Sorotan 2018 Karya Amatara

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 302 hits
CERPEN 1 Air Mata di Bumi Sendiri Utusan Malaysia 20 1 20182 Tengkuk Ayam Utusan Malaysia 21 4 20183 Amat Dua Puluh Utusan Malaysia 21 7 20184 Gendang Perang Selangorkini Hadiah Sastera Selangor 2018 3 9 20185 Berikan Aku Sekeping Lempeng U...
Najib Dakwa Penjelasan Kfc Contoh Sst Tidak Telus

Najib Dakwa Penjelasan Kfc Contoh Sst Tidak Telus

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 286 hits
Najib Dakwa Penjelasan KFC Contoh SST Tidak Telus Semalam syarikat QSR Brands Holdings Berhad telah mengumumkan peningkatkan jualan bagi set menu di rangkaian makanan segera mereka Kentucky Fried Chicken Kenaikkan harga menu tersebut dibuat...
Touching Warkah Jujur Dari Jurugambar Buat Insan Bergelar Datuk Seri Najib Razak

Touching Warkah Jujur Dari Jurugambar Buat Insan Bergelar Datuk Seri Najib Razak

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 347 hits
Kenali mantan Perdana Menteri dari hati ke hati Najib Razak Touching Warkah Jujur dari Jurugambar buat insan bergelar Datuk Seri Najib Razak Kenali mantan Perdana Menteri dari hati ke hati Najib Razak Jurugambar bukanlah kerjaya saya Ianya ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte