Checklist Barang Keperluan Umrah Senarai 20 Benda Wajib Bawa


Apabila mendapat peluang untuk menunaikan umrah, ia adalah salah satu anugerah yang sangat berharga. Setiap muslim pasti menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci dan menjadi tetamu Allah. 
Sehubungan dengan itu, dengan penuh keterujaan, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan umrah untuk lelaki dan perempuan yang anda boleh jadikan sebagai rujukan atau panduan khususnya kepada jemaah yang bakal mengerjakan umrah. Semoga ia boleh membantu anda untuk melakukan persiapan sewajarnya. 
Checklist Barang Keperluan Umrah (Untuk Lelaki)
1. Pakaian Ihram Untuk lelaki, pakain ihram adalah pakaian yang wajib anda bawa. Ia terdiri daripada dua helai kain lepas berwarna putih yang tidak dijahit atau dicantum. Pakaian ini digunakan untuk menutup aurat, iaitu anatara pusat dan lutut serta digunakan sebagai selendang yang menutupi sebahagian tubuh badan. 
Pakaian Ihram Kain Ihram untuk kegunaan haji & umrah. Sejuk dipakai material 100% cotton.
Beli Di Shopee 2. Tali Pinggang Kegunaan tali pinggang adalah sangat penting terutamanya untuk memastikan kain ihram anda tidak terlepas dan mengemaskan lagi ikatannya. Selain tali pinggang yang khusus untuk kain ihram, tali pinggang biasa juga boleh dibawa sekali sebagai persediaan jika berlaku apa-apa.
Tali Pinggang Ihram Tali pinggang untuk dipakai bersama pakaian ihram.
Beli Di Shopee 3. Jubah / Baju Melayu / Kurta Seterusnya, anda juga perlu membawa jubah, baju melayu atau kurta sekurang-kurangnya 2 helai untuk digunakan sebagai pakaian harian apabila pergi menziarahi kawasan bersejarah. Tak perlu bawa banyak sangat, anda boleh beli di sana kelak dengan harga yang berpatutan. Sebaiknya bawa baju yang tidak terlalu tebal dan mempunyai kain yang sedap dipakai serta tidak perlu digosok. 
Jubah Lelaki Cuaca panas di Mekah & Madinah sesuai pakai Jubah lengan panjang.
Beli Di Shopee 4. T-Shirt & Seluar  Jemaah lelaki digalakkan untuk membawa t-shirt dan seluar sekurang-kurangnya 2 pasang. Boleh bawa seluar jeans, seluar trek atau seluar slack biasa. Untuk t-shirt pula, sebaiknya bawa tshirt yang mempunyai kocek, tidak terlalu tebal dan selesa. Ini adalah untuk memudahkan anda beraktiviti seperti mendaki gunung dan sebagainya. 
Di samping itu, anda juga digalakkan untuk membawa baju pagoda sebanyak 2/3 helai. Jangan lupa juga bawa baju dan seluar untuk dipakai khusus ketika tidur malam. 
Beli baju pagoda murah di sini: (Link)
5. Kopiah/ Songkok Untuk kopiah atau songkok pula, anda tidak perlu bawa banyak. Bawa satu sahaja. Terdapat banyak songkok ataupun kopiah yang dijual dengan harga yang murah di sana. 
Beli kopiah sesuai untuk pakai pergi umrah di sini: (Link)
(Untuk Perempuan)
7. Telekung Seperti yang anda maklum, telekung adalah merupakan barang keperluan utama untuk wanita ketika mengerjakan umrah. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa dua telekung untuk keselesaan anda beribadah kelak. 
Sebaiknya, bawa telekung jenis yang ringan, tidak jarang dan kainnya tidak panas. Bawa telekung dengan corak/hiasan yang sedikit sahaja atau tiada sama sekali. Jangan pilih telekung untuk berfesyen pula. Ingat tujuan utama anda. 
Beli telekung yang sesuai untuk bawa pergi umrah di sini: (Link)
8. Jubah Selain telekung, jubah adalah salah satu barang keperluan utama yang anda perlu bawa. Bawa jubah yang mempunyai jenis kain tidak berat dan paling penting, selesa dipakai. Namun, anda tidak perlu membawa banyak jubah dari Malaysia. 
Bawa 2 atau 3 helai sahaja. Warna jubah yang digalakkan untuk dibawa ialah jubah berwarna putih dan hitam. Apabila sampai di sana kelak, anda boleh beli sekiranya tidak cukup. Harga jubah yang ditawarkan di sana biasanya jauh lebih murah asalkan anda bijak menawar!
Beli jubah hitam atau putih yang selesa untuk bawa pergi umrah di sini: (Link)
9. Tudung Labuh  Di samping itu, jangan lupa juga beli 2 atau 3 tudung labuh berwarna hitam atau putih. Sebaiknya beli tudung masuk dan berdagu untuk memudahkan anda. Boleh pakai solat terus nanti. Namun, sekiranya anda nak bawa selendang (shawl) atau tudung bawal pun boleh sahaja. 
Sekiranya anda cepat berpeluh, anda boleh bawa tudung lebih. Tetapi, janganlah bawa terlalu banyak pula ya. Bawa yang mudah dan selesa dipakai. Ini adalah demi keselesaan anda untuk beribadah sepanjang berada di sana kelak. 
Nak beli tudung labuh sesuai bawa ke umrah, boleh beli di sini: (Link)
10. Anak Tudung Jangan lupa juga bawa anak tudung yang selesa untuk dipakai terutamanya apabila waktu panas. Anak tudung anda boleh bawa 3-5 helai untuk menjamin keselesaan anda. 
Anak tudung sesuai untuk pakai ketika umrah, selesa dan tidak panas: (Link)
11. Stokin Mesra Wudhuk Untuk sesiapa yang belum tahu, stokin mesra wudhu adalah stokin yang mempunyai bukaan di bahagian hadapan jari-jari kaki untuk membolehkan anda mengambil wudhu dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah membuka stokin anda setiap kali mengambil wudhu. 
Bawa stokin 4-5 helai atau lebih untuk mengelakkan anda memakai stokin yang sudah berbau. Elakkan membawa stokin yang terlalu tebal kecuali apabila anda menunaikan umrah pada musim sejuk. Hal ini kerana, stokin yang tebal akan lambat kering dan mudah berbau. 
Stokin cepat kering dan selesa boleh beli di sini: (Link)
12. Sarung lengan (Handsock) Untuk lebih menjaga aurat, anda juga disyorkan untuk membawa sarung lengan atau dikenali sebagai ‘handsock’. Sebaiknya bawa sarung lengan berwarna putih atau hitam sebanyak 2-3 pasang.
Sarung lengan warna hitam atau putih boleh beli murah dekat sini:  (Link)
13. T-Shirt Labuh & Seluar  Bawa 2 pasang baju labuh dan juga seluar untuk memudahkan anda beraktiviti seperti mendaki gunung dan sebagainya. Jangan lupa juga bawa baju dan seluar untuk dipakai khusus ketika tidur malam. 
T-shirt labuh sesuai untuk aktiviti ketika umrah, boleh beli di sini: (Link)
(Untuk Lelaki & Perempuan)
14. Pakaian Dalam Pakai Buang Pastikan anda membawa pakaian dalam secukupnya dan jangan lupa bawa pakaian dalam pakai buang juga untuk memudahkan anda membuang air besar/kecil terutamanya apabila sukar untuk ke tandas disebabkan ramai orang dan perlu menunggu lama.
Beli pakaikan dalam pakai buang di sini: (Link)
15. Kasut Bawa kasut yang sesuai untuk tawaf/sa’ie untuk mengelakkan kaki anda sakit dan kurang selesa semasa beribadah dan juga beraktiviti.
Beli kasut yang selesa dipakai di sini: (Link)
16. Tasbih Digital Tasbih digital adalah penting utnuk memudahkan anda menggunakannya kerana saiznya yang lebih kecil dan mudah untuk anda bawa ke mana-mana sahaja.
Beli tasbih digital yang comel-comel di sini: (Link)
17. Botol Penyembur Wudhu Pastikan juga anda memberi botol penyembur wudhu untuk memudahkan anda mengambil wudhu di mana sahaja ketiak berada di sana.
Beli botol penyembur wudhu yang murah di sini: (Link)
18. Bantal Kecil Bantal kecil untuk kegunaan di kapal terbang dan juga apabila bermalam di Arafah.
Beli bantal kecil empuk di sini: (Link)
19. Sejadah Bersaiz Kecil Sejadah kecil untuk memudahkan anda menunaikan solat di luar masjid atau di mana-mana sahaja.
Beli sejadah kecil di sini: (Link)
20. Ubat-ubatan Ubat-ubatan seperti panadol, ubat batuk, minyak angin serta ubat yang dibekalkan daripada hospital sekiranya ada.
Beli kotak ubat-ubatan untuk letak ubat yang anda bawa di sini: (Link)
Kesimpulan Akhir kata, anda juga boleh merujuk panduan dan senarai barang keperluan umrah yang diberikan oleh agensi umrah anda untuk memastikan tiada barang penting yang ketinggalan.
Semoga perkongsian in bermanfaat untuk anda!
Sumber: www.therohani.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/barang-keperluan-umrah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=barang-keperluan-umrah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Senarai Barang Wajib Korang Bawa Sebelum Bercuti Ketika Musim Sejuk Di Korea

10 Senarai Barang Wajib Korang Bawa Sebelum Bercuti Ketika Musim Sejuk Di Korea

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 335 hits
Nampaknya musim sejuk di Korea sudah tiba Confirm korang tak sabar nak main salji kan Tapi korang dah tahu belum apa barang yang wajib dibawa sebelum terbang ke sana ARTIKEL BERKAITAN Kalau nak tahu lebih lanjut barang apa yang WAJIB dan pe...
Tak Perlu Risau Berlebihan Bawa 2 Anak Tunai Umrah Irma Hasmie Pesan Mak Ayah Jangan Takut

Tak Perlu Risau Berlebihan Bawa 2 Anak Tunai Umrah Irma Hasmie Pesan Mak Ayah Jangan Takut

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 209 hits
Bila memikirkan jumlah orang yang terlalu ramai membuatkan kita berfikir dua tiga kali untuk membawa anak menunaikan umrah Bagi pengacara Irma Hasmie dia bersyukur bila mana hasratnya untuk membawa dua anaknya ke Tanah Suci dipermudahkan Bi...
Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba

Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 210 hits
Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang anda wajib cuba resipi ini Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia Masak p...
7 Strategi Umkm Go Digital Yang Wajib Dipahami Pebisnis

7 Strategi Umkm Go Digital Yang Wajib Dipahami Pebisnis

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 166 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Digitalisasi sudah merambah ke berbagai sektor termasuk bisnis Mau tidak mau UMKM harus mengikuti perkembangan Artikel pertama kali dipublikasikan di
Rasmi Menteri Pendidikan Baharu Yang Wajib Rakyat Malaysia Kenal Reformasi Pendidikan Negara

Rasmi Menteri Pendidikan Baharu Yang Wajib Rakyat Malaysia Kenal Reformasi Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 185 hits
RASMI MENTERI PENDIDIKAN BAHARU YANG WAJIB RAKYAT MALAYSIA KENAL REFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Semalam telah diumumkan mengenai kabinet kerajaan perpaduan yang akan memimpin kerajaan Malaysia Pengumuman itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datu...
Ingin Membuka Usaha Laundry Jangan Lewatkan Hal Wajib Berikut Ini

Ingin Membuka Usaha Laundry Jangan Lewatkan Hal Wajib Berikut Ini

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 144 hits
Laundry menjadi salah satu usaha jenis jasa yang paling dibutuhkan saat ini terutama oleh generasi modern Pekerjaan atau kegiatan kampus menyita banyak waktu sehingga urusan cucian kerap terbengkalai Disitulah usaha laundry patendo hadir de...
Laman Web Cari Kerja Popular Di Malaysia Yang Wajib Anda Tahu

Laman Web Cari Kerja Popular Di Malaysia Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 295 hits
Korang sedang mencari pekerjaan atau sudah berada di semester akhir pengajian Masih tercari cari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan Tak perlu menganggur lama lama poket pun sudah kering apa kata korang semak senarai laman w...
Buat Sendiri Je Resipi Resipi Milk Booster Semulajadi Yang Mommy Wajib Try

Buat Sendiri Je Resipi Resipi Milk Booster Semulajadi Yang Mommy Wajib Try

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 117 hits
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu Semula jadi dan bukan makanan yang diproses rasanya juga seda...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar