Tahniah Anak Puan Dah Pandai Mengamuk Terlalu Behave Rupanya Ada Masalah Tingkah Laku


“Anak dia asyik mengamuk je kan?” anak mengamuk selalu di pandang sebagai anak yang bermasalah dan pasti ada yang menyalahkan ibu bapa dengan alasan tak pandai jaga anak.
Tapi sebenarnya anak kecil mengamuk itu normal, itu cara dia berkomunikasi dan meluahkan emosinya. Ikuti perkongsian daripada Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist.

KISAH MIA YANG BARU BELAJAR TANTRUM
“Anak Puan Maryam mesti behave je kan tak tantrum macam anak saya”
Pernah dahulu ada klien saya kata pada saya semasa saya sedang melakukan terapi bagi masalah kelewatan perkembangan dan tingkahlaku anaknya.
Tapi tidak, anak saya juga tidak lari dari perilaku yang mencabar walaupun maknya terapis kanak-kanak.
Bermula seawal 1 tahun 3 bulan,
-Mengamuk,
-Berguling,
-Menangis macam kena dera,
-Membaling barang,
-Baring atas lantai.
Pernah juga saya hampir hilang sabar sebab Tuhan sahajalah yang tahu macam mana anak saya menangis semasa fasa ini, boleh tahan lebih 1 jam! Lagi stress bila anak menangis atas sebab tak munasabah. Contohnya,
-Tengok gambar kahwin saya dan suami, anak mengamuk tak ada gambar dia.
-Nak makan ubat demam saya.
-Stress bila kepala tak muat masa nak pakai baju waktu bayi.
Tak munasabahkan?
Saya pasti tak ramai mak ayah yang mempunyai ketahanan mental untuk mendengar budak menangis. Sebab itulah waktu ini boleh dikira waktu paling genting dalam parenting ataupun di panggil “TERIBLE TWOS”.
Semua anak yang normal akan mengalami fasa ini.
KISAH MIA
Terasa nak cerita ada 1 kes melibatkan masalah tinglahlaku anak.
Mia (bukan nama sebenar), berumur 3 tahun semasa dirujuk untuk masalah pertuturan. Sebelum ini mak ayah masukkan Mia ke taska dengan harapan perkembangan Mia boleh berkembang dengan sendirinya. Tapi setelah lebih 6 bulan di taska, perkembangan Mia masih di tahap yang sama.
Saya tak salahkan taska sebab tak semua yang ada ilmu untuk membantu anak kelewatan perkembangan.
Semasa penilaian, saya dapati Mia mempunyai masalah kelewatan skil pertuturan yang serius. Umur 3 tahun tetapi belum ada walau 1 perkataan bermakna dikeluarkan. Masih lagi di tahap meniru bunyi (1 tahun ke bawah). Ini bermaksud perkembangan Mia terlewat 2 tahun.
Selain daripada itu, Mia juga mempunyai masalah perkembangan yang lain iaitu masih belum boleh melompat (skil motor kasar) walaupun sudah berumur 3 tahun. Untuk kes anak 3 tahun ke bawah biasanya soalan wajib saya
“Anak pernah tantrum atau ada masalah tingkahlaku tak?”
Mak ayah Mia beritahu yang Mia seorang anak yang baik dan menurut kata, tak pernah tantrum langsung.
Mia menyertai Intensive Development Program (IDP) di tempat saya BEYOND Home Therapy ataupun program terapi secara intensif khas untuk membantu masalah perkembangan. Program ini adalah program harian (Isnin-Jumaat).
Semasa 2 minggu pertama, saya dapati Mia mempunyai masalah fokus, masih lagi di fasa bersepah dan pantang barang terkemas tapi dalam masa yang sama Mia memang tak pernah marah bila orang lain ambil mainannya. Baik “behave” dan “happy go lucky” sahaja orangnya.
Selepas 2 minggu melalui terapi secara intensif, perangai Mia berubah menjadi agresif. Jadi pemarah, kuat tantrum, menangis tanpa sebab malah ada pernah hampir memukul kawan yang rampas mainannya.
Mak ayah Mia sedih sebab rasa dah tak kenal anak sendiri, anak yang “behave” berubah jadi kasar dan mula menyalahkan pihak kami. Saya pasti sesiapa yang berada di tempat mak ayah Mia ataupun yang membaca kes ini pasti menyalahkan pihak kami kerana menjadi punca Mia berubah.
Tetapi saya beritahu mak ayah Mia,
“Tahniah puan dan encik! Perkembangan emosi dan sosial anak dah meningkat. Anak dah mula ada perasaan marah, tak puas hati, cemburu, sedih dan nak buat semua sendiri”.
Ya, jika anak mula ada perasaan negatif. Maksudnya perkembangan emosi dan sosial anak dah meningkat ke tahap seterusnya. Purata anak akan mengalami fasa ini semasa 1 tahun 6 bulan, tetapi Mia umur 3 tahun baru mengalaminya.
Sebelum ini Mia dalam zon yang sangat selesa,
Nak makan ada orang suapkan,
Nak mandi ada orang mandikan,
Nak cakap ada orang tolong cakapkan,
Tak perlu berebut mainan sebab anak tunggal kesayangan,
Di taska juga Mia di-baby-kan, terasa dunia ini indah sahaja.
Tetapi di tempat kami, semua kena belajar buat sendiri dan semuanya memerlukan teknik yang betul untuk ajar anak makan, mandi, pakai baju seluar dan sebagainya. Mia terpaksa keluar daripada zon selesa dan secara tak langsung perkembangan emosi dan sosialnya berkembang.
Selepas Mia mula “belajar” tantrum dan mengamuk, barulah perkembangan lain-lain berkembang. Termasuklah perkembangan skil pertuturan, skil motor kasar, skil motor halus malah skil fokus juga meningkat! Mia sudah mula boleh duduk dan habiskan aktiviti yang diberi.
Mak ayah Mia terkejut dengan perubahan skil pertuturan yang daripada tak ada perkataan pertama lagi, kini Mia dah mula mengeluarkan perkataan pertama walaupun ambil hujung-hujung. Tapi tak apa, yang penting ada kemajuan.
Semua ini hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk Mia belajar cara mengawal diri dan hampir mencapai tahap perkembangannya sebenar. Sekarang Mia sudah masuk ke taska biasa, hanya memerlukan terapi secara mingguan untuk memantapkan lagi perkembangannya.
Jadi disini, sangat penting untuk kita sentiasa ingat dan mengingatkan pasangan yang,
1. Di sebalik anak yang tak “behave” di tempat awam sebenarnya ada banyak sel-sel otaknya sedang berhubung.
2. Jika kita mak ayah yang mempunyai anak berumur 1 hingga 3 tahun dengan tingkahlaku mencabar. Sepatutnya kita perlu bersyukur dan raikan sebab anak berada di tahap yang normal mengikut umurnya. Tak semua negatif itu negatif.
3. Jika sudah 3 tahun masih lagi ada masalah tingkahlaku mencabar, mohon dapatkan bantuan sebelum makin melarat.
4. Galilah ilmu untuk belajar menangani masalah tingkahlaku anak kerana tindakan kita semasa ini mempengaruhi masa depan anak.
5. Percayalah yang kita akan kurang stress menguruskan anak jika kita faham betul-betul fasa perkembangan anak dan cara menanganinya.
6. Berfikirlah sebelum bertindak dan ingatlah yang anak kecil belajar melalui pemerhatian.
Semua peringatan di atas untuk diri saya sendiri juga.
Sekian, terima kasih, semoga bermanfaat.
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy Selayang & JB
The post “Tahniah Anak Puan Dah Pandai Mengamuk” Terlalu ‘Behave’ Rupanya Ada Masalah Tingkah Laku appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tahniah-anak-puan-dah-pandai-mengamuk-terlalu-behave-rupanya-ada-masalah-tingkah-laku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab

Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 363 hits
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu didik anak jadi pandai dan berjaya dalam hidupnya satu hari nanti Kita berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka Kalau boleh seawal usia anak lagi ibu bapa nak mereka sudah pandai membaca mengira da...
Suami Pandai Jaga Hati Isteri Akan Kurang Merajuk Anak Pun Dapat Aura Positif

Suami Pandai Jaga Hati Isteri Akan Kurang Merajuk Anak Pun Dapat Aura Positif

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 392 hits
Salah satu kunci kejayaan dalam psikologi keibubapaan adalah hubungan baik antara ibu dan ayah Ibu ayah berkomunikasi dengan baik antara sesama sendiri dapat memberi kesan baik Bukan sahaja pada psikologi ibu ayah tetapi juga anak anak Cont...
Nina Iskandar Berang Di Tegur Cara Beri Anak Makan Rupanya Pakar Nutritionist Yang Tegur

Nina Iskandar Berang Di Tegur Cara Beri Anak Makan Rupanya Pakar Nutritionist Yang Tegur

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 385 hits
Pelakon Nina Iskandar meluahkan rasa tidak puas hati dengan teguran dari seorang nutritionist apabila wanita tersebut menegur menerusi ruangan komen tentang cara Nina memberikan makan pada anak Baca Sebelum itu Nina ada memuatnaik sekeping ...
Bukan Sekadar Permainan Tradisional Rupanya Congkak Boleh Bantu Perkembangan Usia Anak Tadika Ini 5 Sebabnya

Bukan Sekadar Permainan Tradisional Rupanya Congkak Boleh Bantu Perkembangan Usia Anak Tadika Ini 5 Sebabnya

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 797 hits
Kalau tanya anak anak sekarang kenal atau tidak dengan permainan tradisional seperti congkak mungkin ada yang tak mengenalinya Sebenarnya permainan tersebut sangat baik untuk perkembangan anak anak usia tadika Perkongsian oleh Puan Siti Ais...
Guna Cara Ini Untuk Elak Mama Papa Jadi Singa Bila Anak Mengamuk Tak Perlu Pukul Cubit

Guna Cara Ini Untuk Elak Mama Papa Jadi Singa Bila Anak Mengamuk Tak Perlu Pukul Cubit

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 346 hits
Bila anak mengamuk mama papa boleh jadi singa Sebenarnya ia boleh dielak ada 7 tip ini boleh diguna yang penting ia bukan pukul dan cubit Bab taktik psikologi ini semua ibu ayah perlu terror Kita sering lihat kanak kanak kecil menjerit dan ...
Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 314 hits
Wahai ibu rupanya bila anak tak dengar kata sebab salah doa dan ikuti nasihat Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai panduan dalam mendidik anak Mendidik anak anak dalam dunia teknologi ini semestinya menjadi semakin mencabar Banyak ...
Tak Perlu Bandingkan Anak Sendiri Dengan Anak Orang Lain Dia Adalah Dia Semua Pandai

Tak Perlu Bandingkan Anak Sendiri Dengan Anak Orang Lain Dia Adalah Dia Semua Pandai

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 295 hits
Hentikan budaya membanding bandingkan anak orang dengan anak kita Sepatutnya ibu bapa perlu meyakinkan anak anak dan menghargainya dengan cara didikan keluarga kita Namun masyarakat kita ada satu budaya yang menjadikan anak orang lain sebag...
Marah Anak Tak Pandai Baca Wanita Tampar Kedua Dua Pipi Anak Sehingga Lebam Didenda Rm10 Ribu

Marah Anak Tak Pandai Baca Wanita Tampar Kedua Dua Pipi Anak Sehingga Lebam Didenda Rm10 Ribu

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 312 hits
Kuala Lumpur Seorang wanita yang menampar kedua dua belah pipi anak perempuannya yang mengalami disleksia sehingga lebam kerana marah mangsa mendiamkan diri ketika disuruh membaca didenda RM10 000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesy...
Ibu Ayah Stop Terlalu Melindungi Anak Mereka Perlu Berdikari Amp Belajar Buat Sendiri

Ibu Ayah Stop Terlalu Melindungi Anak Mereka Perlu Berdikari Amp Belajar Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 395 hits
Menjadi lumrah bagi setiap ibu ayah pasti akan melakukan apa sahaja yang terbaik buat keluarga tercinta Meskipun usia semakin bertambah sikap ingin melindungi akan sentiasa menebal sehingga secara tanpa sedar anda membentuk mereka menjadi a...
Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Christmas From The Manger To The Margins

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans