Seleweng Dana Tabung Haji Asyraf Wajdi Pergi Mana Soal Armada Bersatu



Menteri-menteri yang bertanggung jawab terhadap Tabung Haji, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – Foto MalaysiaDateline

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu salah guna kuasa dilakukan bekas pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH).


Loading... Ketua Penerangan ARMADA, Ulya Aqamah Husamudin, berkata sayap BERSATU itu mahu UMNO terutama Asyraf Wajdi yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwa Agama) bersuara mengenai dakwaan penyelewengan dalam TH.

“Mana pergi Pemuda UMNO dan Dr Asyraf sewaktu penyelewengan ini berlaku? Kenapa terus diam dan tidak bersuara menegakkan keadilan demi agama dan bangsa?

“Dr Asyraf sebelum ini adalah Timbalan Menteri Agama, beliau bertanggungjawab untuk memastikan hak agama Islam seperti ini terjaga, mengapa biarkan dan berdiam diri melihat kemungkaran di depan mata?” soalnya dalam satu kenyataan melalui Facebook rasminya hari ini.

Menurut Ulya Aqamah, laporan polis dibuat TH terhadap bekas pengurusan tertinggi lembaga itu termasuk Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, amat memeranjatkan.

“Kemungkaran yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada Asyraf sewaktu beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Usah hipokrit dan memilih isu, nyatakan sama ada Pemuda UMNO bersetuju atau tidak dengan salah guna dana yang berlaku di dalam Tabung Haji.

“Mengapa biarkan nasib pencarum yang rata-ratanya orang Islam dan Melayu diperkotak-katikkan oleh permainan rakus ahli politik UMNO?” soalnya lagi.

Mengulas lanjut, Ulya Aqamah berkata, terdapat kira-kira 9.3 juta pencarum TH yang rata-ratanya adalah orang Islam bergantung harap kepada TH bagi menyempurnakan ibadah haji mereka.

“Malangnya, lebih RM22 juta wang digunakan untuk program politik. Maklumat sebenar mengenai penjualan 95 peratus pegangan dalam syarikat PT TH Indo Plantations pula disembunyikan.

“Ini adalah penyelewengan dan penipuan yang terang-terangan mencuri duit rakyat dan saya pasti ini baru yang permukaan sahaja, masih banyak kebobrokan yang berlaku jika didalami,” katanya

Justeru itu, ARMADA menggesa pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh penyelewengan dan mengembalikan hak dan wang rakyat yang disalah gunakan.

Semalam TH membuat dua laporan polis terhadap Abdul Azeez, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanannya berkaitan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 apabila dana sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

Laporan polis kedua dibuat berkaitan salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting membabitkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang dua anak syarikatnya iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) untuk AS$910 juta (RM3.8 billion) pada 2012. – Sumber NSTP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/seleweng-dana-tabung-haji-asyraf-wajdi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Guna Kuasa Dana Th Mana Asyraf Wajdi

Salah Guna Kuasa Dana Th Mana Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 298 hits
Oleh Rizanizam Abdul HamidKetua Penerangan ARMADA Ulya Aqamah Husamudin NSTP Rohanis ShukriKUALA LUMPUR Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubu...
Rm4 Billion Dana Tabung Haji Kekurangan

Rm4 Billion Dana Tabung Haji Kekurangan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 352 hits
Tabung Haji kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017 menurut laporan Sunday Times Angka tersebut dipetik media Singapura itu melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016 Laporan itu mendakwa jurang kekurangan...
Gempar Lebih Rm22j Dana Tabung Haji Untuk Politik

Gempar Lebih Rm22j Dana Tabung Haji Untuk Politik

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 301 hits
SHAH ALAM Lembaga Tabung Haji mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu Difahamkan perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik Julai 2018 terhadap transaksi lalu Da...
Pas Harap Ph Bukan Balas Dendam Dedah Skandal Tabung Haji Era Bn

Pas Harap Ph Bukan Balas Dendam Dedah Skandal Tabung Haji Era Bn

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 443 hits
PAS berharap pendedahan skandal dana Lembaga Tabung Haji bukan tindakan balas dendam terhadap kerajaan terhadap BN di bawah pemerintahan Najib Razak Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan berkata parti itu menyambut baik langkah memperb...
Wang Pendeposit Tabung Haji Selamat

Wang Pendeposit Tabung Haji Selamat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Urusan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Zukri Samat hari ini memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Bernam...
Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 611 hits
Lembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6 25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum ke 14 sudah dibuat lapor Singapura Straits Times Laporan itu ...
Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 440 hits
Dalam banyak banyak pendedahan yang saya pernah terlibat antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji de...
Rafizi Saya Sanggup Ke Penjara Kerana Tabung Haji

Rafizi Saya Sanggup Ke Penjara Kerana Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 398 hits
Rafizi Ramli pemimpin utama yang menyuarakan kepincangan Tabung Haji badan pengurusan ibadah haji umat Islam Malaysia Bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli yang mendedahkan isu Tabung Haji sejak 1 Mac 2015 berkata tindakannya itu membawa dir...
Tabung Haji Kekurangan Rm4 Bilion Wang Pendeposit

Tabung Haji Kekurangan Rm4 Bilion Wang Pendeposit

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 578 hits
KUALA LUMPUR Tabung Haji kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017 menurut laporan Sunday Times Angka tersebut dipetik media Singapura itu melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016 Laporan itu mendakwa jura...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking

Pasaran Saham As Bersedia Untuk Pembetulan Selepas Tiga Bulan Kenaikan Berterusan

Kerajaan Pahang Minta Peneroka Negeri Ini Guna Sebaik Mungkin Peruntukkan Rm100 000 Untuk Kampung Felda

31 Tahun Terpisah Polis Kacukan Filipina Korea Bertemu Semula Ibu Kisah Tular Cetus Emosi