Sufian Suhaimi Biodata Perkahwinan Lagu Terbaru


Sufian Suhaimi, seorang artis berbakat yang sudah lama menempah nama dalam industri muzik tanah air. 
Sebut saja nama Sufian Suhaimi, pasti ramai yang terus teringat bait-bait lagu cinta yang penuh emosi dan menyentuh jiwa. Sufian berjaya membina kerjaya yang kukuh walaupun pernah dilanda kontroversi.
Jom kenali sosok artis berbakat ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian di bawah. 
Siapa Sufian Suhaimi?  Sufian Suhaimi atau nama penuhnya Sufian bin Haji Suhaimi ialah seorang penyanyi, penulis lirik dan pelakon terkenal Malaysia. Beliau dilahirkan di Mersing, Johor pada 3 Mei 1992. 
Sufian mula mencipta nama menerusi lagu-lagu balada penuh emosi seperti “Terakhir” dan “Di Matamu”. Beliau terkenal dengan gaya vokal balada dan kebolehan menulis lagu yang dekat dengan perasaan pendengar. 
Kerjaya Sufian melonjak selepas single “Terakhir” (2016) dan “Di Matamu” (2018) yang menjadi fenomena, meraih jutaan tontonan di YouTube serta pelbagai pencalonan dan anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan The Malaysia Book of Records. 
Selain menyanyi, Sufian juga aktif menulis puisi, berlakon drama dan telefilem, serta pernah merancang menerbitkan buku puisi sendiri.
Selain aktif dalam industri hiburan, Sufian juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari UniSZA dan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari UiTM.
BACA JUGA: Akhyar Rashid – Biodata, Kerjaya & Kehidupan Peribadi
Biodata Sufian Suhaimi Nama penuh: Sufian bin Haji Suhaimi Nama pentas: Sufian Suhaimi Tarikh lahir: 3 Mei 1992 Asal: Mersing, Johor Umur: 33 tahun (2025) Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ijazah Sarjana Komunikasi Massa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kerjaya: Penyanyi, penulis lirik, pelakon, guru Bahasa Inggeris, ahli perniagaan Syarikat rakaman: Aries Music, Rusa Music Genre: Pop, R&B, Balada, Soul Lagu Popular: “Terakhir” “Di Matamu” “Harus Aku” “Terasa Ada” “Mencuba” “Takkan Merubah” Instagram: @sufiansuhaimi_ Perkahwinan & Lagu Terbaru “Saksi” Pada 2 Mei 2025, Sufian sah bergelar suami kepada Rania Al Sadat dalam satu majlis tertutup di ibu negara. Majlis itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat, mengekalkan suasana sederhana dan penuh privasi.
Sempena hari bahagia tersebut, Sufian turut melancarkan lagu istimewa berjudul “Saksi” yang membawa naratif kisah cinta mereka, lengkap dengan muzik video eksklusif yang menampilkan Rania sendiri. 
Selain itu, Sufian juga dikenali sebagai seorang ayah angkat kepada seorang anak lelaki bernama Faeq Razeeq, yang diambil sejak 2019 sebagai tanda kasih dan tanggungjawab sosial. 
Kerjaya dan Pencapaian Sufian Suhaimi memulakan kerjaya profesional sebagai penyanyi pada tahun 2016 selepas single pertamanya, “Terakhir” mendapat perhatian meluas di media sosial dan platform digital. 
Lagu ini dihasilkan bersama dua rakan baiknya, Sirkhan dan Rinkarnaen. Lagu ini turut berjaya menembusi Anugerah Juara Lagu ke-31 pada 2017. 
Sufian kemudiannya mengikat kontrak dengan Aries Music dan meneruskan kejayaan dengan single kedua, “Harus Aku”, pada tahun yang sama.
Pada tahun 2018, Sufian melancarkan “Di Matamu”, yang bukan sahaja menjadi fenomena tempatan, malah mencatat lebih 20 juta tontonan di YouTube dalam masa dua bulan dan menjadi lagu paling banyak distrim di Malaysia selama sebelas minggu berturut-turut!
Kejayaan lagu ini membawanya ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 dan menjadikan Sufian antara artis Malaysia paling banyak distrim di Spotify pada tahun 2018. 
Pencapaian Penting Lagu “Terakhir” dan “Di Matamu” layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL31 & AJL33) “Di Matamu” menjadi video muzik Malaysia paling banyak ditonton di YouTube pada Januari 2019, dengan lebih 50 juta tontonan dan turut diiktiraf sebagai lagu paling banyak distrim di Malaysia untuk tahun tersebut. Sufian pernah tersenarai sebagai artis Malaysia kedua paling banyak distrim di Spotify pada tahun 2018. Lagu “Di Matamu” turut dirakam semula untuk pasaran Indonesia dengan judul “Di Matamu 2.0” bersama kumpulan Shima. Fakta Menarik Sufian Suhaimi 1. Sufian Suhaimi melancarkan lagu istimewa berjudul “Saksi” yang membawa kisah cinta mereka, dengan Rania sendiri tampil dalam muzik video rasmi lagu tersebut.
2. Sebelum bergelar artis sepenuh masa, Sufian pernah menjadi guru Bahasa Inggeris dan Matematik di Johor Bahru.
3. Sufian mula memetik gitar sejak sekolah menengah dan aktif menyertai pertandingan nasyid, menunjukkan bakat muziknya berkembang dari usia muda sebelum dikenali sebagai penyanyi balada popular. 
4. Selain menulis lirik lagu sendiri, Sufian juga menulis buku puisi berjudul Sanandika Sufian Suhaimi yang diinspirasikan daripada kisah cinta, keluarga dan kerjaya. Buku ini dirancang diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia.
5. Sufian turut menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem seperti lagu “Takkan Merubah” untuk filem Motif.
Akhir kata, selamat pengantin baru diucapkan kepada Sufian Suhaimi dan pasangan. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia sentiasa.
Sumber:
Instagram: @sufiansuhaimi_ mStar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sufian-suhaimi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sufian-suhaimi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 275 hits
Verse 1 Ku mencari Titik hilang dalam senyum Yang pernah ada terukir Verse 2 Dan ku diisini Tercegat terpacak lurus Dan masih terus menanti Pre cho Mungkin ada Sisa untuk ku Mungkin ada Sisa untukku Chorus Dan biar waktu ini kan menjadi sak...
Ku Kan Menuggu Lagu Terbaru Yang Mempamerkan Sisi Versatil Iss Arffan

Ku Kan Menuggu Lagu Terbaru Yang Mempamerkan Sisi Versatil Iss Arffan

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 180 hits
Penyanyi dan komposer berbakat Iss Arffan kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbarunya bertajuk Ku Kan Menunggu Merupakan Single Ke 5 Lagu ini merupakan single kelima dalam kerjayanya dan memperlihatkan si...
Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 244 hits
Eyka Farhana merupakan salah seorang selebriti muda tanah air yang berjaya mencipta nama dalam dunia hiburan Malaysia Berbakat besar dalam bidang lakonan dan mempunyai pesona tersendiri Eyka bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat te...
Tak Terpisah Lagu Terbaru Duet Antara Jessc Dan Jee

Tak Terpisah Lagu Terbaru Duet Antara Jessc Dan Jee

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 176 hits
Hi Korang JessC puteri rock yang berpangkalan di Australia bergabung bersama diva legenda Malaysia Fauziah Latiff telah berduet menerusi lagu baharu Tak Terpisah Pengenalan lagu ini telah majlis pelancaran album Dekati Persembahan penuh emo...
Hiburan Sufian Suhaimi Rania Al Sadat Nikah Hari Ini

Hiburan Sufian Suhaimi Rania Al Sadat Nikah Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 117 hits
Desas desus mengenai pernikahan penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi dengan teman wanitanya Rania Al Sadat semakin hangat apabila beberapa petunjuk mula tersebar di media sosial Memetik laporan pasangan ini dikatakan akan mengadakan majlis a...
Sufian Suhaimi Saksi Chord

Sufian Suhaimi Saksi Chord

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 169 hits
C G Am G Fm C G C G Ku mencari Am C Titik hilang dalam senyum F Yang pernah ada terukir C G Dan ku diisini Am G Tercegat terpacak lurus F Fm Dan masih terus menanti Em F Mungkin ada Fm Sisa untuk ku Em Mungkin ada G Sisa untukku C Dan biar ...
Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 170 hits
Kasih yang pernah terlerai kini kembali bertaut apabila penyanyi terkenal Sufian Suhaimi mengesahkan bahawa dia kini kembali menjalin hubungan cinta dengan wanita bernama Rania selepas perpisahan mereka pada tahun 2023 Hubungan yang kembali...
Lagu Untuk Anniversary Pernikahan Dari Yang Romatis Syahdu Sampai Asyik

Lagu Untuk Anniversary Pernikahan Dari Yang Romatis Syahdu Sampai Asyik

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 214 hits
Anniversary pernikahan bakal jadi momen yang spesial banget dengan lagu untuk anniversary pernikahan Jangan anggap remeh lagu karena ini yang ngebangun suasana buat acara hari jadi pernikahan Ini nggak cuma soal ngitung tahun bareng tapi ju...
Rafeah Buang 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Rafeah Buang 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 247 hits
GALAKSIVIRAL Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang cukup dikenali salah seorang biduanita Malaysia yang sangat paling popular era 60 an dan 70 an Vokal Allahyarham yang lemak merdu alunan suara yang penuh syahdu dan lenggok kemelayu...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

5 Speaker Aktif Terbaik Dengan Audio Jernih Sound Horeg Mah Lewat

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Chili Oil Sk Recommend

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta

Apa Maksud Kereta Ev Hybrid E Hev Phev Dan Lain Lain

Ftg Kembali Dendang Remaja Ditemani Sofea

Bagaimana Cahaya Dapat Dipengaruhi Oleh Graviti Di Lohong Hitam

Apa Yang Berubah Sejak Aku Kali Terakhir Menulis

Al Hikam 2