Kes Ku Nan Tak Bayar Cukai Rm57j Lhdn Mohon Penghakiman Terus


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon supaya kes samannya terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak 2012 sehingga 2017, diputuskan melalui peghakiman terus.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof menetapkan 12 Disember untuk mendengar permohonan LHDN selepas pengurusan kes tersebut dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN serta Satharuban Sivasubramaniam bertindak bagi pihak Tengku Adnan.
Berdasarkan maklumat mahkamah, LHDN sebagai plaintif memohon untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Penghakiman terus ialah di mana mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.Iklan
Defendan (Tengku Adnan) juga memfailkan permohonan penggantungan prosiding mengikut Aturan 92 Kaedah 4, Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012.
Mahkamah menetapkan 15 November bagi pendengaran permohonan defendan manakala 12 Disember 2019 untuk mendengar permohonan plaintif.
Pada 24 Julai lepas, Kerajaan Malaysia memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dengan menamakan Tengku Adnan yang juga bekas setiausaha agung Umno sebagai defendan.
Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa Tengku Adnan masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
Ia berkata Notis Taksiran itu telah dihantar secara Akuan Terima Berdaftar (A.R) kepada defendan pada 20 Mac lepas ke alamat terakhirnya dan Notis Taksiran itu telah diterima dan ditandatangani pada pada 22 Mac lalu melalui pengembalian semula kad kuning Akuan Terima Berdaftar.
Plaintif mendakwa, oleh kerana Tengku Adnan gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2012 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 harı dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.
Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.
Ia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.
Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).
Oleh itu plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama


Loading…

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/kes-ku-nan-tak-bayar-cukai-rm57j-lhdn-mohon-penghakiman-terus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Bayar Pinjaman Ptptn Pekerja Akan Dapat Pelepasan Cukai

Syarikat Bayar Pinjaman Ptptn Pekerja Akan Dapat Pelepasan Cukai

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 320 hits
Kuala Lumpur Setiap majikan syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan ganjaran atau insentif tahunan Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti per...
Sudah 2 047 Mahasiswa Papua Pulang Jumlahnya Akan Terus Bertambah

Sudah 2 047 Mahasiswa Papua Pulang Jumlahnya Akan Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 317 hits
Sebanyak 2 047 Mahasiswa Papua Dilaporkan Pulang Kampung Jumlahnya Masih Bisa BertambahPara bupati di Provinsi Papua sedang bertemu dengan Gubernur Papua untuk mwmbahas masalah eksodus mahasiswa Papua dari kota studi di seluruh Indoneaia Ko...
Ihsg Berpeluang Terus Menguat Perhatikan Saham Ini

Ihsg Berpeluang Terus Menguat Perhatikan Saham Ini

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 226 hits
Analis PT Indosurya Bersinar Sekuritas William Suryawijaya menilai IHSG akan kembali rebound pada rentang support 6 300 dan resistance 6 350
Dap Terus Dendang Lagu Rasis Bodohkan Rakyat

Dap Terus Dendang Lagu Rasis Bodohkan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 708 hits
MACAM dah tak ada modal sebelum ini mereka meratib PAS Umno nak bersama dalam kasus UG khasnya sejak tahun 2015 sebelum pun mereka jadi kerajaan lagi hingga pemilihan PAS pun mereka ganggu Nah sekarang PAS telahpun sah bersama dengan Umno m...
Ylki Pemerintah Bisa Naikkan Cukai Rokok Tutup Defisit Bpjs Kesehatan

Ylki Pemerintah Bisa Naikkan Cukai Rokok Tutup Defisit Bpjs Kesehatan

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 290 hits
Menurut Tulus pemerintah bisa saja melakukan relokasi subsidi energi dan atau menaikkan cukai rokok Sebagian dari subsidi energi yang masih mencapai Rp 157 triliun sebagian bisa direlokasi menjadi subsidi BPJS Kesehatan
Permohonan Jawatan Kosong Lhdn

Permohonan Jawatan Kosong Lhdn

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 671 hits
Permohonan Jawatan kosong LHDN Sebanyak 151 kekosongan untuk diisi dengan segera oleh calon yang berminat serta berkelayakan Jawatan kosong LHDN ini adalah ditawarkan di seluruh negeri dan jangan lupa untuk kongsi jawatan kosong 2019 kepada...
Rundingan Terus Rm450 Juta Ini Kata Tak Tanggung Jawab G Eng

Rundingan Terus Rm450 Juta Ini Kata Tak Tanggung Jawab G Eng

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 576 hits
Rundingan terus RM450 juta Bukan saya yang sign kata Guan EngSURAT menyurat adalah diantara Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tak kan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tak tahu Memanglah bukan Lim Guan Eng yang tandatangan...
Projek Rundingan Terus Tular Pula Surat Syarikat Dengan Sokongan Tun Mahathir

Projek Rundingan Terus Tular Pula Surat Syarikat Dengan Sokongan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 560 hits
Sepucuk surat daripada syarikat pembinaan PDM Builders Sdn Bhd kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong Kelantan tersebar hari ini Ia susulan penularan surat Kementer...
Efl Championship 2019 20 Leeds Terus Kukuh Di Persada Liga

Efl Championship 2019 20 Leeds Terus Kukuh Di Persada Liga

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 219 hits
Aksi EFL Championship diteruskan untuk perlawanan ketujuh Ada dua pertemuan setempat sesama Yorkshire telah berlangsung pada hujung minggu lalu Leeds benam jiran Leeds United kelab terkemuka Yorkshire menewaskan jiran terdekat mereka Barnsl...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah