15 Tempat Menarik Di Langkawi Mesti Kunjung Tak Lengkap Kunjungan Kalau Tak Singgah Sini
Tempat Menarik di Langkawi mesti Singgah.
Tempat menarik di Langkawi – Pulau Langkawi adalah salah satu daripada lokasi utama pelancongan di Malaysia. Ianya merangkumi 99 pulau yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia di sepanjang Selat Melaka. Berkeluasan hampir 48,000 hektar, Pulau ini dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi. Selain itu, Pulau Langkawi dan lagendanya tidak dapat dipisahkan, terutamanya Mahsuri.
Nak tahu lebih lanjut tentang tempat menarik di Langkawi? Mari kita lihat senarai 15 lokasi paling bestuntuk dikunjungi di sini!
Kereta Kabel Langkawi
Sampai-sampai je di Pulau Langkawi, pergilah cuba naik kereta kabel! Namun begitu, naik kereta kabel ini boleh menjadi mimpi ngeri untuk mereka yang mengalami “acrophobia” – takut kepada ketinggian (mari belajar bahasa saintifik sikit), lagi-lagi bila anda memilih untuk menaiki gondola yang mempunyai lantai kaca! Jadi, jika anda datang bersama-sama teman, interview dululah sama ada dia OK atau tidak untuk naik kereta kabel ni. Daripada stesen di bawah, anda akan ke stesen tengah yang jaraknya 1.7km sebelum anda boleh sambung naik ke atas, jika sanggup. Perasaan menaiki kereta kabel ni memang thrill lah! Amacam, ada beran
Lokasi: Gunung Machinchang
Waktu operasi: Bermula 9:30 pagi – 7:00 malam
Kos:Warganegara
Dewasa — RM30.00Kanak-kanak (2-12 tahun)— RM22.00
Bukan Warganegara Dewasa — RM45.00Kanak-kanak — RM32.00
* Laluan ekspres dan gondola eksklusif juga ada ditawarkan, tetapi kenalah dengan harganya. “Good stuffs aren’t cheap”, kan?
Skybridge
Jika anda mahu, daripada Stesen Tengah tadi, anda boleh naik lagi ke Top Station untuk ke Skybridge. Untuk pengetahuan anda, pembinaan Skybridge ini tamat pada tahun 2004, dan ianya tergantung pada ketinggian lebih kurang 100 meter dan boleh menampung sehingga 250 orang dalam satu-satu masa. Ketika berada di jambatan ini, anda akan berpeluang menikmati panorama Pulau Langkawi yang sangat indah. Tambahan pula, kerana senibina jambatannya yang berbentuk melencong, anda akan dapat melihat panorama ini daripada perspektif menarik apabila anda berjalan-jalan melalui Skybridge ini. Tempat ini juga tidak direkomen kepada yang gayat- nanti jenuh member nak tolong kalau dia terkucil.
Waktu Operasi: Bermula 9:30 pagi – 7:00 malam
Kos:
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak: RM3.00
Artikel TerkiniJangan Lupa Like, Share & Komen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://selongkar10.blogspot.com/2018/08/15-tempat-menarik-di-langkawi-mesti.html