Tabung Haji Tingkat Kualiti Perkhidmatan Galak Bakal Jemaah Buat Persediaan Awal


Lembaga Tabung Haji (TH), institusi pengurusan haji komprehensif negara, mengeluarkan makluman peringatan awal kepada bakal-bakal jemaah dalam giliran bagi musim haji 1447H/2026M untuk bersedia lebih awal terutamanya dari aspek kemas kini rekod maklumat peribadi, kesihatan, kewangan, pengurusan diri, dan penambahan ilmu berkaitan fardhu ain dan haji.
Giliran menunaikan haji boleh disemak di platform THiJARI atau di pejabat cawangan TH di seluruh negara. Langkah proaktif ini selari dengan usaha berterusan TH dalam mempertingkatkan perkhidmatan bagi manfaat jemaah haji Malaysia.
Ibadat haji yang merupakan rukun Islam kelima hanya diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan merangkumi aspek kesihatan, kewangan, kebenaran pihak berkuasa (kuota) dan keselamatan.
Makluman peringatan awal ini dikeluarkan bagi membantu bakal jemaah untuk membuat persediaan sepenuhnya lebih awal kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini bakal-bakal jemaah tidak berjaya melayakkan diri menerima tawaran haji terutamanya atas faktor kesihatan dan kewangan. Dengan peringatan awal ini, diharapkan bakal haji dalam giliran akan mempunyai tempoh masa persediaan yang lebih panjang untuk layak menerima dan menjawab tawaran haji.
“Ibadat haji adalah ibadat yang memerlukan persediaan yang amat rapi bagi memenuhi aspek kemampuan menunaikannya (Istito’ah). Peringatan mesra dari TH ini diharap dapat membantu bakal jemaah meningkatkan ketersediaan mereka untuk layak menjawab tawaran dan kemudian menunaikan ibadat haji dengan lancar bagi mendapatkan haji mabrur, insya-Allah,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Haji Mustakim Mohamad.
Kemampuan Kesihatan
Seperti mana syarat menerima tawaran haji sebelum ini, bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan. Ibadat haji memerlukan jemaah berjalan dalam jarak yang jauh, mencecah 10km sehari terutamanya apabila melakukan aktiviti melontar di Mina dalam cuaca tidak menentu. Justeru, persediaan kesihatan fizikal secukupnya adalah amat penting kerana jemaah haji perlu berada di Arab Saudi dalam tempoh yang panjang dan akan melalui suasana berdebu dan cuaca yang panas.
Makluman giliran haji yang lebih awal akan memberi bakal jemaah lebih masa untuk membuat persediaan penjagaan kesihatan seperti aktiviti senaman untuk meningkatkan daya ketahanan badan di samping pemeriksaan kesihatan kendiri bagi menangani keadaan penyakit sedia ada.
Kemampuan Kewangan
Bakal jemaah juga disarankan untuk terus meningkatkan simpanan di TH bagi mencukupkan wang belanja haji yang dijangka meningkat dari tahun ke tahun. TH juga menyeru bakal-bakal haji untuk menyimpan di TH secara berkala serta merangka perancangan kewangan sebaiknya untuk mencukupkan simpanan menjelang tiba tempoh giliran nanti.
“TH menyediakan kemudahan untuk para pendeposit menyimpan secara berkala melalui potongan gaji dan potongan dari akaun bank (direct debit) di platform THiJARI. Bakal jemaah haji disarankan untuk mencukupkan simpanan di TH sekurang-kurangnya kepada RM15,000, jumlah bayaran haji yang ditetapkan bagi golongan B40 pada 2025 untuk layak menerima tawaran haji dalam tahun giliran,” jelas Mustakim.
Pesanan Am
Bakal jemaah haji musim haji 1447H/2026M juga diingatkan untuk menyemak dan mengemas kini rekod profil masing-masing supaya mudah dihubungi TH untuk urusan-urusan selanjutnya.
Bakal jemaah haji juga digalakkan mengikuti saluran-saluran media sosial dan laman web rasmi TH bagi mendapatkan informasi terkini sebagai persediaan untuk menunaikan haji. TH akan turut memulakan siri kursus-kursus bimbingan haji bagi menyediakan bakal-bakal jemaah haji daripada segi rohani dan ilmu pengetahuan ke arah mencapai haji mabrur.
Makluman peringatan awal ini akan dilakukan melalui aplikasi THiJARI, pesanan SMS dan juga emel rasmi dari TH. Makluman ini bukan merujuk kepada surat tawaran menunaikan haji tetapi merupakan notifikasi peringatan awal kepada bakal jemaah haji dalam tahun giliran 1447H/2026M.
TH terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan mengekalkan rekod konsisten sebagai model pengurusan haji yang inovatif sehingga mendapat pengiktirafan anugerah berprestij ‘Diamond Award’ di Majlis Anugerah Labaytum 2025.
Sebelum ini, TH telah memenangi anugerah Labaytum untuk dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2023, TH menerima dua anugerah dalam Kategori Perkhidmatan Terbaik bagi Pejabat Hal Ehwal Haji dan Perkhidmatan dan Program Bimbingan Haji Terbaik. Pada tahun 2024 pula, TH menerima Anugerah Labaytum dalam Kategori Perkhidmatan Terbaik Pejabat Hal Ehwal Haji.
The post Tabung Haji Tingkat Kualiti Perkhidmatan, Galak Bakal Jemaah Buat Persediaan Awal appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/05/tabung-haji-tingkat-kualiti-perkhidmatan-galak-bakal-jemaah-buat-persediaan-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Seramai 39 jemaah umrah termasuk seorang mutawif yang terkandas di Jeddah Arab Saudi dijadualkan pulang ke tanah air malam ini selepas usaha bantuan segera dilakukan oleh beberapa pihak Perkara itu disahkan oleh Mohd Firdaus Ma...
Semoga Apa Yang Bakal Diumumkan Akan Menggembirakan Semua Rakyat

Semoga Apa Yang Bakal Diumumkan Akan Menggembirakan Semua Rakyat

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 211 hits
Esok pagi Anwar nak umumkan sesuatu yang gembirakan semua Harapnya betul betullah Rakyat gembira Bagi saya secara peribadi saya harapkan A Pemansuhan fi lesen memandu dan fi tahunan kad debit serta penggunaan ATM MEPSB Pelaksanaan kerja emp...
Ev E Mas 5 Turun Padang Lancar Jelajah Misi 5 Beri Peluang Pandu Uji Awal Ev Mampu Milik

Ev E Mas 5 Turun Padang Lancar Jelajah Misi 5 Beri Peluang Pandu Uji Awal Ev Mampu Milik

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 344 hits
Proton New Energy Technology Sdn Bhd anak syarikat PROTON hari ini secara rasmi melancarkan Jelajah MISI 5 pengembaraan ke seluruh negara untuk memperkenalkan model kedua Proton e MAS Model e MAS 5 sebuah kenderaan EV mampu milik bakal menj...
Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 908 hits
Kes Zara Qairina Mahathir pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan Sabah telah membuka mata banyak pihak akan kejadian buli di sekolah dan juga bagaimana kes ini dikendalikan dari awal Ketika artikel i...
Dua Lagi Pemain Import Bakal Perkuat Nsfc

Dua Lagi Pemain Import Bakal Perkuat Nsfc

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 158 hits
Dua lagi pemain import bakal perkuat NSFC NIDZAM mengesahkan dua lagi pemain import baharu bakal bersama Negeri Sembilan FC FOTO MOHD AMIN JALIL Seremban Negeri Sembilan FC dijangka akan membawa masuk dua pemain import baharu bagi melengkap...
Harga Minyak Dunia Menurun Venezuela Bakal Kembali Ekspot

Harga Minyak Dunia Menurun Venezuela Bakal Kembali Ekspot

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 196 hits
Harga minyak di pasaran dunia sekitar US 65 satu tong Tegangan politik antara Amerika dan Venezuela mungkin reda lagi yang akan melihat lebih banyak pengeluaran minyak Venezuela diekspot ke pasaran dunia Demand atau permintaan untuk minyak ...
Yang Pasti Bukan Jojo Sebab Dia Selalu Kalah Opai Bakal Anjur Pertandingan Tinju

Yang Pasti Bukan Jojo Sebab Dia Selalu Kalah Opai Bakal Anjur Pertandingan Tinju

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 240 hits
Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang menarik perhatian ramai apabila didakwa mengeluarkan kenyataan mengundang terhadap seorang petinju Muay Thai terkenal Dalam satu hantaran di TikTok Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai berkongsi tentan...
Para Samurai Catat Tanggal 8 November Ini Xpdc Metalkestra Bakal Pecahkan Zepp Kuala Lumpur

Para Samurai Catat Tanggal 8 November Ini Xpdc Metalkestra Bakal Pecahkan Zepp Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 261 hits
Para Samurai Catat Tanggal 8 November Ini XPDC Metalkestra Bakal Pecahkan Zepp Kuala Lumpur Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam belantika muzik tempatan mencetak sejarah demi sejarah lewat karya yang terhasil dan masih menjadi kugiran...
Delicious Topside Beef Cubes Recipe

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Cheese Tart Untuk Adik

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

77 Tahun Tragedi Hitam Deir Yassin Palestin Kejam

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Lirik Lagu Mengemis Kasih Yabang The Zikr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nabawi Ziarah Dalaman Bersama Mutawwif Titim

Mereka Boleh Musnahkan Kota Tapi Bukan Kebenaran

Lnw365 19 Lnw365 Top 34 By Tim

Telekung Hadiah Ga Dah Sampai

How Trex Decking Near Me Is Redefining Durability For Outdoor Living

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi