Mak Iti Tak Boleh Bercakap Tapi Pandai Sebut La Ilaha Ilallah


“Dia tidak boleh bercakap tetapi pandai menyebut La Ilaha Illallah.” Demikian kata ibu kepada seorang gadis yang tidak mampu bertutur akibat hiper autisme dihidapinya.
Raihanah Mat Jusoh, 56, berkata, hanya kalimah tersebut sering disebut anaknya, Siti Nuratikah Rosly Mohamed, 20, terutama apabila berdepan masalah kesihatan.
“Kalimah itu sentiasa diulang-ulang terutama ketika dia sakit,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Seterpa, Peringat di sini hari ini.
Anak kelapan daripada 11 adik-beradik tersebut dikesan menghidap hiper autisme sejak berusia dua tahun ketika dia pada asalnya menjalani rawatan akibat masalah membuang air besar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Raihanah berkata, sejak mengetahui penyakit tersebut, pelbagai ikhtiar dilakukannya sama ada perubatan moden atau tradisional, selain turut membawanya menjalani terapi menunggang kuda serta renang di bawah bantuan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK).
“Pada usia 10 tahun barulah dia boleh duduk dan hingga sekarang hanya mampu mengengsot badannya di lantai untuk bergerak.
“Dia memakai lampin pakai buang manakala keperluannya pula perlu diuruskan orang lain,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, Siti Nuratikah yang turut dikenali sebagai Mak Iti sering menumbuk muka sendiri malah kerap kali menghantukkan kepalanya ke lantai dan dinding rumah.
Katanya, kelakuan menyakitkan diri sendiri itu kerap kali dilakukan tanpa sebab malahan akan lebih teruk jika dia tidak berpuas hati atau menginginkan sesuatu seperti meminta dibawa keluar bersiar-siar.
Raihanah berkata, dalam tempoh sehari, anaknya itu perlu dibawa ‘makan angin’ dengan menaiki kereta atau motosikal ke mana-mana sahaja antara empat hingga lima kali.
“Pada waktu malam pula, kadang-kala dia tidak tidur sehingga lewat malam sebaliknya menangis dan merengek-rengek seperti seorang bayi.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ragamnya makin menjadi-jadi kerana tidak boleh keluar bersiar-siar tetapi baru-baru ini sudah pulih sedikit apabila mendapat kebenaran keluar berdua dan sekarang lebih lega kerana sudah boleh keluar untuk melunaskan keinginannya itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Raihanah yang berniaga karipap turut berdepan cabaran membesarkan anak autisme termasuk tidak terlepas daripada pandangan serong masyarakat, namun memberitahu sudah lali dengan cemuhan segelintir pihak, selain mengakui ada juga yang mengeluarkan kata-kata menyinggung perasaannya sebagai seorang ibu.
“Bohonglah kalau saya tidak pernah berasa sedih dengan ujian ALLAH ini tetapi menjaga anak syurga sebegini membuatkan rezeki kami sekeluarga melimpah ruah, malah mulutnya yang selalu menyebut kalimah suci ‘La Ilaha Illallah’ itu sudah memberikan ganjaran pahala yang amat besar kepada saya sendiri.
“Saya hanya harapkan anak-anak yang lain terus membantu menjaga, menguruskan dan menyayangi Mak Iti dengan sepenuh hati selagi hayatnya masih ada,” katanya sayu.
Siti Nuratikah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan dan mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun BSN 03003-41-00000012-1.
sumber : sinar harian


The post Mak Iti tak boleh bercakap tapi pandai sebut ‘La Ilaha Ilallah’ appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/mak-iti-tak-boleh-bercakap-tapi-pandai-sebut-la-ilaha-ilallah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Singgah R R Mulai Hari Ini Tapi Perlu Ikut Sop

Boleh Singgah R R Mulai Hari Ini Tapi Perlu Ikut Sop

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR 10 JUN Bagi yang merancang perjalanan rentas negeri mulai hari ini mereka boleh singgah berehat dan menunaikan solat di surau yang disediakan di kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya menuju ke destinasi masing masing ...
Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 686 hits
Kebenaran untuk merentas negeri dan pembukaan semula sektor perlancongan bukan tiket untuk kita terus membawa anak anak tanpa memikirkan risikonya Biarpun telah dibenarkan oleh kerajaan namun PKPP yang dilanjutkan hingga Ogos nanti perlu me...
Boleh Berkhemah Di Hutan Tapi Tak Boleh Bermalam

Boleh Berkhemah Di Hutan Tapi Tak Boleh Bermalam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 436 hits
Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung menyarankan pengunjung melakukan aktiviti yang tidak memerlukan mereka bermalam dengan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh KUALA LUMPUR Kegiatan pendakian ...
Bubur Som Som Sagu Buah Naga Versi Baby Mudah Sedap Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali

Bubur Som Som Sagu Buah Naga Versi Baby Mudah Sedap Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 564 hits
Menyediakan hidangan buat anak anak kecil kita saban hari sememangnya menyeronokkan Apa lagi saat melihat mereka menghabiskan suapan terakhir hingga licin pinggan Satu kepuasan buat ibu Selain menu yang berat seperti nasi dan bubur manisan ...
Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 360 hits
Walaupun kes COVID 19 semakin berkurangan kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya jadi kita tidak boleh leka Dipetik dari laman...
Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 330 hits
HP sekarang tuh udah canggih canggih lo Guys dengan budget 2 jutaan aja udah bisa dapet yang kualitasnya oke
Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun Pada sambutan Aidilfitri yang lalu ramai perantau sayu khususnya ketika mendengar lagu lagu raya kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman namun bermula Rabu ini lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman ...
Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 606 hits
Sekarang kan musim durian sudah tentu penggemar penggemar durian di luar sana rajin memburu gerai gerai durian di tepi tepi jalan Bila sudah nampak durian yang selonggok itu lagilah bertambah rasa geram apatah lagi jika baunya menusuk hidun...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp