Para Samurai Catat Tanggal 8 November Ini Xpdc Metalkestra Bakal Pecahkan Zepp Kuala Lumpur


Para Samurai Catat Tanggal 8 November Ini, XPDC Metalkestra Bakal ‘Pecahkan’ Zepp Kuala Lumpur Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam belantika muzik tempatan, mencetak sejarah demi sejarah lewat karya yang terhasil dan masih menjadi kugiran rock heavy metal  terhebat yang pernah lahir pada tahun 80-an, XPDC selayaknya sudah kembali dengan konsert berskala besar.
Maka Republic Mokhmah Records merealisasikan impian peminat XPDC apabila mengumumkan penganjuran konsert XPDC METALKESTRA yang dijadualkan menggegarkan ZEPP KUALA LUMPUR pada 8 NOVEMBER 2025.
XPDC kembali lagi dengan konsert yang bakal memberi sesuatu untuk dikenang oleh penyokong-penyokong XPDC seperti Konsert Raksasa XPDC Brutal di Stadium Negara dan Shah Alam tahun 1998. Kali ini XPDC kembali dengan Konsert XPDC Metalkestra yang akan dijayakan dengan penuh karisma dan tenaga oleh Izo, Eddie, Arif, Lola dan Mamu – samurai sejati XPDC.
“Republic Mokhmah Records dengan sangat berbesar hati mengumumkan samurai XPDC menerusi konsert XPDC METALKESTRA akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 8 November ini. “Seperti mana peminat teruja, kami selaku penganjur juga mempunyai keghairahan yang sama untuk melihat XPDC beraksi di atas pentas bersama karya-karya hebat yang telah dilahirkan sejak album pertama sehingga terkini.

“Apa yang lebih mengujakan apabila kami dan XPDC mencapai kata sepakat mengangkat tema Metalkestra dalam penganjuran julung kali ini,” ujar Encik Musa dari Republic Mokhmah Records. Musa juga menyifatkan penganjuran XPDC Metalkestra sebagai pembuktian muzik rock yang diberi pelbagai label seperti rock kapak tidak pernah mati ditelan zaman.
“Dengan lambakan kumpulan atau muzik rock yang ada, harus diakui karya-karya XPDC tidak pernah mati dan kekal relevan. Kami juga berharap bukan hanya samurai senior yang hadir tetapi konsert ini mampu menarik peminat generasi baharu yang mengenal XPDC melalui pelbagai platform dan medium media sosial,” kata Musa lagi.
Sementara itu XPDC menyifatkan tema Metalkestra yang menggabungkan genre metal dengan permainan orkestra sebagai pilihan tepat sementelah mereka mahu mempersembahkan sesuatu yang segar namun masih dalam balutan kental XPDC.
“Peminat bukan hanya akan menikmati heavy metal yang cukup sinonim dengan XPDC tetapi gabungan orkestra akan menambah kemewahan lagu-lagu yang akan dibawakan secara langsung kepada peminat.
“XPDC Metalketsra juga adalah sebuah apresiasi kami buat semangat peminat yang tidak pernah hilang dan menyokong kami dalam banyak fasa jatuh-bangun selama empat dekad ini.
“Konsert ini juga menjadi tanda aras XPDC tidak akan berhenti di hentian ini,” ujar Izo mewakili XPDC.
Memiliki repertoire lagu yang cukup popular dengan kebanyakannya menerima sentuhan ajaib daripada pengasas XPDC sendiri iaitu Allahyarham J S Kevin seperti Apa Nak Di Kata, Nafisa, Kita Peng Yu, Hidup Bersama, Hijau Bumi Tuhan dan CT Cinta Kenangan Silam — adalah satu kerugian besar buat peminat yang selama ini hanya mendengar karya-karya malar segar ini di corong radio untuk melepaskan peluang hadir ke XPDC Metalkestra di Zepp Kuala Lumpur, 8 November ini.
Tiket dengan beberapa kategori  bermula RM198 (Cat 4 – Samurai), RM338 (Cat 3 – Brutal), RM138 (Cat 2 – Darjah Satu), RM168 (Cat 1 – Kita Peng-yu) dan RM5,008 (Royal box – 10 pax yang berpeluang mendapat sesi Meet & Greet dan goodie bag) mula dijual di di http://www.ilassotickets.com/konsertxpdcmetalkestra mulai 30 Julai, jam 5 petang. 
Menarik lagi untuk konsert ini, dua pembeli tiket yang hadir dengan pakaian beragam samurai terbaik akan menangi hadiah Istimewa. Malah pihak penganjur turut menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Apa hadiahnya?…… mereka akan menerima gitar Jackson Izo Signature. Bukan satu… bukan dua tetapi gitar disediakan untuk pakaian terbaik dan cabutan bertuah ini.
Jika anda lambat bertindak, akan akan ‘tewas’ dalam peperangan bersama samurai lain yang tidak mahu terlepas peluang berada di gelanggang XPDC Metalkestra di Zepp Kuala Lumpur pada 8 November 2025.
Jumpa di sana wahai sang samurai!

The post Para Samurai Catat Tanggal 8 November Ini, XPDC Metalkestra Bakal ‘Pecahkan’ Zepp Kuala Lumpur appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/01/para-samurai-catat-tanggal-8-november-ini-xpdc-metalkestra-bakal-pecahkan-zepp-kuala-lumpur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xpdc Metalkestra Gabungan Metal Dan Orkestra Gegarkan Zepp Kl November Ini

Xpdc Metalkestra Gabungan Metal Dan Orkestra Gegarkan Zepp Kl November Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Kumpulan rock heavy metal legenda era 80 an XPDC bakal kembali dengan konsert berskala besar XPDC METALEKSTRA yang dijadual menggegarkan Zepp Kuala Lumpur 8 November ini Konsert tersebut dijangka mengembalikan nostalgi...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 314 hits
Asalamualaikum Salam Sejahtera semua Dalam gambar ni nampak tu kesibukan di jalan raya Bangunan mencakar langit sini sana KL menakjubkan Cantik Paparan kali ini di blog maya Etuza ialah berkisar tentang kenangan semasa ke Kuala Lumpur awal ...
Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 257 hits
Kuala Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat iaitu 114 menjadi satu satunya kawasan di negara ini yang merekodkan kualiti udara melepasi paras 100 setakat jam 9 pagi hari ini Bagaimanapun beberapa lokasi sebelum ini ya...
Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak Asean Ke 47 Di Kuala Lumpur Pm Anwar

Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak Asean Ke 47 Di Kuala Lumpur Pm Anwar

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 255 hits
Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke 47 Di Kuala Lumpur PM Anwar KUALA LUMPUR 31 Julai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober...
Huawei Is Bringing The Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event To Pavilion Kuala Lumpur

Huawei Is Bringing The Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event To Pavilion Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 1157 hits
From 25 July to 3 August 2025 Malaysians are invited to immerse themselves in the Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event where cutting edge innovation meets timeless design Experience first hand the Pura 80 Series key selling points and u...
Trip To Dubai And Kuala Lumpur Is It Worth Your Time And Energy

Trip To Dubai And Kuala Lumpur Is It Worth Your Time And Energy

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 449 hits
A trip to Dubai and Kuala Lumpur might just be your smartest travel move if you re looking for a multi city adventure packed with luxury skyline views cultural gems and unforgettable eats
Ada Apa Apa Ke Dara 2ne1 Buat Kejutan Hadir Konsert G Dragon Di Kuala Lumpur

Ada Apa Apa Ke Dara 2ne1 Buat Kejutan Hadir Konsert G Dragon Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 4421 hits
Peminat dikejutkan dengan kemunculan mengejut Dara 2NE1 di konsert G Dragon bermensch yang berlangsung di Kuala Lumpur baru baru ini Artikel Berkaitan Tanpa sebarang pengumuman awal penyanyi dan pelakon itu dilihat hadir secara senyap senya...
Punyalah Penat Pas Kempen Turun Anwar Tiba Tiba Hamzah Yang Jadi Bakal Pm

Punyalah Penat Pas Kempen Turun Anwar Tiba Tiba Hamzah Yang Jadi Bakal Pm

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 217 hits
HarapandailyJuly 26 2025Penat Pas menggerakkan himpunan Turun Anwar tetapi nama Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin pula diangkat sebagai calon Perdana Menteri blok pembangkang Sekumpulan peserta dilihat berarak di ibu nega...
Delicious Topside Beef Cubes Recipe

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Lirik Lagu Mengemis Kasih Yabang The Zikr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pisang Goreng Strawberi Cheese

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Pigmentation Treatment In Malaysia What You Need To Know

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Masjid Nabawi Ziarah Dalaman Bersama Mutawwif Titim

Mereka Boleh Musnahkan Kota Tapi Bukan Kebenaran