Hati Hati Kongsi Gambar Di Laman Sosial Tak Pasal Gambar Digunakan Oleh Scammer
Alkisahnya bermula hari rabu lepas, ada seseorang message (A bukan nama sebenar)Fiza kat facebook dengan gambar lesen Fiza yang telah dikaburkan muka dan maklumat lain kecuali nama. Seingat fiza gambar tu Fiza upload di instagram, facebook dan blog lepas renew lesen. Tak ingat tahun bila. No kad pengenalan dan beberapa maklumat penting memang Fiza dah kaburkan awal-awal. Cuma nama dan muka je Fiza tak kaburkan dan Fiza ada letak watermark.
Sebab nama Fiza jelas tertera dalam gambar tu, so A bukan nama sebenar cari di facebook untuk kepastian dan tanya "pernah buat lesen terbang ke?" Gambar tu dia dapat melalui whatsapp dari perkhidmatan lesen yang menggunakan gambar lesen Fiza sebagai feedback/testimoni untuk bisnes mereka. Kira konon-konon legit lah macam tu
Perghhh berderau jantung ni ha laju berdegup laju, adrenalin sampai ke tahap berapa pun tak tau. Rasa geram rasa marah rasa kesal dan semua rasa ada! Penat-penat dan susah payah ambil lesen dengan ujian semua bagai, dia boleh guna gambar lesen kita buat feedback untuk lesen terbang pulak. Ini tak boleh jadi ni. Tiba-tiba nak bertukar jadi singa
Fiza blank kejap, tak tahu nak buat apa! Tak pasal je gambar lesen dibuat feedback untuk service lesen terbang mereka. Selepas bertenang dan kumpul maklumat penting, bincang dengan husband apa yang perlu dibuat. Disebabkan ianya berkaitan dengan data peribadi, jadi buat report dekat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) secara online.
Kena daftar dulu buat akaun dan baru buat report. Harap-harap kes ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Buat masa ni kena tunggu sebab report baru terima dan status masih dalam siasatan. Apa yang Fiza nak kongsi kat sini, kau orang kena hati-hati kalau share gambar di laman sosial ye. Details macam maklumat nombor kad pengenalan tu jangan sesekali dedahkan. Sedangkan gambar lesen Fiza yang dah kaburkan pun orang boleh guna untuk tujuan penipuan apatah lagi yang tak dikaburkan lansung.
Timbul rasa menyesal dan tak sangka jadi macam ni. Orang kalau nak buat jahat dia tak kira sapa dah kan. Terus Fiza delete gambar tu dan lepas ni tak akan upload dah gambar yang ada data peribadi. Fiza syak perkhidmatan lesen ni adalah scam sebab mana mungkin ambil lesen tanpa ujian. Merepek apa entah! Tunggulah pembalasannya nanti dan beringat sikit jangan sesuka hati guna data orang untuk menipu orang.
Mujur juga A bukan nama sebenar tu message Fiza dan beritahu. Kalau tak, sampai bila-bila dia guna untuk menipu. Gambar lain pun ada juga kan orang guna untuk buat jahat. Kita tak tahu dan tak menjangka akan berlaku. Cuma kena berhati-hati je lah sebab tu Fiza kurang upload gambar selfie melainkan gambar dengan produk untuk review. Dalam media sosial penuh dengan gambar produk, gambar permandangan dan gambar makanan je lah nampaknya.
Kadang ada juga gambar testimoni kita review produk, seller lain jual produk yang sama guna untuk testimoni dia pula. Yang tu memang tak patut lah. Apapun nak berniaga kenalah jujur dan tak menipu orang. Semoga kes ni selesai dengan cepat. Aaminn...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/10/hati-hati-kongsi-gambar-di-laman-sosial.html