Syarikat P Hailing Perlu Pastikan Prosedur Penghantaran Makanan Halal Ditambah Baik Harian Metro 05 06 2024


 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) memastikan prosedur penghantaran makanan membabitkan makanan halal ditambah baik bagi mengelak kesilapan oleh semua pihak.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata kes terbaru membabitkan kanak-kanak berusia lapan tahun tersilap memakan makanan tidak halal iaitu daging babi panggang amat membimbangkan pengguna.
Katanya, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak terbabit adalah pelajar Tahfiz di Madrasah yang sedang dalam usaha menghafaz al-Quran.
"Dalam keadaan ini pengguna itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat penghantar namun adakah silap untuk pengguna yakin dengan syarikat terbabit?
"Perlukah pengguna mengelak daripada menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak bertanggungjawab soal ini," katanya.
Nadzim berkata sebelum ini, syarikat terbabit pernah mengumumkan penggunaan beg penghantaran berasingan bagi makanan halal dan tidak halal.
"Bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengguna memesan makanan dari restoran halal, adakah penghantar makanan mengambil makanan dari dua restoran tanpa mengira status halal sehingga berlaku kesilapan," katanya.
Nadzim turut menuntut syarikat terbabit untuk menghubungi pelanggan yang terkesan dan berbincang mengenai penyelesaian terbaik.
"Syarikat sebesar mereka sepatutnya mampu melantik pegawai yang memantau bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial hantaran dimuat naik Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Izham Nayan yang mendedahkan kisah anak pelanggan beragama Islam tersilap memakan makanan tidak halal yang dihantar oleh syarikat penghantaran terkenal.
Menurut Izham, bapa kanak-kanak itu membuat pesanan dari tempat kerja untuk anaknya yang berada di rumah.
Kejadian berlaku pada Sabtu 1 Jun lalu iaitu sewaktu bapa mereka bekerja manakala ibu kanak-kanak itu sedang menjalani kelas secara dalam talian.
Ketika penghantar makanan menghantar makanan, ia diterima oleh anak pasangan itu yang berusia lapan tahun namun ibu mereka memeriksa makanan sebelum dimakan anaknya.
Wanita itu mendapati nasi ayam tanpa sup sebelum menyambung semula kelas atas taliannya.
Izham memaklumkan mangsa tidak tahu makanan yang lain mengandungi daging babi panggang kerana gagal menemukan resitnya.
Ibu kepada empat orang anak itu kemudian menghantar mesej kepada suaminya untuk bertanya adakah itu makanan yang dipesan.
Suaminya hanya menjawab 45 minit kemudian iaitu selepas anaknya selesai makan.
Ketika makanan dihantar, penghantar menyebut nama pelanggan namun makanan yang diberikan silap.
PPIM difahamkan keluarga mangsa sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Artikel oleh: Harian Metro
SYARIKAT P-HAILING PERLU PASTIKAN PROSEDUR PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DITAMBAH BAIK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1097565/syarikat-p-hailing-perlu-pastikan-prosedur-penghantaran-makanan-halal


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/06/syarikat-p-hailing-perlu-pastikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Syarikat Penghantaran Semak Semula Prosedur Makanan Halal Kenyataan Media Ppim 05 06 2024

Ppim Gesa Syarikat Penghantaran Semak Semula Prosedur Makanan Halal Kenyataan Media Ppim 05 06 2024

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 279 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa syarikat penghantaran makanan memastikan prosedur penghantaran makanan melibatkan makanan halal ditambah baik bagi mengelakkan kesilapan oleh semua pihak Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berka...
Tersilap Beri Babi Syarikat Penghantar Digesa Tingkatkan Prosedur Operasi Utusan Malaysia 05 06 2024

Tersilap Beri Babi Syarikat Penghantar Digesa Tingkatkan Prosedur Operasi Utusan Malaysia 05 06 2024

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 184 hits
PETALING JAYA Syarikat penghantaran makanan digesa meningkatkan prosedur operasi terutama melibatkan makanan halal ekoran kecuaian seorang penghantar makanan yang memberi makanan mengandungi babi kepada kanak kanak beragama Islam Presiden P...
Projek Pembangunan 2 Blok Pangsapuri Didakwa Menjangkau Kepadatan Dibenarkan Sinar Harian 02 06 2024

Projek Pembangunan 2 Blok Pangsapuri Didakwa Menjangkau Kepadatan Dibenarkan Sinar Harian 02 06 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 224 hits
AMPANG Projek pembangunan dua blok pangsapuri 35 tingkat melibatkan pembangunan 570 unit pangsapuri di antara Taman Perumahan Verge 32 dan Hevea Kemensah Heights didakwa menjangkau kepadatan dibenarkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Neger...
Terbuka Singapura 2024 Jun Hao Pastikan Tempat Dalam Separuh Akhir

Terbuka Singapura 2024 Jun Hao Pastikan Tempat Dalam Separuh Akhir

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Pemain badminton suku akhir lelaki Malaysia Leong Jun Hao mencipta kejutan besar di Open Singapura apabila beliau mengalahkan juara bertahan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia dalam perlawanan kedua hari ini Pemain ranking...
Vietjet Awarded Best Ultra Low Cost Airline And Best Low Cost Airline Onboard Hospitality In 2024

Vietjet Awarded Best Ultra Low Cost Airline And Best Low Cost Airline Onboard Hospitality In 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 211 hits
Vietjet has been named the Best Ultra Low Cost Airline and the Best Low Cost Airline Onboard Hospitality for 2024 by AirlineRatings com the world s renowned airline safety and product rating website Having been awarded with major internatio...
Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 503 hits
Hari TVET Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti Hari TVET Negara 2024 adalah salah satu dari acara tahunan negara yang memberi fokus kepada individu yang terlibat dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Sambutan ...
Psi Bicara Penentu Kaesang Maju Pilgub Jakarta 2024

Psi Bicara Penentu Kaesang Maju Pilgub Jakarta 2024

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 195 hits
Kaesang pun digadang gadang mengikuti Pilgub Jakarta setelah posternya muncul bersama politikus Gerindra yang juga keponakan Prabowo Budi Djiwandono
Video Prabowo Diperintah Jokowi Bantu Korban Gaza Saat Pidato Di Shangri La Dialogue 2024

Video Prabowo Diperintah Jokowi Bantu Korban Gaza Saat Pidato Di Shangri La Dialogue 2024

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 213 hits
Menteri Pertahanan sekaligus Presiden Terpilih Prabowo Subianto menghadiri forum IISS Shangri La Dialogue Edisi ke 21 di Singapura Sabtu
Cara Claim Baucar Buku Madani 2024 Rm100 Serta Senarai Buku Cadangan Madani 2024

Cara Claim Baucar Buku Madani 2024 Rm100 Serta Senarai Buku Cadangan Madani 2024

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 314 hits
Kerajaan Malaysia kini telah mengumumkan penyaluran bantuan baucar buku Madani 2024 yang berjumlah RM100 untuk murid sekolah rendah bermula untuk pelajar tahun 4 pelajar sekolah Menengah dan pelajar IPT Baucar Buku Madani 2024 dikatakan bol...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025