Marah Anak Tak Pandai Baca Wanita Tampar Kedua Dua Pipi Anak Sehingga Lebam Didenda Rm10 Ribu


Kuala Lumpur: Seorang wanita yang menampar kedua-dua belah pipi anak perempuannya yang mengalami disleksia sehingga lebam kerana marah mangsa mendiamkan diri ketika disuruh membaca, didenda RM10,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 33 tahun menukar pengakuan kepada bersalah pada hari kedua perbicaraan kes itu.
Ibu tunggal itu didakwa dengan sengaja melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun dua bulan tersebut di sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 8.30 malam hingga 9 malam 6 Nov 2019 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Mohd Irwan Mohd Mubarak merayu hukuman denda minimum kerana itu adalah kesalahan pertama anak guamnya yang berpendapatan RM3,800 sebulan
“Tertuduh masih penjaga kepada kanak-kanak itu dan dia menjaga serta mendidik anaknya sejak kecil. Anak guam saya juga tidak sengaja melakukan perbuatan itu dan kejadian ini adalah pertama kali berlaku sepanjang dia menjaga mangsa.
“Mahkamah perlu mengambil kira bahawa anak guam saya seorang ibu tunggal dan dia tertekan kerana perlu bekerja serta menyara anaknya. Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman seringan-ringannya kerana tertuduh telah menyesal dan insaf atas perbuatannya itu,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran atas alasan tertuduh sepatutnya melindungi mangsa kerana dia adalah penjaga kanak-kanak itu.
“Tertuduh sepatutnya bersabar dalam mendidik anaknya yang mempunyai masalah pembelajaran iaitu disleksia. Hukuman setimpal perlu dikenakan ke atas tertuduh agar ia dapat memberi pengajaran kepadanya dan orang di luar sana,” katanya.
Mengikut fakta kes, semasa pengadu yang merupakan bapa kandung mangsa berada di pejabatnya pada 7 Nov 2019, dia telah menerima WhatsApp daripada seorang cikgu yang memaklumkan bahawa anaknya mempunyai kesan lebam di bawah mata sebelah kiri dan sedikit lebam di sebelah kanan.
Pengadu telah mengambil mangsa dari sekolah serta membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan serta bertanya kepada mangsa keadaan sebenar dan kanak-kanak itu memaklumkan bahawa tertuduh telah memukulnya pada malam 6 Nov 2019.
Tertuduh mengaku yang dia menampar muka sebelah kanan dan kiri mangsa sebanyak dua kali kerana marah apabila mangsa mendiamkan diri ketika disuruh membaca apa yang telah diajar.
Hasil pemeriksaan doktor ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah pipi mangsa akibat ditampar dan kecederaan itu masih baharu serta kurang daripada tempoh 24 jam.
— BERNAMA
The post Marah Anak Tak Pandai Baca, Wanita Tampar Kedua-dua Pipi Anak Sehingga Lebam Didenda RM10 Ribu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/20/marah-anak-tak-pandai-baca-wanita-tampar-kedua-dua-pipi-anak-sehingga-lebam-didenda-rm10-ribu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Wanita Ditahan Disyaki Tipu Wang Sumbangan Anak Yatim

Dua Wanita Ditahan Disyaki Tipu Wang Sumbangan Anak Yatim

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR 23 Julai Polis menahan dua wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan menipu wang sumbangan untuk rumah anak yatim yang tidak wujud melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM500 000 dalam dua serbuan berasingan semalam Ke...
Marah Besar Istri Tampar Mulut Suami Dengan Sepatu Di Hadapan Wanita Selingkuhan

Marah Besar Istri Tampar Mulut Suami Dengan Sepatu Di Hadapan Wanita Selingkuhan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 260 hits
Seorang perempuan yang memergoki suaminya berselingkuh marah besar di jalan Dia melabrak perempuan lain yang diduga merupakan selingkuhan suaminya Dengan berbahasa Jawa perempuan itu mengatakan Suamiku kalau mau ambil ambil saja suamiku aku...
Tak Pakai Masker Didenda Rp 250 Ribu Pengendara Banyak Yang Coba Nego

Tak Pakai Masker Didenda Rp 250 Ribu Pengendara Banyak Yang Coba Nego

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 228 hits
Melalui Pergub 51 Tahun 2020 tentang Pelaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar pada Masa Transisi Menuju Masyarakat Sehat Aman dan Produktif Bisa dipastikan bagi pengendara nakal yang tidak mengenakan masker bakal kena sanksi sebesar Rp ...
Divonis Tak Bisa Hamil Wanita Ini Akhirnya Punya Anak Usai Rajin Bersedekah

Divonis Tak Bisa Hamil Wanita Ini Akhirnya Punya Anak Usai Rajin Bersedekah

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 255 hits
Citra sempat divonis tak bisa hamil karena ada kista di rahimnya Tapi guru pendidikan agama islam Sekolah Dasar di Tangerang itu terus berjuang lewat pengobatan dan doa Ia mulai rajin bersedakah hingga Allah SWT mengangkat penyakitnya dan h...
Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 351 hits
Kehilangan orang tersayang diibarat seperti hilang separuh jiwa dan raga Paling terkesan pada pasangan sehidup dan semati Tidak kurang juga perasaan kehilangan itu turut dirasai oleh rakan dan sahabat yang rapat Siapa yang tidak sedih denga...
Mulai 1 Agustus Warga Tasikmalaya Yang Tidak Bermasker Didenda Rp 50 Ribu

Mulai 1 Agustus Warga Tasikmalaya Yang Tidak Bermasker Didenda Rp 50 Ribu

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 208 hits
Pemerintah Kota Tasikmalaya memutuskan akan menerapkan saksi denda bagi warga yang tidak bermasker Besaran denda yang diberikan lebih rendah dari wacana yang dilontarkan Pemerintah Provinsi Jawa Barat yaitu Rp 50 ribu Peraturan tersebut mul...
Sedihnya Ibu Ini Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia Demi Menyara Anak Anak

Sedihnya Ibu Ini Sanggup Digelar Wanita Terburuk Dunia Demi Menyara Anak Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 416 hits
Kasih ibu memang tiada tandingannya setiap ibu ibu di dunia ini sentiasa inginkan yang terbaik buat anak anak Lebih mengharukan daripada pengorbanan seorang ibu tidak sekali pun mengharapkan balasan melainkan kasih sayang yang tiada pengakh...
Miliki Aset Lebih Rm10 Juta Pendapatan Pm Hampir Rm94 Ribu Sebulan

Miliki Aset Lebih Rm10 Juta Pendapatan Pm Hampir Rm94 Ribu Sebulan

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 340 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatat jumlah pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat harta di portal MyDeclaration yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berda...
Hadirnya Anak Bererti Allah Bagi Peluang Kedua Allah Nak Kita Terus Dapat Pahala

Hadirnya Anak Bererti Allah Bagi Peluang Kedua Allah Nak Kita Terus Dapat Pahala

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 353 hits
Anak anak yang lahir sebagai tanda cinta ibu bapa adalah anak anak yang suci Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya Sebab itu seawal ibu tahu ada penghuni kecil dalam rahim ibu semestiya perlu jaga emosi kerana ia akan mempengaruhi anak ...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst