Tabiat Gigit Kuku Ada Kaitan Dengan Emosi Terganggu Kalau Tak Rawat Boleh Jadi Kronik


Adakah anda mempunyai tabiat menggigit kuku terutamanya ketika berasa gemuruh, cemas, tertekan, atau bosan hingga menjejaskan kesihatan kuku? Ternyata kalian tidak keseorangan!

Untuk makluman, hampir 20% ke 30% daripada populasi umum mempunyai tabiat yang sama, dan tingkah laku ini juga tidaklah sebahaya seperti yang difikirkan.
Tapi jika tidak dirawat, gigitan kuku yang kronik boleh akibatkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk jangkitan dan masalah kebersihan lain.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikan tabiat buruk yang menjejaskan kesihatan kuku ini? Jom baca!
Mengapa saya asyik gigit kuku?
Tabiat menggigit kuku juga mempunyai nama saintifiknya tersendiri, iaitu onychophagia.
Menurut Dr. Rebecca Rialon Berry, Ahli Psikologi Berlesen dan Pengarah Tics, Tourette Disorder, and Trichotillomania Program at the Child Study Center di NYU Langone Health, tabiat ini dikategorikan sebagai body-focused repetitive behaviors (BFRBs).
Ia merujuk kepada tingkah laku dandanan diri berulang yang merosakkan kulit, rambut, atau kuku.
Jadi, kenapa anda boleh terjebak dengan tabiat ini?
keburukan menggigit kuku
Kajian menunjukkan, ia berkemungkinan ada kaitan dengan faktor genetik, tetapi sesetengah pencetus (trigger) di persekitaran; stres, kegelisahan, kebosanan, dan bentuk tekanan emosi yang lain turut mempengaruhinya.
Kadang-kadang, seseorang individu boleh terjebak dengan tingkah laku ini apabila mereka rasa terganggu secara emosi, atau kebosanan, tambah Dr. Berry.

Menggigit jari juga boleh menjadi antara salah satu medium untuk melepaskan bebanan emosi yang dirasai.
Tabiat ini biasanya tidak menyebabkan kerosakan kekal. Tetapi ia pasti mempunyai kelemahan tersendiri, seperti:
Kuku tumbuh secara tidak normal: Sekiranya tisu di sekitar kuku dirosakkan, pertumbuhannya akan terjejas, lantas menyebabkan penampilan kuku yang pelik.
Menjejaskan senyuman! Apabila kerap menggigit kuku, gigi anda juga akan mula menerima tempiasnya. Lama-kelamaan, ia mampu menyebabkan masalah rahang!
Boleh jadi punca sakit: Tangan kita adalah ‘sarang’ kuman, dan kuku adalah ‘tempat persembunyian’ yang sempurna. Apabila anda memasukkan jari ke dalam mulut berkali-kali sehari, risiko terjadi pemindahan kuman adalah tinggi.
Apa cara terbaik untuk cegah tabiat gigit kuku?
#1 Kenal pasti pencetus anda!
Sekiranya anda ingin menghentikan tabiat gigit kuku, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti pencetusnya! Kalian mungkin akan menyedari, tabiat ini sering dilakukan ketika sedang membaca e-mel, melakukan kerja, atau menonton TV.
Kata Dr. Berry lagi,
“Kami ingin melihat secara khusus perkara yang dilakukan, tempat mereka berada, orang di sekeliling, dan perasaan yang sedang dirasai.”
Kesemua elemen ini saling bersangkut paut, yang berpotensi menyumbang kepada tingkah laku tersebut. Sebaik sahaja anda dapat kenal pasti pemicunya, langkah seterusnya bakal melibatkan usaha untuk mengubah persekitaran bagi menyingkirkan faktor pencetus.
#2 Pastikan kuku sentiasa pendek
Anda mungkin akan mempunyai kecenderungan menggigit kuku apabila ia dibiarkan panjang. Maka, pastikan kuku sentiasa dalam keadaan pendek supaya tabiat tersebut dapat dikurangkan. Kuku yang pendek tidak akan dapat memberikan kepuasan yang diinginkan apabila digigit. Tambahan itu, kuku pendek lebih mudah dijaga dan secara umumnya lebih bersih berbanding kuku yang panjang.
#3 Lakukan rawatan manicure yang bagus
Inginkan alasan tambahan yang kuat untuk hentikan tabiat buruk anda? Laburkan wang untuk menjalani rawatan manicure yang bagus dan mahal di salun kuku! Apabila sudah banyak melabur untuk penampilan kuku, anda pasti tidak mahu merosakkannya dengan menggigit, kan? Walaupun kaedah ini mungkin melibatkan kos, ia mampu mengurangkan dan mencegah tabiat gigit kuku daripada melarat.

 
#4 Balut/tutup kuku
Sekiranya rawatan manicure masih tidak berkesan untuk menghalang diri daripada menggigit, cuba balut atau tutup kuku menggunakan pembalut luka. Perkara ini akan mewujudkan kekangan dan halangan membuatkannya mustahil untuk digigit, jelas Dr. Berry.
Tidak hanya terhad kepada pembalut luka, kalian juga boleh menjadi kreatif dengan menggunakan sarung tangan, memakai set kuku pressed on dan sebagainya!
#5 Pastikan tangan atau mulut kekal ‘sibuk’
Cara yang baik untuk menghentikan diri daripada menggigit kuku adalah dengan memastikan tangan dan mulut kekal ‘sibuk’ dengan perbuatan atau makanan.
Apabila otak dialihkan perhatian, tenaga itu akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti lain yang sedang dilakukan sama ada mengunyah gula-gula getah atau bersenam.
Selain itu, anda juga boleh cuba menukar tabiat tersebut kepada perkara lain seperti memegang atau memicit barangan tertentu seperti bebola getah atau permainan fidget.
Konklusi
Kuncinya, usah tergopoh-gapah dalam cubaan melawan tabiat buruk ini dan lakukan sedikit demi sedikit okey!
Tetapkan matlamat kecil untuk diri sendiri secara perlahan. Misalnya, cuba hentikan tabiat menggigit kuku selama beberapa hari, kemudian dipanjangkan selama seminggu.
Apabila anda makin selesa dengan perubahan ini secara fizikal dan emosi, tambah lagi tempoh masa kepada beberapa bulan hingga tabiat itu berjaya dihentikan secara kekal.
Namun, jika kaedah ini juga gagal, berbincanglah dengan doktor tentang pilihan terapi yang baik untuk bantu anda menyelesaikan masalah dihadapi.
 

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Tabiat Gigit Kuku Ada Kaitan Dengan Emosi Terganggu, Kalau Tak Rawat Boleh Jadi Kronik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tabiat-gigit-kuku-ada-kaitan-dengan-emosi-terganggu-kalau-tak-rawat-boleh-jadi-kronik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Menyusu Makanlah Yang Berkhasiat Nanti Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak

Masa Menyusu Makanlah Yang Berkhasiat Nanti Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 246 hits
Semasa tahun pertama kehidupan kanak kanak mengalami tumbesaran fizikal sosial dan emosi yang pesat Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis ma...
Suami Menabung Wang Beli Rokok 10 Bulan Boleh Balik Kampung Video

Suami Menabung Wang Beli Rokok 10 Bulan Boleh Balik Kampung Video

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 174 hits
TANGKAP layar memaparkan senario seorang isteri yang gembira dapat pulang ke kampung menggunakan wang disimpan oleh suaminya dengan tidak merokok Instagram JAKARTA Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kegembiraan seorang ...
Anak Tak Makan Kurma Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni Memang Sedap

Anak Tak Makan Kurma Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 238 hits
Buah kurma memang bagus untuk mengembalikan semula tenaga Pun begitu bukan semua anak kita suka makan kurma apa lagi ketika waktu berbuka Bagi menarik perhatian anak kecil kita apa kata sesekali mama cuba buatkan Kurma Kukus ni pula untuk a...
Pelajar Boleh Menakluki Hari Mereka Dengan Siri Samsung Galaxy A Baharu

Pelajar Boleh Menakluki Hari Mereka Dengan Siri Samsung Galaxy A Baharu

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 172 hits
PELAJAR BOLEH MENAKLUKI HARI MEREKA DENGAN SIRI SAMSUNG GALAXY A BAHARU Assalammualaikum semua Sesuatu yang istimewa untuk anda sebagai seorang pelajar Peranti telefon pintar sememangnya wajib dimiliki Fungsi untuk kekal berhubung dengan ke...
5 Punca Mengapa Perut Cramp Semasa Berlari Ia Boleh Buat Hilang Mood Nak Berjoging

5 Punca Mengapa Perut Cramp Semasa Berlari Ia Boleh Buat Hilang Mood Nak Berjoging

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 223 hits
Tengah berlari tiba tiba perut cramp adakah anda pernah lalui situasi seperti itu Aduh terus hilang mood nak berjoging Tetapi kenapa ya keadaan itu boleh berlaku Berlari senaman pilihan Salah satu senaman atau aktiviti fizikal yang sering m...
Amalan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan Sepanjang Ramadan

Amalan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 183 hits
AssalamualaikumBismillahTahun ini merupakan tahun yang sangat istimewa buat aku kerana dapat menyambut Ramadan bersama dengan orang tersayang Pertama kali sambut bulan Ramadan bersama suami jadi perasaan tu sangat teruja Aku gembira kerana ...
Tak Dapat Makan Nasi Bamboo Nasi Daun Pisang Pun Boleh

Tak Dapat Makan Nasi Bamboo Nasi Daun Pisang Pun Boleh

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum wbtSambungan dari kisah Memang sarapan ringkas sahaja pagi tu kerana bercadang hendak makan tengahari di Jarak perjalanan antara Ipoh ke Sungkai kurang sejam jika melalui lebuhraya jadi kami check out pukul 11 30 pagi lebih ...
7 Perkara Yang Pengusaha Bengkel Kenderaan Boleh Buat Untuk Selesaikan Masalah Kewangan Bisnes

7 Perkara Yang Pengusaha Bengkel Kenderaan Boleh Buat Untuk Selesaikan Masalah Kewangan Bisnes

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 173 hits
Dalam bancian tahun 2018 saya tengok ada sebanyak 25 324 bengkel selenggara dan baiki kenderaan di negara kita Jumlah bisnes yang jual spareparts pula ada sebanyak 18 139 syarikat Itu maklumat perniagaan untuk kenderaan bermotor selain dari...
Hiburan Orang Biasa Pun Boleh Jatuh Netizen Kritik Laluan Oku Dibina Terlebih Curam

Hiburan Orang Biasa Pun Boleh Jatuh Netizen Kritik Laluan Oku Dibina Terlebih Curam

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 189 hits
Pembinaan laluan khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya perlulah dibina berdasarkan spesifikasi khas dan tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia melibatkan keselamatan pengguna Jika sebelum ini tular di media sosial mengenai penyalahguna...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash