Syarikat Bayar Pinjaman Ptptn Pekerja Akan Dapat Pelepasan Cukai



Kuala Lumpur : Setiap majikan, syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan, ganjaran atau insentif tahunan
Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti perubatan, pergigian atau mata, namun baru-baru ini bantuan pinjaman pelajaran sedang mencari cara untuk memasukkan sebagai satu faedah yang ditawarkan, selepas pengumuman melalui Bajet 2019 yang meminta majikan membantu pekerja mereka membayar tungakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Di bawah inisiatif ini, syarikat yang membayar pinjaman PTPTN pekerja mereka akan mendapat pelepasan cukai.Melihatnya sebagai satu situasi menang-menang, Vector InfoTech Sdn Bhd menjadi contoh terbaik dengan menjadi salah sebuah syarikat paling awal, untuk memulakan inisiatif itu dan mula menawarkan bantuan pembayaran balik pinjaman PTPTN, kepada pekerja mereka sejak beberapa bulan lepas
Pengarah Urusannya Hii Ding Sin berkata, komitmen syarikat itu untuk membantu pekerjanya membayar balik PTPTN mereka, merupakan satu strategi baik untuk menarik, mengekalkan dan sebagai ganjaran kepada pekerja cemerlang dan pekerja baharu
”Melalui program itu, majikan bukan sahaja akan menikmati pelepasan cukai, tetapi ia akan menjadi satu nilai tambah yang akan meningkatkan prestasi pekerja dan kesetiaan mereka kepada syarikat… kami akan dapat mengekalkan kakitangan yang cemerlang, cekap untuk terus bersama kami,” katanya ketika ditemui sumber baru-baru ini
Sejak pelaksanannya pada Mei, Hii berkata syarikat telah membuat pembayaran penuh pinjaman dua pekerjanya berjumlah hampir RM63,000
”Syarikat bercadang untuk memaksimumkan inisiatif pembayaran balik PTPTN kepada 10 lagi pekerjanya melalui pembayaran bulanan, mulai Oktober.”Kami sedang dalam proses menilai dan mengenal pasti kakitangan yang akan diberikan insentif tersebut menerusi indikator prestasi utama (KPI) yang ditetapkan syarikat,” katanya lagi
Vector Infotech Sdn Bhd sebuah syarikat pakar dalam pembekalan produk dan solusi industri kepada pasaran tempatan dan syarikat multinasional dalam industri minyak dan gas, petrokimia, elektrik, utiliti, pengangkutan dan bahan kimia, semi-konduktor, bangunan dan pembinaan, makanan, pulp dan industri kertas, dengan lebih 120 pekerja di seluruh negara
Melihat kepada faedah dan inisiatif yang dinikmati majikan dan pekerja, Hii percaya lebih ramai majikan dan organisasi akan menyertai progam itu
”Saya berharap, lebih banyak syarikat dan majikan akan mengambil peluang ini (inisiatif), ia satu situasi menang-menang untuk kedua-dua, pekerja dan syarikat.“Saya juga berharap Kerajaan akan meneruskan usaha ini pada masa hadapan. Ini satu perkara yang boleh kami lakukan untuk membantu masyarakat,” katanya
Sementara itu, mengulas berhubung program berkenaan, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar & Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata terdapat dua kaedah bayaran yang boleh digunakan oleh majikan atau syarikat, iaitu bayaran ansuran bulanan atau bayaran penuh
Majikan yang membuat bayaran itu, secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.“Tiada amaun minimum atau maksimum ditetapkan, kerana ia bergantung kepada budi bicara majikan membantu kakitangan. Jika majikan mengarahkan kakitangan membuat bayaran terhadap bayaran balik yang telah dibuat oleh majikan, aduan boleh dilakukan di PTPTN dan ia akan dipanjangkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasatan.“Majikan yang membuat tuntutan palsu akan dikenakan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya
Bagaimanapun, katanya mereka yang menjadi majikan kepada diri sendiri, tidak layak mendapat pelepasan cukai berkenaan, kerana syarat utamanya ialah majikan membantu kakitangannya membuat bayaran balik PTPTN
Majikan yang ingin membuat bayaran balik kakitangannya boleh melayari laman portal PTPTN iaitu www.ptptn.gov.my (Portal Majikan Online)

Sumber : Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/syarikat-bayar-pinjaman-ptptn-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ptptn Bincang Dengan Agensi Kerajaan Kutip Bayaran Balik Pinjaman

Ptptn Bincang Dengan Agensi Kerajaan Kutip Bayaran Balik Pinjaman

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 191 hits
PTPTN bincang dengan agensi kerajaan kutip bayaran balik pinjaman Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 28 Aug 2019 1
Ptptn Timbang Cadangan Tambah Jumlah Wang Pendahuluan Pinjaman

Ptptn Timbang Cadangan Tambah Jumlah Wang Pendahuluan Pinjaman

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 156 hits
PTPTN timbang cadangan tambah jumlah wang pendahuluan pinjaman Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Aug 2019 1
Cara Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat Menggunakan Irakyat

Cara Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat Menggunakan Irakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 1139 hits
Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat lebih mudah dengan menggunakan internet perbankan iRakyat Pelajar yang kini sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang ingin memohon mana mana bantuan kewangan Pinjaman Yayasan Bank Rakyat boleh and...
Kes Ku Nan Tak Bayar Cukai Rm57j Lhdn Mohon Penghakiman Terus

Kes Ku Nan Tak Bayar Cukai Rm57j Lhdn Mohon Penghakiman Terus

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 539 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri memohon supaya kes samannya terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57 17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak 2012 sehin...
Pinjaman Tambahan Bayar Hutang Kerajaan Terdahulu

Pinjaman Tambahan Bayar Hutang Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 333 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pembayaran Balik Ptptn Cara Baru Tarik Pekerja Berkebolehan

Pembayaran Balik Ptptn Cara Baru Tarik Pekerja Berkebolehan

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 247 hits
Kuala Lumpur Setiap majikan syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan ganjaran atau insentif tahunan Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti per...
Pekerja Pasaraya Mastermind Kes Samun Gara Gara Mahu Bayar Hutang

Pekerja Pasaraya Mastermind Kes Samun Gara Gara Mahu Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 285 hits
Hanya kerana mahu langsaikan hutang dengan ah long seorang wanita yang juga pekerja pasaraya di Kepala Batas Pulau Pinang sanggup berpakat dengan rakan sekerjanya Tindakan kononnya disamun ketika bawa wang jualan pasaraya berjumlah RM20 400...
Kumpulan Pekerja Gesa Kerajaan Mtuc Ratifikasi C87

Kumpulan Pekerja Gesa Kerajaan Mtuc Ratifikasi C87

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 283 hits
Kumpulan pekerja menggesa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia meratifikasikan Konvensyen 87 yang menyentuh tentang kebebasan asas persatuan semua pekerja termasuk pekerja asing Pengerusi Gabungan Pembaharuan Und...
Rm4 000 Sekepala Pekerja Bangladesh Mangsa Lumayan Bagi Ejen

Rm4 000 Sekepala Pekerja Bangladesh Mangsa Lumayan Bagi Ejen

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 286 hits
LAPORAN KHAS Apabila pekerja Bangladesh lari dari majikan setelah menjadi mangsa pemerdagangan mereka dijadikan Ini menurut siasatan media Bangladeshi Kaler Kontho dan Malaysiakini melibatkan temu ramah dengan lebih 100 pekerja ejen dan maj...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids