Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi


Tahniah Atas Kejayaan Menamatkan Pengajian Dalam Diploma Komunikasi Bahasa Inggeris : Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Pahang
Tahniah anakanda tersayang, Nur Aina Insyirah Suhaimi. Umi dan abah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anakanda menamatkan pengajian dalam Diploma Komunikasi Bahasa Inggeris di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang. 

Kakak telah membuktikan bahawa dengan
usaha, doa dan semangat yang tidak pernah luntur, kejayaan pasti akan menyusul. Umi dan abah sangat bangga melihat Kakak melangkah ke satu fasa baru dalam kehidupan dengan penuh keyakinan dan ilmu.

Semoga pencapaian ini menjadi pembuka jalan kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Teruslah melangkah dengan rendah hati, membawa nilai-nilai murni yang telah dididik sejak kecil. Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kakak.

13 Mei 2025 ... Hari ini, langit terasa lebih luas, udara terasa lebih tenang. Segala lelah, doa dan tangisan selama ini seakan terbayar apabila melihat puteri sulung kami, Nur Aina Insyirah binti Suhaimi, berdiri gagah di atas pentas menggenggam segulung diploma dengan senyuman yang paling tulus pernah kami lihat.  Alhamdulillah....
Allahu, hati Umi dan abah sebak. Ada titisan air mata gugur di kelopak mata Umi,  bukan kerana sedih tapi ianya air mata syukur dan gembira. 13 Mei 2025, hari ini bukan hanya hari kejayaan kakak. Tapi juga hari pengiktirafan buat semua pengorbanan dan perjuanganmu menuntut ilmu selama ini wahai anak. 

Dari Mata Seorang Ibu… Dari Hati Seorang Ayah.Umi abah masih ingat saat Umi lepaskan Kakak ke Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Pahang. Pelukan terakhir di perkarangan asrama kolej dan pandangan terakhir sebelum Kakak melangkah ke asrama. Umi tahan tangis tapi air mata tetap juga mengalir. Kakak cakap jangan nangis Umi, insyaallah Kakak kuat. 
Abah diam seribu bahasa. Tapi bila Umi pandang pada abah ada air mata bergenang di kelopak mata abah. Dalam hati kami, hanya doa yang mampu Umi abah panjatkan;
“Ya Allah, peliharalah dan jagalah anak perempuan kami Nur Aina Insyirah binti Suhaimi sepanjang menimba ilmu di sini, jadikan dia kuat, tabah dan berjaya.”

Malam malam yang Umi lalui selepas Kakak pergi ... Umi banyak menangis. Setiap kali masuk bilik Kakak, Umi nangis .. tengok barang Kakak Umi nangis dan kerap kali juga Umi termenung dan tertidur di bilik Kakak sebab rindu... Rindunya Umi dan abah pada Kakak dan kerisauan kami yang tak terluah. Bimbang dan sebagainya bermain main di fikiran.
Kami tahu kakak di sana berjuang dalam diam. Penat dengan tugasan, rindu yang menyesak dada, tangisan yang ditahan sendirian tapi Kakak tetap melangkah. Kakak tak pernah mengeluh apalagi patah semangat. Kakak buktikan kekuatan itu bukan pada badan tapi pada jiwa. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. 
Segulung Diploma, Segunung Harapan
Hari ini 13 Mei 2025, Kakak pulang dengan kejayaan. Tapi yang paling menyentuh hati Umi dan abah ialah keteguhan kakak dalam proses itu. Diploma yang kakak genggam bukan sekadar sijil akademik. Ia adalah simbol ketabahan, lambang perjuangan dan hadiah paling bermakna buat Umi dan abah. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. 

Aina Insyirah cahaya ketenangan dalam hidup Umi dan abah, semoga ilmu yang diperoleh ini bukan sahaja membawa manfaat kepada dunia tapi menjadi bekal di akhirat nanti. InsyaAllah. 

Rumah Ini Sentiasa Ada Untukmu Wahai Anak
Rumah ini, hati ini dan doa ini sentiasa terbuka untukmu. Umi dan abah tak pernah berhenti berdoa untuk Kakak. Takkan pernah berhenti menunggu dan takkan pernah letih mencintaimu wahai anak. 

“Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang berterusan buat anakanda kami. Jadikan dia insan yang berbakti, berakhlak dan membawa manfaat untuk agama, keluarga dan masyarakat…”

Dengan Seluruh Kasih Dan Doa
– Umi dan Abah 🌹 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2025/05/tahniah-anakanda-nur-aina-insyirah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari Kakya Nur Amirah Binti Azmi

Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari Kakya Nur Amirah Binti Azmi

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 192 hits
Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari KakYa Nur Amirah Binti AzmiBuat adik yang pernah mewarnai hari hari KakYa Nur Amirah binti Azmi 8 Mei 2025 bukan sekadar tarikh terakhir kamu di Fly High sayang 8 Mei 2025 adalah hari satu bintang be...
Sufian Suhaimi Biodata Perkahwinan Lagu Terbaru

Sufian Suhaimi Biodata Perkahwinan Lagu Terbaru

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 161 hits
Sufian Suhaimi seorang artis berbakat yang sudah lama menempah nama dalam industri muzik tanah air Sebut saja nama Sufian Suhaimi pasti ramai yang terus teringat bait bait lagu cinta yang penuh emosi dan menyentuh jiwa Sufian berjaya membin...
Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 211 hits
Verse 1 Ku mencari Titik hilang dalam senyum Yang pernah ada terukir Verse 2 Dan ku diisini Tercegat terpacak lurus Dan masih terus menanti Pre cho Mungkin ada Sisa untuk ku Mungkin ada Sisa untukku Chorus Dan biar waktu ini kan menjadi sak...
Tahniah Anda Berani Jangan Ikut Walaun

Tahniah Anda Berani Jangan Ikut Walaun

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 124 hits
Bagus ni Berani juga dia tegur yang Kerja tak jalan pun Projek je Karaoke pula Akhirnya ada juga yang berani tegur Eh Laaa Aku silap baca Rupanya dia tegur Ingatkan tegur Sanusi Ye la Sebab PMX bukannya karaoke Bukan dengan wanita ajnabi pu...
Polis Traffic Ini Patit Dipuji Beliau Iklas Membantu Seorang Nenek Tahniah Terbaik

Polis Traffic Ini Patit Dipuji Beliau Iklas Membantu Seorang Nenek Tahniah Terbaik

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 155 hits
Diari ilham Nerizen puji sikap Polis ini video tular polis trafik yang menumpangkan seorang nenek
Tahniah Mamat Got No Chill Kongsi Berita Gembira Isteri Kini Hamil 3 Bulan

Tahniah Mamat Got No Chill Kongsi Berita Gembira Isteri Kini Hamil 3 Bulan

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 117 hits
Pempengaruh media sosial Mamat Got No Chill berkongsi berita gembira apabila isterinya Siti Nurhana kini hamil cahaya mata sulung mereka Berita gembira itu dimaklumkan oleh Mamat di laman TikToknya dengan memuat naik sebuah video yang memap...
Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

Pm Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke 82

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 124 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke 82 pada 17 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA L...
Tahniah Bella Astillah Tak Sangka Syukur Terima Anugerah Ikon Ibu Muda

Tahniah Bella Astillah Tak Sangka Syukur Terima Anugerah Ikon Ibu Muda

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 153 hits
Pelakon dan penyanyi terkenal Bella Astillah tak sangka dinobat sebagai penerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini Anugerah itu disamp...
Siapa Rindukan Ucapan Ds Mat Sabu Tahniah Atas Pelancaran Pusat Khidmat

Siapa Rindukan Ucapan Ds Mat Sabu Tahniah Atas Pelancaran Pusat Khidmat

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 106 hits
Majlis Pelucuran Inisiatif Kasih Rahmah Program Singgah Sepang Dulu sempena Perasmian Pembukaan Pusat Khidmat Baharu Ahli Parlimen Sepang oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Turut hadir YB Datuk H...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Awie Riez Luka Chord

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel

Kota Lama Duyung Pulau Duyung Terengganu Warisan Yang Terbiar

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Fahmi Fadzil Anggap Gandingan Nurul Izzah Amp Saifuddin Nasution Sangat Cocok

Parlimen Iran Putus Tutup Selat Hormuz