Syarikat Singapura Kendalikan Mysejahtera Lakukan Siasatan Menyeluruh Anwar




 
Kontroversi mengenai pengendalian aplikasi MySejahtera yang memantau pergerakan rakyat Malaysia bagi mengesan kontak Covid 19 semakin memanas.

Terbaharu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertanyakan mengenai tidak wujudkan perjanjian bertulis di antara kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan pada peringkat awal pengoperasiannya.
"Menteri Kesihatan kata, “Bila saya mengambilalih KKM, saya buat keputusan untuk pastikan bahawa pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM sebab saya dapati bahawa selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan”.
"Kenyataan itu juga bermaksud kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau menjawat jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera diluncurkan.
"Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawalselia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera (selama itu) tanpa sebarang perjanjian," katanya dalam satu kenyataan.
Ketiadaan perjanjian itu, kata Anwar merupakan sesuatu yang serius dan menimbulkan dakwaan boleh berlakunya penyalahgunaan data maklumat peribadi di dalam MySejahtera.
Begitu juga, kata Ahli Parlimen Port Dickson tersebut, persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera yang terus kabur meski ada cubaan dari pihak menteri untuk menjelaskannya.
Memburukkan keadaan, KPISoft/Entomo pula adalah 100% syarikat milik Singapura iaitu Entomo Pte Ltd berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
"Ini membimbangkan tatkala kerajaan telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan CSR, untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat Malaysia.
"Saya juga terkejut Majlis Keselamatan Negara pada bulan April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara, yang tidak hanya punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian yang bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut.
"Dari menjelaskan persoalan-persoalan ini, kabinet kini sedang mempertimbangkan untuk menganugerahkan MySJ Sdn. Bhd. kontrak secara runding terus untuk aplikasi MySejahtera.
"Menteri Kesihatan gagal untuk menjawab soalan saya tentang tender terbuka dalam hal ini, dan ini membawa maksud terdapat aspek yang tersembunyi dari pengetahuan umum tentang MySejahtera," katanya.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, tidak mungkin rakyat akan tahu data apa yang telah disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu oleh entiti asing
Apatah lagi, kata Anwar, tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari April 2020 dan rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka serta berasa bimbang.
"Rakyat mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad? Mekanisme apa yang digunapakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka?
"Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalahguna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan di-diskriminasi?" tanyanya
Justeru, Anwar menggesa sebuah siasatan yang komprehensif dijalankan oleh Parlimen bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera.
"Siasatan ini bagi memaknai konsep ketelusan dengan maksud kerahsiaan data peribadi dilindungi dari watak-watak yang tamak, yang hanya mahu mencari keuntungan dari data peribadi rakyat Malaysia," katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/syarikat-singapura-kendalikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Jual Apps Mysejahtera Kepada Syarikat Swasta Soal Anwar Ini Jawapan Menteri Kkm

Kenapa Jual Apps Mysejahtera Kepada Syarikat Swasta Soal Anwar Ini Jawapan Menteri Kkm

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 249 hits
Kenapa jual apps MySejahtera kepada syarikat swasta soal Anwar ini jawapan Menteri KKM Foto Wall Street JournalKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan dari kerajaan yang membuat keputusan menjual aplikasi MySejahtera ...
Terkini Perisian Mysejahtera Milik Syarikat Singapura Dedah Portal

Terkini Perisian Mysejahtera Milik Syarikat Singapura Dedah Portal

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 163 hits
March 30 2022 Sebuah portal hari ini melaporkan syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera sebenarnya sebuah syarikat yang berdaftar dan berpengkalan di Singapura Portal codeblue galencentre org mendedahkan pemegang saham tunggal semas...
Anwar Terima Kunjungan Hormat Dari Singapura

Anwar Terima Kunjungan Hormat Dari Singapura

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 146 hits
Menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di pejabat hari ini Perbincangan kami menyentuh perkembangan terkini Malaysia Singapura serta isu melibatkan rantau ini dan ASEAN Kami juga bersetuju hubun...
Anwar Ibrahim Mengapa Mysejahtera Dijual

Anwar Ibrahim Mengapa Mysejahtera Dijual

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 209 hits
DATUK SERI ANWAR IBRAHIMPada 24 Mac 2022 sidang Jawatankuasa Kira Kira Wang telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan Covid 19 kepada sebuah syarikat swasta Keputusan kerajaan untuk penyerahan ini telah diputuskan ...
Parliament Must Probe Mysejahtera Issue Says Anwar

Parliament Must Probe Mysejahtera Issue Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 181 hits
Anwar Ibrahim says Khairy Jamaluddin has been vague in his explanation on the ownership of the application and the issue of personal data privacy PETALING JAYA Opposition leader Anwar Ibrahim has called for a comprehensive investigation by ...
Rakyat Singapura Tangguh Perjalanan Kerana Keliru Mysejahtera

Rakyat Singapura Tangguh Perjalanan Kerana Keliru Mysejahtera

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 302 hits
March 31 2022 Ramai rakyat Singapura menangguhkan perjalanan ke Malaysia sehingga garis panduan lebih jelas mengenai keperluan perjalanan disediakan PETALING JAYA Walaupun pada mulanya pembukaan semula Tambak Johor esok menimbulkan rasa ter...
Parlimen Mesti Siasat Isu Mysejahtera Kata Anwar

Parlimen Mesti Siasat Isu Mysejahtera Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 309 hits
FMT ReportersMarch 29 2022Anwar Ibrahim berkata Khairy Jamaluddin memberi penjelasan kabur berhubung isu pemilikan aplikasi itu termasuk perkara berkaitan data peribadi PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa Parlimen memulak...
Anwar Sahut Cabaran Untuk Berdebat Dengan Najib Isu Usaha Selamatkan Sapura Energy

Anwar Sahut Cabaran Untuk Berdebat Dengan Najib Isu Usaha Selamatkan Sapura Energy

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyahut cabaran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia Sapura Energy Bhd Ketua Pembangkang itu ya...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi