Parlimen Mesti Siasat Isu Mysejahtera Kata Anwar


 
FMT ReportersMarch 29, 2022


Anwar Ibrahim berkata Khairy Jamaluddin memberi penjelasan kabur berhubung isu pemilikan aplikasi itu, termasuk perkara berkaitan data peribadi.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa Parlimen memulakan siasatan komprehensif bagi mengenal pasti segala perihal membabitkan aplikasi MySejahtera, terutama berhubung kerahsiaan data peribadi.
Beliau berkata, persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya terus kabur walaupun Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin cuba menjelaskannya.
Katanya, beliau turut menyatakan rasa terkejut apabila Majlis Keselamatan Negara pada April 2020, telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi sangat penting terhadap akses maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian bertulis.
“Saya kini menggesa sebuah siasatan yang komprehensif oleh Parlimen dimulakan bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera bagi memaknai konsep ketelusan.
“…dengan maksud kerahsiaan data peribadi dilindungi dari watak-watak yang tamak yang hanya mahu mencari keuntungan dari data peribadi rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Merujuk kepada data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Anwar berkata, KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat membangunkan MySejahtera, dimiliki 100% syarikat berpangkalan di Singapura, Entomo Pte Ltd.
Anwar berkata, ia membimbangkan kerana kerajaan telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) CSR untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat negara ini.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), baru-baru ini, mempersoalkan pengambilalihan MySejahtera oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft, atau kini dikenali sebagai Entomo Malaysia.
Dilaporkan, Kabinet sudah memberikan “lampu hijau” kepada Kementerian Kesihatan pada November, bagi melantik MySJ untuk mengambilalih aplikasi itu menerusi runding terus.
Sebelum ini, Khairy menegaskan aplikasi itu adalah kepunyaan kerajaan dengan kementeriannya dilantik sebagai “pemilik asal” MySejahtera bagi pengurusan kesihatan awam negara.
Dalam pada itu, Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) mahu sesi khas sidang Parlimen dipanggil, termasuk siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjelaskan penjualan aplikasi itu kepada syarikat swasta.
“Parlimen mesti bersidang dalam sesi khas bagi Khairy mengemukakan penjelasan penuh dan memuaskan, dan Ahli Parlimen membahaskan isu itu membabitkan tindakan seterusnya yang boleh diambil demi menyelesaikannya,” katanya.
“SPRM mesti menyiasat dan merungkai jika terdapat sebarang bentuk korupsi dan pelanggaran undang-undang sehingga kepada keputusan dibuat Kabinet,” kata C4.
C4 juga menggariskan isu itu perlu diselesaikan, termasuk alasan di sebalik keputusan kerajaan menswastakan perkhidmatan kesihatan dimandatkan oleh rakyat, termasuk kriteria pemilihan dalam perolehan MySejahtera.
Hari ini, Khairy mengumumkan beliau akan memberi penjelasan terperinci berhubung pelantikan MySJ sebagai sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera di Dewan Negara Khamis ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/parlimen-mesti-siasat-isu-mysejahtera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Jawab Isu Mysejahtera Khamis Ini Khairy

Saya Jawab Isu Mysejahtera Khamis Ini Khairy

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 173 hits
Saya jawab isu MySejahtera Khamis ini Khairy Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan menjelaskan secara terperinci berkenaan persoalan dibangkitkan beberapa pihak mengenai pelantikan MySJ Sdn Bhd sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera...
Pakar Ekonomi Kata Sapura Mesti Dilindungi Daripada Muflis

Pakar Ekonomi Kata Sapura Mesti Dilindungi Daripada Muflis

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 196 hits
PETALING JAYA Syarikat minyak dan gas yang tenat Sapura Energy Bhd harus diambil alih oleh syarikat lain dan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional Bhd adalah calon terbaik untuk melakukannya kata seorang ahli ekonomi Ahli ekonomi dari...
Syarikat Singapura Kendalikan Mysejahtera Lakukan Siasatan Menyeluruh Anwar

Syarikat Singapura Kendalikan Mysejahtera Lakukan Siasatan Menyeluruh Anwar

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 990 hits
Kontroversi mengenai pengendalian aplikasi MySejahtera yang memantau pergerakan rakyat Malaysia bagi mengesan kontak Covid 19 semakin memanas Terbaharu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertanyakan mengenai tid...
Dap Mungkin Hilang 5 Daripada 42 Kerusi Parlimen Pada Pru15 Kata Guan Eng

Dap Mungkin Hilang 5 Daripada 42 Kerusi Parlimen Pada Pru15 Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 172 hits
March 26 2022 Lim Guan Eng mahu semua parti komponen PH menggunakan logo sama dalam pilihan raya akan datang PETALING JAYA DAP menjangkakan lima daripada 42 kerusi Parlimen yang disandang parti itu akan hilang berdasarkan corak pengundian d...
Parliament Must Probe Mysejahtera Issue Says Anwar

Parliament Must Probe Mysejahtera Issue Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 203 hits
Anwar Ibrahim says Khairy Jamaluddin has been vague in his explanation on the ownership of the application and the issue of personal data privacy PETALING JAYA Opposition leader Anwar Ibrahim has called for a comprehensive investigation by ...
Rafizi Aktif Semula Dalam Parti Mesti Dialu Alukan Anwar

Rafizi Aktif Semula Dalam Parti Mesti Dialu Alukan Anwar

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 188 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menasihatkan agar anggota partinya tidak memainkan isu pemimpin tertentu bercuti tidak aktif dan sebagainya pada pemilihan parti PKR pada Mei ini Anwar juga menyifatkan calon Rafizi Ramli yang kembali aktif Nurul ...
Pau 2021 Isu Bubar Parlimen Ketua Pemuda Umno Bangkit Bela Pm

Pau 2021 Isu Bubar Parlimen Ketua Pemuda Umno Bangkit Bela Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 199 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah sekali pun berkata yang dia tidak mahu membubarkan parlimen dakwa Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki Katanya hal itu dinyatakan Ismail Sabri setelah dia menghantar mesej teks meny...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal