Tabung Haji Oh Tabung Haji




Satu lagi kecurangan yang tidak sepatutnya berlaku dalam Tabung Haji terdedah kepada kita semua.


Selepas dua laporan polis oleh Tabung Haji terhadap bekas Pengerusinya, Abdul Azeez Rahim dan beberapa pengurusan kanannya pada Jumaat lalu, sebuah akhbar di Singapura membuat satu lagi pendedahan mengejutkan mengenai agensi untuk membawa jemaah haji ke Mekah itu.


Menurut laporan itu, Tabung Haji telah memalsukan buku akaunnya semata-mata untuk menunjukkan prestasi yang baik bagi pembayaran dividen yang dibuat sebelum PRU14 lalu.


Pada ketika itu, dividen yang diumumkan ialah 6.25 peratus dengan jumlah pembayaran ialah RM2.7 bilion daripada kentungan bersih yang kononnya diraih sebanyak RM2.8 bilion.


Pembayaran dividen itu dibayar tiga bulan sebelum tarikh pilihanraya umum yang lalu.


Perbuatan memalsu atau dalam erti kata lain menipu dalam buku akaun itu semata-mata untuk mewajarkan pembayaran yang tinggi kepada pendeposit sebelum PRU14 itu jelas menunjukkan Tabung Haji turut dipergunakan untuk kepentingan politik UMNO dan BN sebelum ini.


Siapakah yang memberi arahan memalsukan buku akaun itu?


Adakah ia atas arahan Abdul Azeez Rahim selaku Pengerusi Tabung Haji ketika itu?


Atau Abdul Azeez sendiri diarahkan oleh seseorang lain yang lebih atas daripadanya?


Kenapa dipalsukan?


Keuntungan berkurangan atau kerana adanya "kong-kali-kong"?


Jika tidak dipalsukan akaunnya, berapakah agaknya keuntungan sebenar Tabung Haji ketika itu?


Selain itu, dalam pendedahan akhbar Singapura itu, turut didedahkan bahawa nilai aset Tabung Haji telah berkurangan sebanyak RM4 bilion sejak 2017 berbanding RM64 bilion yang dimasukkan oleh pendeposit.


Jumlah kekurangan aset itu dikatakan akan terus membesar selepas tahun 2017. 


Ke mana hilangnya aset-aset tersebut?


Rugi? Dijual? Atau disonglap?


Tabung Haji atau LUTH - kedua-duanya adalah nama yang sama bagi sebuah agensi suci yang dinamakan "Lembaga Urusan Tabung Haji" yang diwujudkan untuk memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima.


Siapa dan sejak bilakah wujudnya "lembaga" yang tidak tahu malu dan tidak henti-henti membuat onar serta kecurangan dalam Tabung Haji? (ShahbudinHusin 03/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/tabung-haji-oh-tabung-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 605 hits
Lembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6 25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum ke 14 sudah dibuat lapor Singapura Straits Times Laporan itu ...
Depositors Savings Safe Despite Police Reports Assures Tabung Haji

Depositors Savings Safe Despite Police Reports Assures Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 379 hits
Lembaga Tabung Haji group managing director and CEO Zukri Samat today assured depositors that their savings are safe He said this in response to a Bernama query on the impact of recent police reports against former Tabung Haji chairperson i...
Report Tabung Haji Cooked Books To Justify Pre Ge14 Dividend Payment

Report Tabung Haji Cooked Books To Justify Pre Ge14 Dividend Payment

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 426 hits
Lembaga Tabung Haji allegedly cooked its books to justify paying a dividend of up to 6 25 percent ahead of the 14th general election according to a report by Singapore s Straits Times The report quoted a senior official as saying that Tabun...
Seleweng Dana Tabung Haji Asyraf Wajdi Pergi Mana Soal Armada Bersatu

Seleweng Dana Tabung Haji Asyraf Wajdi Pergi Mana Soal Armada Bersatu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 920 hits
Menteri menteri yang bertanggung jawab terhadap Tabung Haji Dato Seri Jamil Khir Baharom dan Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki Foto MalaysiaDatelineAngkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMN...
Tabung Haji Kekurangan Rm4 Bilion Wang Pendeposit

Tabung Haji Kekurangan Rm4 Bilion Wang Pendeposit

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 570 hits
KUALA LUMPUR Tabung Haji kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017 menurut laporan Sunday Times Angka tersebut dipetik media Singapura itu melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016 Laporan itu mendakwa jura...
Azeez Laporan Polis Isu Tabung Haji Berniat Jahat

Azeez Laporan Polis Isu Tabung Haji Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 482 hits
Diterbitkan 3 Dis 2018 1 09 petangAnggota Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim menyifatkan laporan polis terhadapnya yang dibuat Lembaga Tabung Haji pada Jumaat lalu sebagai berniat jahat dan bertujuan mengaibkan dirinya serta institusi terseb...
Pas Harap Ph Bukan Balas Dendam Dedah Skandal Tabung Haji Era Bn

Pas Harap Ph Bukan Balas Dendam Dedah Skandal Tabung Haji Era Bn

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 438 hits
PAS berharap pendedahan skandal dana Lembaga Tabung Haji bukan tindakan balas dendam terhadap kerajaan terhadap BN di bawah pemerintahan Najib Razak Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan berkata parti itu menyambut baik langkah memperb...
Rafizi Saya Sanggup Ke Penjara Kerana Tabung Haji

Rafizi Saya Sanggup Ke Penjara Kerana Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 396 hits
Rafizi Ramli pemimpin utama yang menyuarakan kepincangan Tabung Haji badan pengurusan ibadah haji umat Islam Malaysia Bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli yang mendedahkan isu Tabung Haji sejak 1 Mac 2015 berkata tindakannya itu membawa dir...
Pas Harap Isu Tabung Haji Bukan Agenda Balas Dendam Ph

Pas Harap Isu Tabung Haji Bukan Agenda Balas Dendam Ph

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 398 hits
Diterbitkan 3 Dis 2018 9 59 pagi PAS menyatakan harapannya supaya pendedahan terhadap skandal dana Lembaga Tabung Haji tidak menjadi satu lagi siri balas dendam kerajaan terhadap BN Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan berkata parti i...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Seriously Injured After Car Plunges Into Ditch

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling

Poor Housing Conditions Perpetuate Urban Poverty In Malaysia

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Siapa Lagi Jika Bukan Kita Yang Menikmati Keindahan Spesis Bunga

Rain Lily Scarlet O Hara