Tahukah Anda Lima Tempat Pelancongan Menarik Di Auckland Yang Wajib Pergi


Tempat Pelancongan Menarik Auckland | Memandangkan sekarang merupakan cuti persekolahan, pasti ramai yang ingin melancong ke luar negara bagi menghilangkan stress disebabkan oleh kerja. Antara lokasi sering dilawat oleh rakyat Malaysia ialah New Zealand kerana ia kaya dengan tempat-tempat indah.
Untuk pengetahahuan anda, bandar tepi pelabuhan Auckland yang juga dikenali sebagai ‘City of Sails’ merupakan satu-satunya metropolis New Zealand yang sebenar dan merupakan pusat ekonomi negara yang cergas, lapor Planet Ware.
Mempunyai populasi hampir 1.7 juta orang atau hampir separuh daripada jumlah penduduk di negara ini, Auckland berada di antara Pelabuhan Manukau di barat dan Pelabuhan Waitemata di timur.
Daerah itu terletak bersebelahan laluan air membuatkan ramai pelawat menjadikannya sebagai tempat ketibaan, selain menghabiskan masa dengan menikmati tarikan kebudayaan dan aktiviti luar membuatkannya sebagai tempat ‘wajib’ dilawati.
Selain daripada itu, monumen, muzium dan banyak galeri seni di sini merupakan antara yang terbaik. Pelancong juga boleh menerokai pantai yang berada di pinggir bandar yang terkenal dengan pemandangan yang indah.
Juga, lokasi yang perlu dimasukkan dalam senarai adalah pulau-pulau di Hauraki Gulf yang memiliki pemandangan indah taman negara yang menakjubkan di New Zealand. Bagi mengetahui lebih banyak idea untuk bersiar-siar di sudut dunia yang indah ini, ikuti senarai di bawah.
Tempat menarik yang perlu dilawati di Auckland 1. Sky Tower Auckland
WAJIB BAWA NI TAU Sky Tower yang terlihat seperti ‘jarum gergasi’ di Auckland ialah mercu tanda bandar yang paling menonjol. Dibina dengan ketinggian 328 meter, sekali gus menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di New Zealand.
Sekiranya pelancong mencari tempat untuk merakam panorama bandar yang sempurna, maka bangunan ini amat sesuai. Apa yang perlu dilakukan oleh pelancong adalah menghalakan kamera di hadapan pemandangan yang terbentang ke jarak sejauh 80 kilometer pada hari yang cerah.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan itu dengan berjalan di luar platform Sky Walk setinggi 192 meter mengelilingi menara dan mereka yang suka aktiviti lasak boleh melompat dari platform dengan Sky Jump.
2. Waitemata Harbour
Baca: Itinerari Lengkap Bercuti Di Sabah 5 Hari 4 Malam Bersama Anak Kecil
Pemandangan luas di Waitemata Harbour membuatkan Auckland ‘terbelah’ kepada dua bahagian dan merupakan ciri semula jadi yang paling menonjol di bandar ini. Ini menjadikan ia sebagai laluan yang mudah dilalui di Auckland yang menjadikan daerah itu sebagai ibu kota New Zealand  pada tahun 1840.
Ia merupakan kawasan yang menarik untuk diterokai dengan berjalan kaki dan menjanjikan pengalaman menarik lain seperti pelancong boleh membeli-belah, menjamu selera dan berhibur. Perkara lain yang juga boleh dilakukan termasuk menerokai Quay Street yang selari dengan pelabuhan di daerah tengah.
3. Auckland Harbour Bridge
Pelabuhan tengah dikuasai oleh jambatan Pelabuhan Auckland yang siap pada tahun 1959, dibina lebih daripada satu kilometer panjang serta kira-kira 43 meter tinggi yang menghubungkan pusat bandar Auckland ke daerah utara dan kawasan pasir berpasir di teluk jauh ke utara.
Jambatan ini juga menawarkan banyak perkara yang menyeronokkan untuk pelancong bersiar-siar. Salah satu keseronokan terbaik yang boleh dirasai adalah melakukan lompatan bungee Auckland Harbour Bridge termasuk merentasi jambatan eksklusif sebelum terjun 40 meter ke air pelabuhan di bawah.
4. Muzium Memorial Perang
Muzium Memorial Perang Auckland yang mengagumkan terletak di titik tertinggi Domain Auckland dalam bangunan Neoklasik yang luas. Dibina sejak tahun 1929, ia didirikan sebagai tugu peringatan khusus untuk askar New Zealand yang bertempur dalam Perang Dunia I.
Muzium itu menempatkan koleksi artifak yang mengagumkan bermula sewaktu menjejaki sejarah New Zealand daripada peneroka Polinesia pertama hingga ke hari ini serta menyerlahkan warisan semula jadi New Zealand.
Antara salah satu tarikan utama ialah Galeri Maori Utama yang menjadi tuan rumah kepada kekayaan kesenian. Ia termasuk gerbang Maori yang mengagumkan sejak abad ke-12 hingga ke-14 yang merupakan ‘rumah’ mesyuarat mewah.
Tingkat satu di muzium itu menempatkan koleksi sejarah semula jadi, termasuk pembinaan semula burung moa gergasi yang terkenal namun telah pupus pada waktu kini. Tingkat atas muzium pula didedikasikan untuk tugu peringatan perang dan memaparkan kisah penglibatan New Zealand dalam konflik dunia sepanjang sejarah negara.
Selain itu, pelancong juga boleh membuat lawatan secara berpandu di sini, dibimbing oleh kru muzium yang turut menawarkan sesi perkongsian dalam bentuk kuliah mahupun bengkel biasa kepada mereka.
5. One Tree Hill
Bagi kebanyakan penduduk Auckland, One Tree Hill (Maungakiekie) adalah simbol bandar mereka. Bukit setinggi 182 meter itu terletak di tengah-tengah Cornwall Park yang subur dengan bunga dan pokok-pokok diletakkan di tengah-tengah denai pejalan kaki.
Di sudut barat daya taman, di cerunnya terkandung sisa-sisa Maori Pa iaitu sebuah perkampungan berkubu yang terletak di tempat itu semasa era pra-Eropah. Selain itu, terdapat juga Balai Cerap Stardome yang mempunyai planetarium.
Sumber: Planet Ware
The post Tahukah Anda, Lima Tempat Pelancongan Menarik Di Auckland Yang Wajib Pergi appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/tahukah-anda-lima-tempat-pelancongan-menarik-di-auckland-yang-wajib-pergi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Wajib Terjah Di Melaka

Tempat Menarik Wajib Terjah Di Melaka

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 210 hits
Jom jalan jalan ke negeri Melaka Dikongsikan tempat tempat menarik yang boleh dilawati semasa berada di negeri Melaka Bandaraya BersejarahTempat Menarik Boleh Dikunjungi1 Kota A Famosa 2 Jonker Walk aka Jonker Street 3 The Stadthuys 4 Melak...
Anda Wajib Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan

Anda Wajib Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 245 hits
Anda WAJIB Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini Dijamin Oleh Kerajaan Tidak dinafikan bahawa simpanan adalah amat penting untuk masa depan Apakah itu Simpanan Sebagaimana yang ramai ketahui bahawa simpanan adalah duit yang kita kumpul daripada su...
15 Tempat Menarik Di Langkawi Mesti Kunjung Tak Lengkap Kunjungan Kalau Tak Singgah Sini

15 Tempat Menarik Di Langkawi Mesti Kunjung Tak Lengkap Kunjungan Kalau Tak Singgah Sini

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 207 hits
Tempat Menarik di Langkawi mesti Singgah Tempat menarik di Langkawi Pulau Langkawi adalah salah satu daripada lokasi utama pelancongan di Malaysia Ianya merangkumi 99 pulau yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia di sepanjang Selat Mela...
Wajib Tahu Bilangan Gigi Susu Anak Usia 4 10 Bulan Anak Dah Mula Tumbuh Gigi

Wajib Tahu Bilangan Gigi Susu Anak Usia 4 10 Bulan Anak Dah Mula Tumbuh Gigi

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 127 hits
Sebagai ibu bapa kita pasti rasa gembira apabila anak tumbuh gigi Terserlah kecomelan mereka apabila senyuman dibarisi gigi gigi kecil itu Walau bagaimanapun ibu bapa kini telah mempunyai 1 lagi tanggungjawab tambahan Inilah masanya untuk a...
10 Senarai Barang Wajib Korang Bawa Sebelum Bercuti Ketika Musim Sejuk Di Korea

10 Senarai Barang Wajib Korang Bawa Sebelum Bercuti Ketika Musim Sejuk Di Korea

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 335 hits
Nampaknya musim sejuk di Korea sudah tiba Confirm korang tak sabar nak main salji kan Tapi korang dah tahu belum apa barang yang wajib dibawa sebelum terbang ke sana ARTIKEL BERKAITAN Kalau nak tahu lebih lanjut barang apa yang WAJIB dan pe...
Dah Ajar Anak Berenang Seawal 3 Tahun Wajib Ajar Anak Pandai Berenang Tanggungjawab Mak Ayah

Dah Ajar Anak Berenang Seawal 3 Tahun Wajib Ajar Anak Pandai Berenang Tanggungjawab Mak Ayah

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 141 hits
Ilmu berenang sememangnya satu kewajipan yang harus dipelajari anak anak kecil kita Bukan sekadar suka suka tetapi ia satu ilmu yang mampu menyelamatkan Jadi mahu tidak mahu ajarkanlah anak kita ilmu berenang ini pada anak anak Wajib Ini ya...
Checklist Barang Keperluan Umrah Senarai 20 Benda Wajib Bawa

Checklist Barang Keperluan Umrah Senarai 20 Benda Wajib Bawa

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 149 hits
Apabila mendapat peluang untuk menunaikan ia adalah salah satu anugerah yang sangat berharga Setiap muslim pasti menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci dan menjadi tetamu Allah Sehubungan dengan itu dengan penuh keterujaan be...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Kedah Ceroi

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Sentiasa Mencari Petunjuk Allah

Belajar Jahit Smocking Definisi

Jahit Sendiri Seluar Santai Anak Anak

Pernah Gagal Dalam Beberapa Program Realiti Farhan Mustapha Kini The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia

Darul Hana Bridge Waterfront Kuching

Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi Teras