Pas Harap Isu Tabung Haji Bukan Agenda Balas Dendam Ph


Diterbitkan 3 Dis 2018, 9:59 pagi 

PAS menyatakan harapannya supaya pendedahan terhadap skandal dana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak menjadi "satu lagi siri balas dendam" kerajaan terhadap BN.

Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan berkata parti itu memang menyambut baik langkah memperbetulkan Tabung Haji sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah institusi penting untuk umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun kata Nasrudin semua dakwaan itu belum dibuktikan dan mesti disiasat, didakwa mengikut proses sewajarnya sebelum sesuatu hukuman dapat dibuat.

"Kami berharap pendedahan terhadap penyelewangan yang didakwa berlaku dalam Tabung Haji kini bukan sekadar satu lagi siri balas dendam kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan lama yang direka tanpa bukti yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tabung Haji pada 30 Nov lalu membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusinya yang juga Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim serta beberapa bekas pegawai kanan lain agensi itu.

Menurut kenyataan dikeluarkan laporan pertama dibuat berhubung program Yayasan Tabung Haji pada 2017 yang melibatkan dana lebih RM22 juta dan dipercayai digunakan untuk keperluan politik parti.

Laporan polis kedua pula berhubung tindakan pegawai kanan Tabung Haji yang didakwa menyembunyikan maklumat penting tentang penjualan saham pada 2012.

Kaitkan Tabung Haji, himpunan

Isu mengenai pengurusan Tabung Haji diperkatakan sekurang-kurangnya sejak beberapa tahun lalu apabila bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli membuat pendedahan pada 2016.

Malah dia didakwa di mahkamah kerana membuat kenyataan mengenai "tohmahan" ke atas Tabung Haji.

Semalam beberapa pemimpin Pemuda Umno tampil meminta supaya orang ramai tidak cepat menghukum sesiapa dalam isu berkenaan dan membiarkan proses siasatan berjalan seperti sepatutnya.
Gambar failNasrudin turut membayangkan keraguannya terhadap isu Tabung Haji dan berharap ia bukan disengajakan bagi mengalih perhatian orang ramai, terutama ketika PAS giat mengajak masyarakat Melayu Islam hadir di perhimpunan pada 8 Dis ini.

"Jangan pula ianya dibuat hanya untuk mengalih perhatian rakyat terutamanya masyarakat Islam dan Melayu daripada Himpunan Tolak Icerd yg akan di adakan pada hari Sabtu ini," katanya.

Untuk rekod selepas berlaku kekecohan melibatkan isu Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya akhir Nov lalu Nasrudin juga mengeluarkan kenyataan hampir sama.

Bekas anggota parlimen Temerloh itu berkata PAS tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu cuba memanfaatkan ketegangan di Subang Jaya itu untuk menghalang himpunan yang dianjurkan parti terbabit.

"Saya tidak boleh mengetepikan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu untuk menjadikan insiden rusuhan di USJ sebagai turning point bagi menghalang himpunan aman rakyat membantah Icerd yang dijangka berlangsung pada 8 Disember 2018 akan datang," katanya dalam satu kenyataan ppada 27 Nov lalu.

Menurut Nasrudin menjadi lebih malang apabila kerajaan PH mendedahkan isu Tabung Haji untuk meruntuhkan institusi Islam serta menghilangkan keyakinan umat Islam terutamanya pendeposit.

"Salah tetap Salah. Tiada kompromi pada yang salah.

"Namun tentukan kesalahan itu melalui proses keadilan yang betul dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang diperjuangkan selama ini," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/pas-harap-isu-tabung-haji-bukan-agenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Harap Ph Bukan Balas Dendam Dedah Skandal Tabung Haji Era Bn

Pas Harap Ph Bukan Balas Dendam Dedah Skandal Tabung Haji Era Bn

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 410 hits
PAS berharap pendedahan skandal dana Lembaga Tabung Haji bukan tindakan balas dendam terhadap kerajaan terhadap BN di bawah pemerintahan Najib Razak Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan berkata parti itu menyambut baik langkah memperb...
Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 399 hits
Dalam banyak banyak pendedahan yang saya pernah terlibat antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji de...
Pas Harap Pendedahan Penyelewengan Th Bukan Untuk Balas Dendam

Pas Harap Pendedahan Penyelewengan Th Bukan Untuk Balas Dendam

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR PAS berharap pendedahan berhubung penyelewengan didakwa berlaku dalam Tabung Haji ketika ini bukan direka tanpa bukti kukuh oleh kerajaan Pakatan Harapan UNTUK membalas dendam terhadap kerajaan lama Ketua Penerangan PAS Nasrudi...
Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 564 hits
Lembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6 25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum ke 14 sudah dibuat lapor Singapura Straits Times Laporan itu ...
Azeez Laporan Polis Isu Tabung Haji Berniat Jahat

Azeez Laporan Polis Isu Tabung Haji Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 445 hits
Diterbitkan 3 Dis 2018 1 09 petangAnggota Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim menyifatkan laporan polis terhadapnya yang dibuat Lembaga Tabung Haji pada Jumaat lalu sebagai berniat jahat dan bertujuan mengaibkan dirinya serta institusi terseb...
Dedah Isu Tabung Haji Untuk Tutup Kelemahan Pakatan Dakwa Najib

Dedah Isu Tabung Haji Untuk Tutup Kelemahan Pakatan Dakwa Najib

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 365 hits
Dedah isu Tabung Haji untuk tutup kelemahan Pakatan dakwa Najib Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 3 De
Balas Dendam Apa Pas

Balas Dendam Apa Pas

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 452 hits
Jelas kelihatan bahawa sekarang agenda membela Najib dan Umno menjadi keutamaan PAS
Apakah Pas Tidak Percaya Ada Penyelewengan Dalam Tabung Haji

Apakah Pas Tidak Percaya Ada Penyelewengan Dalam Tabung Haji

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 530 hits
Pas dilaporkan berharap beberapa pendedahan berkaitan isu Tabung Haji kebelakangan ini tidak merupakan satu lagi siri balas dendam oleh kerajaan PH terhadap BN Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan berkata semua dakwaan yang terdedah setakat...
Pas Sambut Baik Siasatan Kes Tabung Haji

Pas Sambut Baik Siasatan Kes Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 421 hits
Diterbitkan 2 Dis 2018 5 29 petangPAS menyambut baik sekiranya salah guna kuasa atau kes rasuah dilaporkan dan disiasat demi mengembalikan integriti negara kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim PAS j...
Peran Desain Konstruksi Ramah Lingkungan Dalam Mengurangi Konsumsi Energi

Overplaying Palestine Issue Won T Backfire On Anwar Say Analysts

Drama Dendam Seorang Madu Lakonan Redza Rosli Hannah Delisha

Selepas Tiga Tahun

Tadabbur Ayat 1 Surah Al Fatihah Kelebihan Bismillah Dalam Kehidupan Seharian

Imran Ajmain Seribu Tahun Lagi Chord

Simpanan Emas Orodesign Keahlian Rm299 Sahaja Februari 2025

Jalan Jalan Ke Nurseri Beli Pokok Baru


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

Goncang Anak Teman Wanita Hingga Mati Lelaki Dipenjara Seumur Hidup

Kelantan Barang Kemas Rm40 000 Wang Tunai Hangus Dalam Kebakaran

Selera Tekak Masing Masing

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

Maskulin Who S Your Bro Akhir Milik Ikmal Amry Hakimi Noordin