Tahu Tak Scammer Boleh Curi Duit Anda Tanpa Otp Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Diperdaya Ribuan Ringgit


Hari makin hari, cara penipu atas talian memperdaya mangsa semakin licik dengan menggodam maklumat mangsa.
Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati supaya maklumat peribadi tidak jatuh ke tangan orang yang salah termasuklah nama haiwan peliharaan atau nama ibu yang mungkin kita jadikan soalan rahsia perbankan.
Salah seorang mangsa penipuan atas talian, Jonathan Sidi berkongsi pengalamannya diperguna oleh individu yang didakwa mencuri beberapa ribu wang di dalam akaunnya. Mari baca perkongsian Jonathan di bawah sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP? Jonathan telah menerima beberapa panggilan daripada 017 *** 5084 namun tidak menjawab panggilan berkenaan. Menurutnya, individu tersebut dikatakan telah menghantar Whatsapp terkandung paparan skrin gambar SMS OTP yang telah dibuat.

“Scammer meminta no OTP tersebut kerana kononnya isterinya tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan dia dan video yang menunjukan nombor akaun beliau untuk meyakinkan saya.
“Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke telefon saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan peranti. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan,” katanya.
Scammer terus menekan dengan menghantar beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp, namun Jonathan tetap tidak memberi OTP.
Wang dipindahkan ke Favourite List Jonathan mendakwa telah menerima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List miliknya setelah satu jam berbalas Whatsapp dengan scammer berkenaan.
“Saya hubungi Customer Service hotline. Sah pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya.
“Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja.
“Tindakan Customer Service ialah blok kad dan perbankan atas talian termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis,” kongsinya.
“Saya block no 017 *** 5084 dari WhatsApp selepas menghubungi Customer Service. Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.”
Berikutan itu, Jonathan telah ke Balai Polis Samarahan untuk membuat laporan sebelum diminta untuk merujuk kepada Balai Polis Sg Maong kerana penipuan tersebut termasuk dalam kategori jenayah komersial.
Gambar: Jonathan Sidi Pihak polis telah mencadangkan mangsa agar menghubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut. Setelah membuat panggilan, dia mendapati mereka telah menerima panggilan Whatsapp dari seseorang yang menggunakan gambar profil Whatsapp milik Jonathan menggunakan nombor 017 *** 0079.
Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.

Menurutnya, scammer tersebut telah menghantar bukti transaksi berjaya kepada penerima Favourite List sebelum meminta mereka memulangkan wang yang didakwa tersilap pindah berkenaan.
Scammer memberi nombor akaun yang lain kepada Favourite List dan mengugut untuk melaporkan polis sekiranya mereka enggan memindahkan wang tersebut ke akaun scammer. Disebabkan takut, Favourite List telah memindahkan duit ke akaun milik suspek.
Lima laporan direkodkan berkenaan kes yang serupa “Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan menurut laporan polis setakat ini sehingga awal September 2019, lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017 *** 5084 dengan jumlah kerugian mencecah lebih RM63 ribu.
“Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut atau suruh Favourite List pindah ke akaun lain yang mana berkemungkinan dijadikan akaun keldai atau transit,” kata Jonathan.
Pengajaran Berikutan itu, Jonathan meninggalkan beberapa pesanan yang boleh kita ambil sebagai langkah berjaga-jaga.
1. Jangan online atau engage dengan scammer.
Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh klon HP kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online dan engage dengan mereka.
2. Off WiFi dan mobile data jika pemanggil disyaki adalah scammer.
*Kami difahamkan mangsa langsung tidak menekan sebarang link atau pautan dari scammer, tetapi duit mangsa tetap hilang.
Dalam satu kes yang lain, seorang lelaki separuh abad nyaris menjadi mangsa apabila scammer menggunakan cara yang serupa memindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun pinjaman kad kredit mangsa, didakwa bagi membuatkan mangsa cemas akibat penolakan duit serta memberi OTP kepada penjenayah berkenaan tanpa berfikir panjang.
Namun nasib menyebelahi mangsa apabila anaknya membongkarkan modus operandi yang digunakan scammer tersebut.
Sumber: Jonathan Sidi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/30/tahu-tak-scammer-boleh-curi-duit-anda-tanpa-otp-lelaki-ini-kongsi-pengalamannya-diperdaya-ribuan-ringgit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Scammer Boleh Mengeluarkan Duit Tanpa Otp

Bagaimana Scammer Boleh Mengeluarkan Duit Tanpa Otp

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 484 hits
Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP Scene 1 1 Saya terima beberapa panggilan dari 017 813 5084 Panggilan tidak dijawab 2 017 813 5084 hantar WhatsApp Saya buka Ada beberapa screen shoot gambar SMS OTP yang telah dibuat 3 Sca...
Seorang Guru Tadika Rugi Rm20 000 Diperdaya Dek Scammer

Seorang Guru Tadika Rugi Rm20 000 Diperdaya Dek Scammer

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 425 hits
KUANTAN Seorang guru tadika di sini kerugian RM20 000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menyamar pegawai bank dan polis semalam Taktik lapuk suspek dengan helah tunggakan pinjaman bank dan akaun bank terlibat dengan kegiatan pengedar...
Hati Hati Kongsi Gambar Di Laman Sosial Tak Pasal Gambar Digunakan Oleh Scammer

Hati Hati Kongsi Gambar Di Laman Sosial Tak Pasal Gambar Digunakan Oleh Scammer

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 769 hits
Alkisahnya bermula hari rabu lepas ada seseorang message Fiza kat facebook dengan gambar lesen Fiza yang telah dikaburkan muka dan maklumat lain kecuali nama Seingat fiza gambar tu Fiza upload di instagram facebook dan blog lepas renew lese...
Peminat Marvel Boleh Kumpul Duit Sekarang The Infinity Saga Akan Dilancarkan 15 November Ini

Peminat Marvel Boleh Kumpul Duit Sekarang The Infinity Saga Akan Dilancarkan 15 November Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 404 hits
Bagi kipas susah mati filem filem Marvel anda kini boleh mulakan simpanan anda Berdasarkan iklan terbaru Marvel Studios templet infinity Saga box set telah didedahkan kepada umum dan tertulis tarikh jualan pada 15 November ini berserta harg...
Buat Duit Digital Tanpa Modal Income Boleh Sampai 5 Angka Sebulan

Buat Duit Digital Tanpa Modal Income Boleh Sampai 5 Angka Sebulan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 1664 hits
PELUANG BISNES MUDAH BUAT INCOME ONLINE TANPA MODAL Jana Pendapatan Tanpa Produk SendiriDaftar PERCUMA dan Mulakan Bisnes Affiliate Anda Dengan Serta Merta Affiliate merupakan cara termudah untuk menjana pendapatan melalui internet Tanpa pr...
Kalau Tak Ada Duit Saya Boleh Bagi Percuma Hafiz Hamidun Dakwa Drama Insan Terpilih Langgar Isu Hak Cipta

Kalau Tak Ada Duit Saya Boleh Bagi Percuma Hafiz Hamidun Dakwa Drama Insan Terpilih Langgar Isu Hak Cipta

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 1714 hits
Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun meluahkan rasa kecewa apabila sebuah syarikat produksi kerana menggunakan lagu zikir nyanyiannya dalam drama Insan Terpilih yang disiarkan di TV3 tanpa kebenaran BACA Menurut Hafiz syarikat produksi Aniq ...
Yeay Duit Dalam Komaci Dah Boleh Kash Out

Yeay Duit Dalam Komaci Dah Boleh Kash Out

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 338 hits
Kacing Kacing Yeayyy dah boleh keluarkan duit dalam tabung komaci fuhhh ingatkan burn je sebab kat komaci tak banyak job dah syarat untuk kash out sebelum ni K 500 dalam tabung komaci k fiezz baru K 200 something Masalahnya kalau banyak job...
Boleh Nak Guna Tapi Minta Izin Jangan Memandai Buka Wallet Isteri Ambil Duit Dia

Boleh Nak Guna Tapi Minta Izin Jangan Memandai Buka Wallet Isteri Ambil Duit Dia

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 624 hits
Sudah menjadi tanggung jawab suami sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah buat keluarga Perlu beri makan dan pakai untuk isteri dan anak anak Rumah juga perlu diserikan dengan sedikit kemudahan agar kehidupan sekeluarga lebih bahagia H...
Ramai Kena Tipu Individu Dakwa Rugi Ratusan Ringgit Beli Tiket Konsert Shawn Mendes Dari Scammer

Ramai Kena Tipu Individu Dakwa Rugi Ratusan Ringgit Beli Tiket Konsert Shawn Mendes Dari Scammer

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 506 hits
Sejak malam tadi pengguna Twitter berang dengan segelintir individu yang dipercayai menjadi scammer menjual tiket Konsert Shawn Mendes yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam Menurut satu akaun Twitter mendakwa ratusan orang telah di tipu ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti