T19j25 Enjin Kereta Proton Persona Tak Boleh Start Bunyi Tak Tak Tak


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمPada hari Isnin, 21 Oktober tiba-tiba sahaja kereta Proton Persona 2008 transmisi manual kami tidak dapat dihidupkan enjinnya.
Ada bunyi engkol (crank) enjin sedikit sebelum disudahi dengan bunyi tak tak tak.
Melalui rujukan antarabangsa, enjin kereta Proton Persona tidak dapat dihidupkan dan disertai bunyi tak tak adalah berpunca daripada masalah pada bateri tersebut. Tetapi bukan bateri sahaja boleh menjadi punca masalah kepada enjin tak boleh start dan berbunyi tak tak, masalah pemula (starter) enjin juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama.
Bagi memastikan bahawa masalah sebenar adalah pada bateri dan bukan pada engine starter, Master telah meminjam kabel jumper milik Pak Lang Epul untuk jump start (hidup lompat) enjin kereta Proton Persona tersebut.
Jump Start Enjin Kereta Proton PersonaJump start secara umumnya adalah kaedah menghidupkan enjin kereta menggunakan bantuan bateri kereta lain menggunakan kabel jumper yang dihubungkan di antara dua kereta.
Sebelum jump start enjin kereta Proton Persona, Master telah mengkaji banyak sumber melalui YouTube dan laman web, jadi di bawah ini adalah teknik jump start yang telah Master guna pakai untuk hidupkan enjin kereta Proton Persona. Malahan teknik ini adalah teknik yang dicadangkan oleh PROTON untuk mengelakkan kerosakan kepada kereta.
Ya, jump start kereta boleh merosakkan kereta yang dihidupkan malahan kereta penderma! Kereta penderma ialah kereta yang kita pinjam baterinya untuk hidupkan enjin kereta yang mati (penerima).
Turutan memasang kabel jumper dan jump start kereta yang baterinya mati.
Pastikan enjin kereta penderma dimatikan dan kunci kereta dicabut!Pasang kabel positif (merah) pada bateri kereta yang mati.Pasang kabel positif (merah) pada bateri kereta penderma.Pasang kabel negatif (hitam) pada bateri kereta penderma.Pasang kabel negatif (hitam) pada blok enjin kereta yang mati. Ya, pasang pada blok enjin atau pada bahagian besi yang terdedah pada kereta, tetapi pastikan bahagian itu tiada barangan elektronik seperti kabel, dan pastikan ia jauh dari kawasan mudah terbakar.Hidupkan enjin kereta yang mati itu.Jika tak boleh hidup, cuba tukar lokasi kabel negatif (hitam) pada kereta penerima.Cabut kabel jumper mengikut turutan yang akan dijelaskan di bawah.Turutan semasa mencabut kabel jumper. Secara amnya cabut secara berlawanan dengan turutan semasa memasang kabel jumper tadi.
Cabut kabel negatif (hitam) dari blok enjin kereta penerima.Cabut kabel negatif (hitam) dari bateri penderma.Cabut kabel positif (merah) dari bateri penderma.Cabut kabel positif (merah) dari bateri penerima.Master berjaya menghidupkan enjin kereta Proton Persona itu melalui jump start, sekaligus menidakkan kemungkinan masalah pada starter enjin.
 
Survey Bateri Kereta di Pantai PermaiPagi hari Selasa, 22 Oktober, kereta Proton Persona sekali lagi tidak dapat dihidupkan.
Setelah sah bahawa bukan masalah starter pada kereta Proton Persona tersebut, Master pun mula merisik calon-calon bateri untuk menggantikan bateri kereta Proton Persona tersebut. Bateri kereta Proton Persona adalah dari siri 60 dan 55. Tedi sangkakan siri 60 adalah lebih baik tetapi tidak, siri 55 adalah lebih elok.
Master pergi ke sebuah kedai di Pantai Permai untuk melihat pilihan yang ada, malangnya harga bateri di sana bermula dari RM 340, dan jenamanya memang Master tak pernah dengar.
Appabila ditanya tentang bateri kereta Century, pemilik kedai di sana bateri Century tak bagus, sesuatu yang agak mengelirukan Master kerana selama ini pada kereta Proton Saga BLM memang Master gunakan bateri Century dan ianya tidak mengecewakan. Jaminan setahun tetapi selalunya dapat digunakan lebih 2 tahun. Malah pada suatu masa dahulu, Century dengan lantangnya menawarkan jaminan 2 tahun, suatu jaminan yang tidak ditemui pada jenama bateri kereta pada zaman sekarang.
Master kecewa dan memilih untuk tidak membeli bateri kereta di sana.
 
Kirim Bateri Kereta Century DIN55R dengan Pak LangHari Rabu, 23 Oktober, Master meminta bantuan Pak Lang Epul untuk belikan bateri kereta Century Marathoner DIN55R pada harga MYR 285 (dua ratus dan lapan puluh lima Ringgit Malaysia sahaja).
Pada jam 11 malam Master pergi mengambil bateri tersebut. Sebelumnya Master telah mencabut bateri Yokohama Gold yang sedia ada. Proses mencabut bateri kereta pada Proton Persona ini mungkin yang paling sukar Master pernah buat, sebab proses pencabutan bateri kereta Proton Persona ini selalu mencetuskan penggera kereta, dan tentunya ia amat menjengkelkan jiran-jiran pada waktu malam, walaupun tiada siapa yang menunjukkan rasa tak puas hati.
Pak Lang Epul kata memang begitulah resamnya semasa mencabut bateri kereta Proton Persona, maka kunci kereta perlu sentiasa ada berhampiran.
Aina menyibuk di belakang Master semasa Master menjalankan aktiviti mencabut bateri kereta Proton Persona tersebut, dan bersembunyi apabila penggera kereta Proton Persona berbunyi.
Yokohama Gold MF Series. The BrandLaureate Award- Best brand in Automative Batteries 2012-2013 2013-2014 2014-2015. Voted Superbrand Malaysia' Choice 2015. X0320.
Bateri kereta Yokohama Gold MF Series kereta Proton Persona yang akan digantikan Master pada malam ini.
# Wednesday, 23 October 2019, 22:53 # 20191023 # IMG_20191023_225332.jpg # Dirakam kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Sepang # Pasang Bateri Kereta Century Marathoner DIN55R pada kereta Proton Persona Pagi Khamis, 24 Oktober, Master memasang bateri kereta Century Marathoner DIN55R pada kereta Proton Persona mengikut aturan berikut:
Letakkan bateri kereta pada tapaknya.Pasang dan ketatkan penyendal bateri ertaPasang kabel positif dengan kepala berwarna merah terlebih dahulu. Ketatkan sehabis baik.Pasang kabel negatif dengan kepala hitam, siap sedia dengan kunci kereta semasa memasang kabel negatif ini.Penggera kereta akan berbunyi, terus tekan butang "kunci" untuk reset prenggera kereta.Ketatkan kepala kabel negatif.Hidupkan enjin.Kereta Proton Persona itu berjaya dihidupkan dan akhirnya kami ke Kuala Lumpur pada hari itu menaiki Proton Persona. Master merasakan stereng kereta Proton Persona itu terlalu ringan menyebabkan kereta terasa melelong ke sana-sini, atau mungkin sahaja Master dah terbiasa dengan stereng Subaru XV yang lebih berat?
 
Bateri Kering pun Ada Cecair?Semasa Master mengangkat bateri kereta tu, Master terdengar bunyi macam air berkocak, padahal bateri tu bateri kering!
Master bertanyakan hal itu kepada Pak Lang, dan Pak Lang kata tauke kedai tu kata itu adalah bunyi "ubat" bateri tu. Master pun menurutinya sahaja.
Apabila kami meng-Google permasalahan ini ternyata memang bateri kering akan hasilkan bunyi seperti air berkocak jika digoncang.
 Penkimiaan bateri menggunakan SOCl2 cair dan gas SO2. Apa yang anda dengar ialah gelembung sulfur dioksida berputar dalam cecair thionyl chloride. Jika tidak menggoncangkannya tiada apa-apa akan kedengaran. Rupanya bateri kering tidaklah bermaksud ia benar-benar kering, masih ada cecair di dalamnya.
Diterbitkan pada 20191025 karangan ini adalah berkenaan masalah kereta tak boleh start yang dialami pada kereta Proton Persona transmisi manual.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2019/10/enjin-kereta-proton-persona-tak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Tak Boleh Start

Kereta Tak Boleh Start

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum Nak dipendekkan cerita minggu lepas kereta aku buat hal tak boleh start sebab alternatornya rosak Alternator kalau problem memang kereta tak boleh start melainkan jumper bateri kereta baru boleh start Aku pun pergi ke satu b...
Vide0 Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100 Real Bakat Remaja Dipuji Warganet

Vide0 Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100 Real Bakat Remaja Dipuji Warganet

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 311 hits
Kebolehan seorang remaja Muhammad Faiz Izzan membuat bunyi enjin enjin kereta mendapat perhatian warganet Muhammad Faiz ditemu ramah Tiktoker Zam Al Fathani membuat bunyi bunyian yang menyamai bunyi enjin sebenar Ini kalau letak mikrofon da...
Tinggal Anak Dalam Kereta Boleh Dipenjara

Tinggal Anak Dalam Kereta Boleh Dipenjara

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 272 hits
Tinggal anak dalam kereta boleh dipenjara Orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 000 atau penjara tidak lebih 20 tahun Menurut M...
Hiburan Semput Tengok Artis Serba Boleh Ariel Noah Buat Persembahan Nyanyian Berkasut Roda Hiburkan Peminat

Hiburan Semput Tengok Artis Serba Boleh Ariel Noah Buat Persembahan Nyanyian Berkasut Roda Hiburkan Peminat

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 236 hits
Penyanyi terkenal Indonesia Ariel Noah mencuri perhatian peminat hingga ke Malaysia apabila aksinya menghiburkan peminat di konsertnya di Danamon New Live Experience tular di media sosial Uniknya penonton yang hadir di konsert tersebut diwa...
Tak Suruh Pun Dia Minta Maaf Tapi Kalau Rasa Hebat Sangat Masuk La Bertangding Sai Puncak Lepas Tu Boleh La Orang Pilih

Tak Suruh Pun Dia Minta Maaf Tapi Kalau Rasa Hebat Sangat Masuk La Bertangding Sai Puncak Lepas Tu Boleh La Orang Pilih

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 216 hits
ADUN DAP perlu mohon maaf kepimpinan Anwar diperlukan menuju PRU 15 MPN TerengganuKepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap diperlukan menuju Pilihan Raya Umum ke 15 yang lebih mencabar Bagi Ketua Penerangan KEADIL...
Sell Off Emas Boleh Berakhir

Sell Off Emas Boleh Berakhir

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 234 hits
Harga emas menjunam dalam jangka pendek apabila Dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain Secara teknikal tindakan harga menandakan bahawa pergerakan menaik telah berakhir oleh itu penjualan adalah semula jadi Logam kuning didagang...
Simpan Emas Fizikal Lagi Berbaloi Anak Sakit Kecemasan Boleh Terus Gadai

Simpan Emas Fizikal Lagi Berbaloi Anak Sakit Kecemasan Boleh Terus Gadai

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 586 hits
Menyimpan emas sudah diketahui sebagai salah satu cara simpanan yang paling berbaloi Namun ada diantara kita yang lebih gemar menyimpan wang berbanding emas Tidak terkecuali yang lebih gemar membuka akaun simpanan emas Ikutlah selera masing...
Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 303 hits
Jika ibu mahu berdiet tetapi masih mahu mengekalkan rasa sedap lauk pauk sama seperti yang dimakan bersama nasi Terung John ini boleh mama cuba Bukan roti john biasa tetapi roti digantikan dengan terung yang lebih berkhasiat dan sedap Nak b...
Bahaya Ugut Takut Takut Anak Semata Nak Disiplinkan Mereka Kesanya Anak Boleh Fobia

Bahaya Ugut Takut Takut Anak Semata Nak Disiplinkan Mereka Kesanya Anak Boleh Fobia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 233 hits
Pegilah situ Nanti momok ambik Memang mudah disiplinkan anak dengan takut takutkan mereka ni Kelakar pun ada Tapi ketahuilah kesan jangka masa panjangnya lebih buruk Kita mungkin fikir sepanjang anak dewasa ketakutan tu akan hilang Hakikatn...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Selamat Tinggal 0176076730


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Di Nasi Lemak Atas Bukit

Entah Apa Yang Pembangkang Mahukan Sebenarnya

Kalau Pas Bijak Man Kastam Harus Di Singkirkan Terus

Pemanis Tiruan Dalam Minuman Diet Pakar Otak Dedah Kesan Menakutkan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku