T17e12 Carik Carik Bulu Ayam Lama Lama Bercantum Juga


Kandungan: Prakata | Maksud Peribahasa | Contoh ayat | Bulu ayam mewakili keluarga | Peribahasa sama maksud, sinonim | Apakah maksud perkataan "carik"? | Jika dicarik, bagaimana boleh bulu ayam bercantum semula? | Gambar Bulu Ayam Dicarik-carik | Bukan "cari-cari bulu ayam" | Penjodoh bilangan bulu ayam | Idea menulis karangan
PrakataTadi Mommy bertanya bagaimanakah rupanya bulu ayam dicarik-carik itu? Tedi akan huraikan satu-persatu tentang peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga tersebut mengikut pemahaman Tedi. Jika anda memerlukan pemahaman lanjut sila bertanya kepada para professor atau pakar bahasa.
Ada juga yang menulis peribahasa ni sebagai carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua. Tedi tak pernah kaji pula jika perkataan juga dan jua adalah sama maksudnya. Tedi rasa memang macam tu, mungkin ejaan jua tu adalah bahasa lama?
Jika mahu argue pendapat Tedi ni, silalah komen di ruangan sepatutnya.
Maksud Peribahasa Carik-carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum JugaCarik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga, adalah satu bidalan atau peribahasa Melayu yang bermaksud:
pergaduhan sesama saudara (selalunya adik-beradik) itu tidak panjang dan lama-kelamaan mereka akan berbaik juga.Perselisihan antara saudara yang berakhir dengan perdamaian. (Bahasa Indonesia)Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)Adik-beradik bergaduh akan berbaik semula.Contoh ayat untuk peribahasa "Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga"Biarkanlah abang kamu reda marahnya itu dahulu, nanti baliklah dia. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.Setelah beberapa jam adik berkurung dalam bilik, dia keluar dan berbaik semula dengan kakak. Mereka bergaduh tetapi tidak lama, seperti kata pepatah,  "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga".Bulu ayam mewakili keluargaBulu ayam diambil sebagai metafora untuk satu keluarga kerana jika perhatikan sehelai bulu ayam itu berurat-urat. Urat-urat atau helaian bulu ini tercantum pada satu batang, dan membentuk sehelai bulu ayam. Perihal cantuman pada batang bulu itu menyebabkan ia dianggap satu keluarga.
Selalunya ia menggambarkan perihal keluarga yang rapat, seperti adik-beradik, tengok sahaja bagaimana rapatnya bulu-bulu pada sehelai bulu tersebut.
Ia lebih kurang sama metaforanya dengan lidi yang diikat menjadi seberkas lidi, cuma lidi tidak dicantumkan oleh sesuatu yang berasal dari kalangan mereka sendiri. Jadi seberkas lidi lebih merujuk kepada kawan-kawan atau ahli masyarakat.
Sama maksud dengan Air Dicencang Takkan Putus, Pancung Debu Tak BerbekasApakah persamaan di antara kedua-dua peribahasa ini? Persamaannya adalah mereka menggunakan metafora satu objek yang "tercantum" sesama sendiri.
Bulu ayam tercantum kerana batangnya, air tercantum kerana sifat air, dan debu "tercantum" kerana tak kelihatan kesan jika ditepuk akan kelihatan kembali seperti ke asalnya.
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyatakan bahawa maksud peribahasa, "Air Dicincang Takkan Putus, Pancung Debu Tak Berbekas" adalah : Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Peribahasa ini juga disebut dalam variasi: "Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas".
Kedua-dua variasi ini adalah peribahasa yang sama maksud dengan carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.
sinonim, sama maksud, sama peribahasa, peribahasa seperti
Apakah maksud perkataan "carik"?koyak memanjang atau koyak sedikit: Contoh ayat: "Kainnya terkena duri lalu carik."penjodoh bilangan untuk sesuatu yang disiat: Secarik kertas, setitik dakwat.mencarik: membuat (sesuatu) supaya carik; me­ngoyakkan; menyiat.mencarik-carik: membuat supaya carik berkali-kali; mencabik-cabik; mengoyak-ngoyakkan. Contoh ayat: "Dia telah mencarik-carik surat itu dan kemudian membuangnya ke dalam parit." carikan: yang dicarik; sobekan (kertas dan sebagainya).Jika dicarik, bagaimana boleh bulu ayam bercantum semula?Ini adalah satu persoalan yang bagus. Bulu ayam yang dicarik, dah putus, macam mana boleh bercantum semula?Jika itu pemahaman murid-murid, maka sampai kiamat pun anda takkan memahami peribahasa "Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua" tersebut.Sebenarnya peribahasa itu merujuk kepada sifat bulu ayam tersebut. Ada masanya bulu ayam akan tersisir rapi, cantik sahaja. Tetapi ada masa juga bulu ayam itu akan terpisah-pisah di antara satu sama lain sehinggakan nampak seperti rambut tak bersikat. Keadaan itulah yang dinamakan "carik-carik bulu ayam". Jika carik kertas, lain jadinya.Tetapi jika murid-murid tidak sabar untuk melihat rupa bulu ayam dicarik-carik boleh sahaja anda mencarikkannya, iaitu dengan menggunakan jari dan sikatkan ke arah berlawanan dengan arah semulajadi bulu ayam tersebut, dan jangan pula gunakan pisau sehingga putus. Jika sampai putus tu, sampai ke sudah pun anda takkan nampak bulu ayam itu bercantum semula.Sifat bulu ayam, setelah anda mencarik-carikkannya tadi (yang tak putus tu ya!), ia nanti akan tersisir semula ke arah semula jadi, sama macam rambut manusia, bila dah belah tepi, sikat belah tengah pun takkan menjadi (kecuali kalau pakai pomade, agaknyalah... haha)Tetapi kepada sesiapa yang tidak pernah mengetahui, ada juga ayam yang bulunya sentiasa dicarik-cari, ia dipanggil ayam bulu terbalik. Jika anda gunakan bulu ayam tersebut, memang eksperimen anda akan menemui kegagalan! Wahahaha....Gambar Bulu Ayam Dicarik-carikDi bawah ini Tedi sertakan beberapa gambar bulu ayam yang telah mengalami keadaan "carik-carik bulu ayam" seperti yang digambarkan dalam peribahasa tersebut.

 
Dan di bawah ini pula Tedi sertakan gambar bulu ayam yang "akhirnya bercantum juga", iaitu kembali ke keadaan asal.

 
Bukan "cari-cari bulu ayam"Jika kawan-kawan baca dari awal mesti kalian sudah faham maksud "carik".
Ada pula yang katakan peribahasa "cari-cari bulu ayam", tetapi janganlah diejek mereka ini, kerana mereka ada kesungguhan mencari ilmu.
Cari dan carik itu adalah dua perkataan dan perbuatan yang berbeza. Tengoklah jika Tedi rajin mengulas mengenai perkataan "cari" nanti.
 
Penjodoh bilangan bulu ayamTidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan.
Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda.
Penjodoh bilangan yang hampir bagi bulu ayam ialah sehelai, jadi ditulis "sehelai bulu ayam".
Tetapi kawan-kawan jangan lupa, "bulu ayam" ini ada banyak maksud, jadi kawan-kawan kena perhatikan apakah benda "bulu ayam" yang dimaksudkan itu sebelum diberi penjodoh bilangan kepadanya.
 
Idea menulis karanganWalaupun maksud peribahasa ini menceritakan mengenai hubungan yang kembali pulih di antara ahli keluarga, tidak semestinya karangan yang bakal ditulis hanya menceritakan mengenai kisah ahli keluarga yang berbaik semula.
Peribahasa ini juga selalunya digunakan untuk memberikan amaran kepada orang luar agar jangan masuk campur urusan keluarga seseorang kerana pada akhirnya ahli keluarga itu akan berbaik dan mungkin akan menyalahkan kita kerana membuatkan mereka bergaduh.
Mengenai konsep berbaik semula di antara sesama keluarga, peribahasa ini juga boleh digunakan untuk menasihati seseorang agar memaafkan ahli keluarganya, atau bersabar jika ada perselisihan faham dalam keluarga kerana pada akhirnya ahli keluarga akan berbaik juga.
carik-carik bulu ayam peribahasa carik carik bulu ayam maksud carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga maksud peribahasa carik carik bulu ayam lama lama bercantum juga carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
20170512


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/02/carik-carik-bulu-ayam-lama-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Kicap Pedas

Ayam Masak Kicap Pedas

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 234 hits
AssalamualaikumLunch apa korang harini LM cuma masak simple saja Ayam masak kicap bercili dengan sayur bayam masak air saja Masak air Rebus maksudnya Tanpa ditumis Ni la dia watak utama kita Hehe Dah jemu masak kicap biasa maka kali ini LM ...
Ayam Goreng Kunyit

Ayam Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 183 hits
BAHAN BAHANNYA 500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka 1 2 camca teh garam 2 inci kunyit hidup 3 ulas bawang putih 1 inci halia 4 tangkai kacang panjang 1 biji bawang besar hiris bulat dan leraikan 1 ulas bawang putih hiri...
Tatap Gambar Air Mata Abdullah Gugur Itu Jenazah Ibu Patut Lama Tak Datang Jumpa

Tatap Gambar Air Mata Abdullah Gugur Itu Jenazah Ibu Patut Lama Tak Datang Jumpa

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 131 hits
Tular sebuah video memaparkan remaja Abdullah Amir Ruddin 15 yang kehilangan ibu bapa serta empat adik beradiknya dalam sebuah kemalangan di Kilometer 5 Jalan Segamat Kuantan Segamat pada 1 September lalu menangis tatkala meratapi gambar je...
Alex Noerdin Pilih Bayar Rp1 Miliar Ketimbang Dipenjara Lebih Lama

Alex Noerdin Pilih Bayar Rp1 Miliar Ketimbang Dipenjara Lebih Lama

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 164 hits
Terpidana korupsi Alex Noerdin membayar denda pidana sebesar Rp1 miliar sebagai ganti kurungan penjara 6 bulan
Ramai Tak Tahu Sardin Ayam Brand Sebenarnya Bukan Syarikat Milik Rakyat Malaysia

Ramai Tak Tahu Sardin Ayam Brand Sebenarnya Bukan Syarikat Milik Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 188 hits
Ayam Brand sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dimana kewujudannya sudah ada di pasaran sejak 127 tahun yang lalu Pergilah di mana mana sahaja tidak kira kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar terkemuka jenama Ayam Bra...
Tiada Tauliah Sembelih Tiga Kilang Proses Ayam Diarah Tutup

Tiada Tauliah Sembelih Tiga Kilang Proses Ayam Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 254 hits
MOHD AZLIM ZAINURYKilang memproses ayam di Batu Caves dikompaun dan diarah tutup dalam operasi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL pada Sabtu KUALA LUMPUR Tiga kilang memproses ayam di Batu Caves dikompaun dan diarah tutup dalam operasi...
Pn Cuba Bodohkan Rakyat Hal Subsidi Ayam Dan Telur

Pn Cuba Bodohkan Rakyat Hal Subsidi Ayam Dan Telur

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 338 hits
Zaman Muhyidin ada Subsidi ayam dan Telor TAK ADA Habis kenapa Mail bayar Sebab bila harga naik mendadak kerajaan Mail set Harga Kawalan dan janjikan subsidi untuk pengeluar 3 8bil dah dibayar Mula pada Feb 2022 Kenapa harga ayam dan telur ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025