Taiping Bamboo Resort Indah Dan Nyaman Sesuai Untuk Percutian Seisi Keluarga
TAIPING BAMBOO RESORT INDAH DAN NYAMAN SESUAI UNTUK PERCUTIAN SEISI KELUARGA | Assalammualaikum semua! Usai sudah Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 anjuran Tourism Malaysia selama tiga hari dua malam bermula dari 12-14 Julai 2023 di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
Penginapan Ruby selama 3 hari 2 malam di Taiping Bamboo Resort memberi 1001 pengalaman yang indah. Pasti Ruby akan kembali lagi bersama keluarga tercinta. Taiping Bamboo Resort memiliki keistimewaan tersendiri yang memberi tetamu yang menginap di sini berasa selesa dan tenang.
TAIPING BAMBOO RESORT INDAH DAN NYAMAN SESUAI UNTUK PERCUTIAN SEISI KELUARGA
Semasa di dalam perjalan ke Taiping Bamboo Resort, Ruby fikir, ia kawasan yang mudah akses dari jalan utama. Tetapi, ia berbeza. Perjalanan ke kawasan Taiping Bamboo Resort yang pada awalnya kami menaiki bas perlu ditukar dengan van, SUV, atau kenderaan pacuan 4 roda yang lasak seperti Mitsubishi Triton, Toyota Hilux, Ford Ranger, Nissan Navara, Isuzu D-Max dan seumpamanya.
Laluan ke Taiping Bamboo Resort sangat mencabar dan sempit. Tetapi sangat nyaman. Buka tingkap semasa berada di sini. Anda boleh dengar desiran air sungai, burung berkicau atau buah durian sedang luruh! Hehehe
Taiping Bamboo Resort meliputi 7 ekar kawasan dusun durian. Mula pembinaan sejak 2017, September 2019 mula beroperasi. Ketika Pandemik COVID-19, sambutan masih ada kepada pengunjung yang boleh Merentas Daerah semasa Perintah Kawalan Pergerakan sahaja.
4 JENIS PENGINAPAN DI TAIPING BAMBOO RESORT
Taiping Bamboo Resort menyediakan penginapan untuk semua jenis percutian yang anda inginkan. Sama ada ingin perkhemahan, bilik tidur Deluxe Fiber Lodge (Rainbow House), Single Storey Bamboo Lodge atau Double Storey Bamboo Lodge semuanya tersedia untuk anda. Sebanyak 15 bilik tersedia di sini. Selebihnya adalah ruang untuk tapak perkhemahan
Anda juga boleh menyewa seluruh Taiping Bamboo Resort. Mungkin untuk Family Day, Majlis Perkahwinan dan program lain.
Harga yang ditawarkan adalah sama sepanjang tahun. Tidak kira musim Durian, musim hujan dan musim lain. Harga tetap sama.
DELUXE FIBER LODGE
Ruby menginap di Rainbow House bernombor F1. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas, televisyen, channel basic astro, pemanas air, kopi, teh, gula, mandian, sabun, pengering rambut, katil Queen, selimut, bantal, towel, meja dan kerusi. Plug ada 4 unit untuk anda guna.
Seterika dan papan menggosok pakaian juga ada mengikut permintaan kerana ada 2 set sahaja.
SINGLE STOREY BAMBOO LODGE
DOUBLE STOREY BAMBOO LODGE
TAPAK PERKHEMAHAN DAN FASILITI
Taiping Bamboo Resort menyediakan tapak perkhemahan lengkap dengan fasiliti central kitchen, toilet, shower. Anda hanya perlu bawa barang perkhemahan sahaja seperti khemah, bahan masakan, utensil untuk memasak BBQ dan barang keperluan lain untuk khemah. Mudah kan
PERATURAN MENGINAP DI TAIPING BAMBOO RESORT
Di Taiping Bamboo Resort terdapat peraturan yang perlu anda akur demi keselamatan bersama. Jangan ambil mudah ya. Semoga percutian anda menyimpan kenangan terindah.
SUNGAI KHAS UNTUK TETAMU TAIPING BAMBOO RESORT
Taiping Bamboo Resort mengutamakan privasi para tetamu dan ingin menjadikan percutian anda menjadi memori indah. Tahukah anda bahawa terdapat sungai di Taiping Bamboo Resort khas untuk tetamu yang menginap di sini. Perjalanan ke Sungai Burmeese Pool hanya mengambil masa 15 minit sahaja dengan jarak perjalanan santai
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih Tourism Malaysia sudi jemput Ruby ke Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023
Taiping Bamboo ResortBurmese Pool, Kolam Renang Batu Besar,34000 Taiping, PerakTempahan: +60176666827FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/07/taiping-bamboo-resort-indah-dan-nyaman.html