Tabahnya Adik Rafa Usia Baru 4 Tahun Jalani 100 Rawatan Kemoterapi


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memilkul. Begitulah yang dirasai oleh keluarga ini apabila anak tersayang baru usia mencecah empat tahun telah disahkan menghidap kanser otak.
Rafa Alauddin Abd Rauf terpaksa menanggung penderitaan akibat kanser otak yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.
Penyakit itu menyebabkan dia terpaksa melakukan 100 kali rawatan kemoterapi dan tiga kali pembedahan membuang cecair di kepala sejak 2022 hingga kini.
Bayangkan pada usia begini dia terpaksa menanggung penderitaan penyakit yang dihidapinya.
Menurut Harian Metro, bapanya, Abdul Rauf Nordin, 29, berkata, sebelum ini, anak bongsu daripada dua beradik itu dilahirkan normal tetapi mulai merasai kesakitan di bahagian kepala sehingga sukar melelapkan mata setiap malam.
Melihat keadaan anaknya dia bersama isteri, Noor Amira Saad, 29, membawa Rafa menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 2021 sebelum dimaklumkan anaknya menghidap kanser otak.
“Sejak itu saya dan isteri terpaksa berulang-alik ke HSB dan HPP dua minggu sekali dan bergilir menjaga Rafa di wad.
“Disebabkan kerap mengambil cuti, saya diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan dan terpaksa menganggur hampir setahun untuk menjaga anak.
“Namun saya menganggap ini sebagai ujian disebabkan anak saya sakit dan meneruskan rawatan anak sehingga sembuh,” katanya.
KEMBALI SIHAT
Abdul Rauf berkata, akibat daripada kanser itu juga berlaku benjolan pada mata kanan anaknya sehingga tersembul keluar sebesar bola ping pong.
Katanya, pada mulanya dia berasa putus asa malah ada dalam kalangan rakannya memberitahu mungkin jangka hayat anaknya tidak lama disebabkan keadaan makin teruk.
“Tetapi saya dan isteri kuatkan semangat dan meneruskan rawatan anak sehinggakan 100 kali kemoterapi dilakukan dengan harapan Rafa akan sembuh.
“Alhamdulillah, hasil kemoterapi yang dilakukan, benjolan di mata anak saya makin mengecut dan beransur hilang malah anak saya juga boleh berjalan selain menghafal surah al-Fatihah walaupun anak saya kini buta,” katanya.
Abdul Rauf berkata, dia dan isterinya bagaikan tidak percaya apabila anak mereka semakin sihat dengan rawatan susulan yang dilaluinya selain berterima kasih kepada doktor yang merawat anaknya.
Katanya, dia bersyukur apabila sudah mendapat kerja baru sebagai pengawal keselamatan dan menarik nafas lega apabila melihat keadaan anaknya semakin baik.
“Saya hanya menggunakan wang bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berulang-alik ke hospital selama ini namun ia tidak mencukupi kerana kami mempunyai seorang lagi anak, Nurul Alya Shifa, 5.
“Anak saya bagaikan mati hidup semula apabila Allah beri peluang untuk dia meneruskan kehidupannya walaupun melawan penyakit kanser ini, ” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Noor Amira Saad 02105023168544 Bank Islam.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal berkata, CSM sudah menghulurkan sumbangan kepada pesakit berkenaan selain turut memberi semangat kepada keluarga meneruskan rawatan di hospital.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr M Murallitharan berkata, keberkesanan rawatan dilakukan dapat dilihat selepas Rafa juga sudah mampu berjalan dan benjolan pada mata kanannya sudah mengecut.
“Rawatan kemoterapi sekarang sudah berbeza dengan 20 tahun lalu, hasilnya kita mampu lihat dengan rawatan dilakukan terhadap adik Rafa.
“Adik Rafa ini memang tabah dan ini dapat dilihat melalui keberkesanan rawatan sehingga dia mampu berjalan kerana kanser otak ini sebenarnya menjejaskan sistem saraf,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post Tabahnya Adik Rafa, Usia Baru 4 Tahun Jalani 100 Rawatan Kemoterapi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tabahnya-adik-rafa-usia-baru-4-tahun-jalani-100-rawatan-kemoterapi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Sunnah Bayi Baru Lahir Hingga Usia 7 Hari

7 Sunnah Bayi Baru Lahir Hingga Usia 7 Hari

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 234 hits
Setiap orang pasti merasa senang ketika anak yang ia nanti nantikan telah lahir Apa yang harus orang tua muslim lakukan ketika bayinya lahir Ini 7 sunnah bayi baru lahir hingga berusia 7 hari Islam adalah agama yang syamil mutakamil Syamil ...
Tahniah Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun

Tahniah Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 130 hits
Tahniah Farhatul Fairuzah terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun Tahniah Farhatul Fairuzah Terima Tauliah M...
Tiga Premis Perniagaan Berusia Lebih 100 Tahun Musnah Dalam Kebakaran Di Jalan Besar Kuantan

Tiga Premis Perniagaan Berusia Lebih 100 Tahun Musnah Dalam Kebakaran Di Jalan Besar Kuantan

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Tiga premis perniagaan berusia lebih 100 tahun di pusat bandar raya ini musnah dalam kebakaran petang semalam Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata tiga premis di Jalan Bes...
Masih Jelita Pada Usia 52 Tahun Sofia Jane Tak Ambil Makanan Proses Amp Segera

Masih Jelita Pada Usia 52 Tahun Sofia Jane Tak Ambil Makanan Proses Amp Segera

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 160 hits
Bagi memastikan tubuh badannya kekal cergas pelakon veteran Datin Sofia Jane mengutamakan berkaitan penjagaan diri luaran dan dalaman Menurut laporan Media Hiburan Sofia mahu memastikan kesihatannya dalam keadaan baik memandangkan perlu men...
Saudara Baru Atc Kraven 100

Saudara Baru Atc Kraven 100

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 143 hits
Inventori terakhir aku untuk 2024 ni aku tutup dengan reel baitcasting dari ATC iaitu Kraven 100 dengan nisbah karauan 6 6 1 Sedikit maklumat asas aku ada tulis dalam posting beberapa hari lepas tapi aku rasa macam ada beberapa maklumat yan...
Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 228 hits
Jika anda ketandusan perhatian sudah tentu akan buat apa saja untuk dapatkannya samada secara sedar atau tidak Itu naluri biasa yang manusia ada secara semula jadi Biasanya tindak tanduk orang yang tidak cukup mendapat perhatian berlaku tan...
Selamat Tahun Baru Masihi 2024

Selamat Tahun Baru Masihi 2024

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 142 hits
Alhamdulillah Teraso cepat maso berlalu Sik sedar tahun 2024 menjelmakan dirik dah Syukur maseh diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bernafas di bumi yang indah tuk Bulan Disember 2023 merupakan bulan yang penuh dengan warna warni ...
Budak 7 Tahun Maut Ditimpa Rekahan Simen Rumah Kedai

Budak 7 Tahun Maut Ditimpa Rekahan Simen Rumah Kedai

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 131 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kanak kanak warga Vietnam berusia tujuh tahun maut selepas ditimpa rekahan simen rumah kedai di hadapan sebuah restoran makanan segera di Melaka Selasa lalu Kanak kanak lelaki itu dirawat di Hospital Melak...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu