Ev E Mas 5 Turun Padang Lancar Jelajah Misi 5 Beri Peluang Pandu Uji Awal Ev Mampu Milik


Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan Jelajah MISI 5, pengembaraan ke seluruh negara untuk memperkenalkan model kedua Proton e.MAS. Model e.MAS 5, sebuah kenderaan EV mampu milik bakal menjelajah lima wilayah di seluruh negara dari Ogos hingga Oktober 2025.
Menerusi pratonton eksklusif di lokasi-lokasi tumpuan pelancongan serta di bilik pameran Proton e.MAS di 13 negeri, Jelajah MISI 5 bertujuan untuk membawa pengalaman EV kepada rakyat Malaysia. Orang ramai berpeluang melihat dan merasai sendiri kecanggihan e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada hujung tahun ini.
“e.MAS 7 merupakan EV paling laris di Malaysia setakat ini, dan kami percaya cara paling berkesan untuk membina keyakinan terhadap e.MAS 5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi adalah dengan memberi peluang kepada orang ramai merasainya sendiri. Melalui Jelajah MISI 5, rakyat Malaysia bukan saja dapat melihat e.MAS 5 dari dekat, tetapi juga boleh mengenali kereta ini bersama pakar produk kami dan juga berpeluang bertemu dengan pempengaruh kegemaran mereka,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.
Beliau menambah, “Proton e.MAS 5 direka khas untuk memenuhi keperluan golongan muda yang tinggal di bandar, berkeluarga, dan kepada mereka yang ingin beralih kepada kenderaan EV. Menerusi Jelajah MISI 5, kami dapat mendekati golongan ini dengan lebih dekat ke setiap wilayah.”
Jelajah Seluruh Negara Menyemarakkan Keterujaan Sebelum Pelancaran Rasmi
Dengan tumpuan di lokasi pelancongan dan hentian di bilik pameran Proton e.MAS, Jelajah MISI 5 membawakan pengalaman EV terus kepada rakyat Malaysia. Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya.
Menjelajah ke Lembah Klang, Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak, orang ramai berpeluang mengenali e.MAS 5 dengan lebih dekat menerusi sesi penerangan, melihat sendiri kenderaan canggih ini, serta menyertai aktiviti interaktif yang menarik. Aktiviti ini diadakan untuk mempamerkan reka bentuk moden, ruang simpanan yang luas dan teknologi pintar e.MAS 5.
Bukan hanya sekadar pratonton, Jelajah MISI 5 menunjukkan bagaimana e.MAS 5 disesuaikan dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Dari generasi belia yang menetap di bandar sibuk dengan kerja, kelas dan aktiviti sosial sehinggalah mempunyai keluarga yang sentiasa menguruskan rutin harian dengan menghantar anak ke sekolah, membeli keperluan dan merancang percutian hujung minggu, e.MAS 5 direka untuk melengkapi segalanya.
Dengan ciri pintar seperti kawalan pra-penyejukan dan merancang untuk mengecas kereta, e.MAS 5 direka untuk memudahkan kehidupan harian. Bahagian ruang dalamannya yang luas dan praktikal, cukup fleksibel untuk menyimpan beg gym, barang dapur atau kelengkapan keluarga. Pemanduannya juga meyakinkan dengan sokongan teknologi keselamatan terkini seperti pengecasan pantas 80% pada masa yang singkat, memuatkan stroller dan barang-barang tanpa masalah serta memandu dalam keadaan yang tenang di tengah kesibukan kota raya, e.MAS 5 dapat membantu keperluan harian anda.
Pengembaraan yang Bersama Rakyat, Menyusuri Detik Kehidupan Seharian
Mengetengahkan pengalaman sebenar, Jelajah MISI 5 akan merentasi lima wilayah, dengan setiap lokasi menampilkan oleh persona gaya hidup serta pempengaruh popular yang akan menyahut cabaran jelajah ini. Daripada bidang fesyen dan budaya, sehinggalah ke bidang makanan, seni dan aktiviti lasak.
Jelajah di Lembah Klang, pereka fesyen dan personaliti TV, Karl Shafek (Fashionista), akan mengubah e.MAS 5 menjadi studio solekan bergerak sempena KL Fashion Week. Di bahagian Selatan pula, Johan Eskandar (Pencinta Budaya) akan meneroka tapak warisan dan hentian mesra haiwan peliharaan dengan kecomelan kucing kesayangannya. Di bahagian Utara, Soyabelacan (Penggemar Makanan) akan memasak dan menghidang juadah istimewa terus dari ruang simpanan hadapan kereta e.MAS 5. Di bahagian Pantai Timur, pelukis mural Zameer Paintbrush (Pengembara Kreatif) akan menjadikan e.MAS 5 sebagai kanvas bergerak untuk menghasilkan karya seni secara langsung. Akhir sekali di Sabah dan Sarawak, content creator yang energetik, Ain Ramli (Pemburu Cabaran), akan menguji had melalui siaran langsung bertemakan genre seram yang bakal mencatat rekod, dengan sokongan teknologi canggih e.MAS 5.
Jelajah MISI 5 akan berlangsung dari Ogos hingga Oktober 2025, di mana e.MAS 5 akan singgah di bandar-bandar utama merentasi setiap wilayah. Berikut adalah tarikh dan lokasi yang telah dijadualkan:
Wilayah Negeri Tarikh Lembah Klang Selangor, Kuala Lumpur 8–10 Ogos & 15–17 Ogos Utara Penang, Perak, Kedah 21–25 Ogos Pantai Timur Pahang, Terengganu, Kelantan 4–8 September Selatan Johor 13–15 September Negeri Sembilan, Melaka 20–21 September Sabah Sarawak Sarawak 25–28 September Sabah 3–5 Oktober Jelajah MISI 5 Bermula di Lembah Klang dari 9 hingga 17 Ogos
Dengan permulaan jelajah di kawasan Lembah Klang, Proton e.MAS 5 akan membuat penampilannya di beberapa lokasi ikonik pada 15 Ogos, termasuk Batu Caves, Masjid Wilayah Persekutuan, Pasar Seni, Avenue K dan Jambatan Saloma.
Dari 9 hingga 17 Ogos, jelajah di kawasan Lembah Klang turut menampilkan hentian pratonton eksklusif di bilik pameran Proton e.MAS terpilih, memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat Proton e.MAS 5 dalam suasana bilik pameran selesa:
9 Ogos: SG Car (Proton e.MAS Shah Alam), Wheelcorp (Proton e.MAS Setia Alam), EON (Proton e.MAS Glenmarie) and AJG (Proton e.MAS Puchong) 10 Ogos: AJG (Proton e.MAS Sri Kembangan), Jawira (Proton e.MAS Balakong), ProAuto (Proton e.MAS Kajang) and Jewel Sonic (Proton e.MAS Putrajaya) 16 Ogos: Able Mobility (Proton e.MAS Cheras), MBF EV Auto (Proton e.MAS Jalan Tun Razak), Cahaya Technology (Proton e.MAS Segambut) and Igreen Premium (Proton e.MAS Setapak) 17 Ogos: Pantai Bharu Autohaus (Proton e.MAS Rawang), EON (Proton e.MAS Damansara), Regal Motors EV (Proton e.MAS Petaling Jaya) and Peringgit Max Auto (Proton e.MAS Jalan Klang Lama). Ikuti perkembangan Jelajah MISI 5 melalui saluran rasmi media sosial Proton e.MAS untuk maklumat terkini, lokasi acara, di sebalik tabir serta momen menarik bersama pempengaruh kegemaran anda sepanjang perjalanan merentasi Malaysia. Sertai pengembaraan ini bersama kami ke arah masa depan mobiliti: #PROTONeMAS5 #FreedomThatElectrifies #OwnYourSpace #eMASTourMisi5
Layari laman web rasmi Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat lanjut.
The post EV e.MAS 5 ‘Turun Padang’ Lancar Jelajah MISI 5 Beri Peluang Pandu Uji Awal EV Mampu Milik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/ev-e-mas-5-turun-padang-lancar-jelajah-misi-5-beri-peluang-pandu-uji-awal-ev-mampu-milik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Rancang 145 Projek Pr1ma Bantu Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik Selesa Dan Berkualiti

Kerajaan Pahang Rancang 145 Projek Pr1ma Bantu Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik Selesa Dan Berkualiti

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 164 hits
KUANTAN Sebanyak 145 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia Pahang dirancang sehingga kini antara lain bagi menyediakan perumahan mampu milik yang selesa dan berkualiti kepada rakyat negeri ini kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan...
Saudi University Expo 2025 Peluang Beasiswa Kuliah Di Arab Saudi Untuk Pelajar Indonesia

Saudi University Expo 2025 Peluang Beasiswa Kuliah Di Arab Saudi Untuk Pelajar Indonesia

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 125 hits
BloggerBorneo com Saudi University Expo 2025 sukses menarik ribuan pelajar dan orang tua di Graha Sucofindo Jakarta Selatan pada 9 10 Agustus 2025 Acara ini menjadi pameran pendidikan internasional pertama di Indonesia yang fokus memberikan...
Panglima Atm Ketuai Misi Diplomatik Ke Thailand Kemboja

Panglima Atm Ketuai Misi Diplomatik Ke Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 106 hits
Dua negara jiran Asia Tenggara terbabit konflik sempadan itu setuju gencatan senjata susulan rundingan dimediasi Anwar Ibrahim Panglima ATM Jeneral Mohd Nizam Jaffar ketuai delegasi diplomatik ke Thailand dan Kemboja susulan persetujuan gen...
Kerajaan Madani Pastikan Suara Hak Peluang Orang Asal Terjamin Pm Anwar

Kerajaan Madani Pastikan Suara Hak Peluang Orang Asal Terjamin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 97 hits
Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara khususnya Malaysia terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada...
The Sky Race Merdeka 118 Peluang Eksklusif Daki 2 845 Anak Tangga Sempena Hari Kebangsaan

The Sky Race Merdeka 118 Peluang Eksklusif Daki 2 845 Anak Tangga Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 129 hits
Acara mendaki menara paling berprestij di Malaysia kini menjadi kenyataan Fresh Events Asia dengan kerjasama Persatuan Larian Tangga Malaysia secara rasmi mengumumkan penganjuran The Sky Race yang pertama seumpamanya di Merdeka 118 yang bak...
Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 224 hits
Kes Zara Qairina Mahathir pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan Sabah telah membuka mata banyak pihak akan kejadian buli di sekolah dan juga bagaimana kes ini dikendalikan dari awal Ketika artikel i...
Persib Tundukkan Western Sydney Wanderers 1 0 Di Laga Uji Coba Gbla

Persib Tundukkan Western Sydney Wanderers 1 0 Di Laga Uji Coba Gbla

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 132 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Ligakampung com Bandung Dalam laga uji coba internasional bertajuk Maung Bandung International Friendly Persib sukses menundukkan tamunya dari Australia Western Sydney...
Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Ayasan Mr D I Y Kekalkan Gelaran Yayasan Terbaik Tahunan Di Csr Malaysia Awards


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mrfix Gadgets Puncak Alam Repair Iphone Laptop

Pasang Bendera Terbalik Rakyat Malaysia Terlalu Bodoh Atau Sengaja Cetus Provokasi

How A Professional Handyman Can Help Transform Your Home

Pemuda Maut Selepas Tak Sedarkan Diri Ketika Sertai Acara Berbasikal

Resipi Gulai Ayam Kelantan Rasa Macam Beli Nasi Berlauk Bungkus Pagi Pagi

Justice For Zara