Simpan Emas Fizikal Lagi Berbaloi Anak Sakit Kecemasan Boleh Terus Gadai


Menyimpan emas sudah diketahui sebagai salah satu cara simpanan yang paling berbaloi. Namun ada diantara kita yang lebih gemar menyimpan wang berbanding emas. Tidak terkecuali yang lebih gemar membuka akaun simpanan emas. Ikutlah selera masing-masing.
Biar apa pun cara simpanan kita, emas berbentuk fizikal ternyata menjadi penyelamat kala berada di waktu kecemasan. Anak sakit misalnya atau apa jua kecemasan, emas fizikal iaitu barang kemas di dalam simpanan kita inilah yang boleh ditukarkan dengan kadar segera. Inilah yang dikongsikan oleh Pn Damanhuri Ali.

Assalamualaikum semua. Awal bulan lepas ada seorang kawan baik aku bertanya tentang emas. Kawan aku ini ada lebihan duit 5k dan berniat nak mula menyimpan emas.
Dia bertanya pada aku lebih baik dia beli dan simpan emas fizikal atau buka akaun simpanan emas di mana-mana bank. Aku cadangkan dia supaya beli dan simpan emas fizikal seperti yang aku buat sejak tahun 2012 lagi.
Alasannya mudah sebab kita mempunyai aset di tangan tanpa ada campur tangan luar untuk kita gadai atau gunakan. Bebas. Contoh kita memerlukan wang yang banyak pada sesuatu hari itu, maka hari itu juga kita boleh gadai atau jual untuk mendapatkan tunai.

Banyak kenangan melibatkan emas dalam hidup aku, dari mula membeli pada harga RM130 pada tahun 2012, menyediakan hantaran, menyediakan deposit kereta keluarga pertama, menyediakan deposit sewa rumah, membeli 2 ekor kambing aqiqah untuk Dhiyaa, semuanya aku gunakan emas sama ada aku gadai di Ar-Rahnu ataupun aku jual terus.
Biasanya aku beli emas dengan kawan-kawan aku atau kenalan emak aku yang jual emas. Pernah juga beli di kedai emas cina. Tapi biasanya kedai akan cas harga upah buat, tengok pada design beratus-ratus juga upahnya.
Paling best beli emas lelong terpakai di Ar Rahnu Bank Rakyat. Pandai bid harga dapat emas lagi murah dari harga pasaran. Biasanya sebulan 2 kali kot dia akan lelong.

Aku tak suka jual balik emas aku kecuali ada untung, kalau jual di kedai emas, dia akan beli dengan harga susut nilai yang tinggi sehingga 20% dari harga terkini. Jadi memang akan rasa rugi.
Biasanya aku akan gadai, kalau nak gunakan duit dalam jumlah yang banyak macam nak aqiqah anak, depo rumah sewa, depo kereta dan lain-lain. Setakat ini aku pernah berurusan gadai mengadai ni di 4 Ar-Rahnu. Semuanya ada kelebihan dan kelemahan.
Macam di Ar-Rahnu Yapeim, biasanya pembiayaan yang diberi tinggi tetapi sejak 2 tahun kebelakangan ini, dia nak kurangkan sedikit pembiayaan yang diberi kepada kita dia guna term yang mengelirukan.
Biasanya dia kata dia akan ambil siap-siap 2 bulan upah simpan tolak dari jumlah pembiayaan kita. Actually bila fikir balik, sebenarnya benda tu dibuat-buat sebab nak kurangkan jumlah pembiayaan je dan dorang nak letak alasan.
Kredit foto: Norsuhana Sebab haritu aku gadai sebulan, lepas tu tebus. Kena je bayar upah simpan. Kelebihan yapeim dia tak downgrade emas kita sebab dia pakai mesin canggih.
Kalau di Bank Rakyat kadang-kadang dia akan downgrade emas kita sebab dia uji emas guna yang plat gosok-gosok tu. (pengalaman 2 tahun lepas). Tak seronok kan kita beli emas 916. Tiba-tiba nak gadai dia downgrade pulak.
Kelebihan dia pembiayaan diberi harganya sangat tinggi. Cth hari ini Yapeim ambil untuk emas 916 RM 246 segram, dia ambil RM 249.56 segram ikut nilai terkini.
Kalau nak berurusan cepat pergi ke Ar Rahnu Pos, sebab tak ramai orang, mungkin biayaan yang diberi rendah sangat. Macam semalam mak aku pergi dia harganya RM 214 segram camtu untuk emas 916.
Hinggalah ke rumah yang baru dibina ini, juga sebahagiannya mengunakan emas. Apa yang aku seronok menyimpan emas ini sebab aku beli dengan harga murah pada 2012 hingga 2015 tetapi harga semakin tinggi sekarang. Beza harga sehingga sekali ganda. Alhamdulillah.

Dan dah beberapa tahun ni aku dah tak membeli emas mungkin banyak komitmen lain membuatkan aku lupa untuk ketepikan duit untuk membeli emas.
In shaa Allah, melabur pada emas tidak akan rugi, cuma pulangannya kita merasa lambat sikit.
Doakan aku boleh membayar zakat dengan simpanan emas ini. Memang dah lama bercita-cita nak bayar zakat emas. Tapi sebab tak fokus semua ke laut. Hihihi.
Sekian cerita aku mengenai emas. Moga ada manfaat dengan perkongsian ini.
Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Simpan Emas Fizikal Lagi Berbaloi, Anak Sakit & Kecemasan Boleh Terus Gadai! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/simpan-emas-fizikal-lagi-berbaloi-anak-sakit-kecemasan-boleh-terus-gadai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Ugut Takut Takut Anak Semata Nak Disiplinkan Mereka Kesanya Anak Boleh Fobia

Bahaya Ugut Takut Takut Anak Semata Nak Disiplinkan Mereka Kesanya Anak Boleh Fobia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 224 hits
Pegilah situ Nanti momok ambik Memang mudah disiplinkan anak dengan takut takutkan mereka ni Kelakar pun ada Tapi ketahuilah kesan jangka masa panjangnya lebih buruk Kita mungkin fikir sepanjang anak dewasa ketakutan tu akan hilang Hakikatn...
Sell Off Emas Boleh Berakhir

Sell Off Emas Boleh Berakhir

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 221 hits
Harga emas menjunam dalam jangka pendek apabila Dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain Secara teknikal tindakan harga menandakan bahawa pergerakan menaik telah berakhir oleh itu penjualan adalah semula jadi Logam kuning didagang...
Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 404 hits
Hashtag cerita anak murid lawan cikgu ni bukan benda baru Cumanya kalau nak bantai cikgu tak cukup kalau setakat jadi juara isu kena ada kabel kuat duit banyak dan kekal konfiden walaupun bukannya betul pun Shining Eun soo Still Loving You ...
Penyakit Asma Boleh Sembuh Ubat Sakit Semput Nafas Bila Sejuk

Penyakit Asma Boleh Sembuh Ubat Sakit Semput Nafas Bila Sejuk

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 354 hits
Penyakit Asma Boleh Sembuh Ubat Sakit Semput Nafas Bila SejukPenyakit Asma Boleh Sembuh Ubat Sakit Semput Nafas Bila Sejuk Saya dari kecil asyik selalu dapat penyakit Bila berubah cuaca sikit saya dapat semput Kena asap dan habuk ke apa tu ...
Doakan Wira Terus Terang Hati Baru 2 Tahun Anak Betty Rahmad Dah Habis Baca Iqra 1

Doakan Wira Terus Terang Hati Baru 2 Tahun Anak Betty Rahmad Dah Habis Baca Iqra 1

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 228 hits
Si comel Ardy Wira anak kesayangan Betty Rahmad sememangnya dikenali kepetahannya bercakap Bukan hanya petah bercakap bahkan Wira rupanya cukup pandai mengaji walaupun baru berusia dua tahun lebih Menerusi perkongsian Betty di Instagramnya ...
Tinggal Anak Dalam Kereta Boleh Dipenjara

Tinggal Anak Dalam Kereta Boleh Dipenjara

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 225 hits
Tinggal anak dalam kereta boleh dipenjara Orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 000 atau penjara tidak lebih 20 tahun Menurut M...
Anak Korban Pemerkosaan Dan Bullying Di Malang Mengeluh Perut Sakit Dan Pandangan Kabur

Anak Korban Pemerkosaan Dan Bullying Di Malang Mengeluh Perut Sakit Dan Pandangan Kabur

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 294 hits
HN siswi Sekolah Dasar korban kekerasan seksual dan penganiayaan di Kota Malang Jawa Timur mengeluhkan sakit di perut Korban kemudian dibawa kuasa hukum menjalani pemeriksaan di rumah sakit
Standard Chartered Jualan Emas Boleh Menjadi Peluang Belian Sebelum Pergerakan Pada Suku Pertama 2022

Standard Chartered Jualan Emas Boleh Menjadi Peluang Belian Sebelum Pergerakan Pada Suku Pertama 2022

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 237 hits
Harga emas telah menjunam selepas Rumah Putih mengumumkan pelantikan semula Jerome Powell sebagai Pengerusi Fed Sebaliknya dolar AS mencapai paras tertinggi baru dalam setahun Ketika emas bertindak balas terhadap pengukuhan dolar AS pengana...
Wawa Sampai Hospital 9cm Anak Ke 4 Pun Lain Macam Sakit Syukur Dah Selamat

Wawa Sampai Hospital 9cm Anak Ke 4 Pun Lain Macam Sakit Syukur Dah Selamat

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 238 hits
Alhamdulillah Akhirnya pasangan usahawan dan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selamat menyambut kelahiran anak keempat mereka pada pagi 30 November Melalui perkongsian di instagram Aeril memaklumkan keadaan Wawa yang dimasukkan ke hospi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025