Pembayaran Balik Ptptn Cara Baru Tarik Pekerja Berkebolehan


Kuala Lumpur : Setiap majikan, syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan, ganjaran atau insentif tahunan.
Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti perubatan, pergigian atau mata, namun baru-baru ini bantuan pinjaman pelajaran sedang mencari cara untuk memasukkan sebagai satu faedah yang ditawarkan, selepas pengumuman melalui Bajet 2019 yang meminta majikan membantu pekerja mereka membayar tungakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Di bawah inisiatif ini, syarikat yang membayar pinjaman PTPTN pekerja mereka akan mendapat pelepasan cukai. Melihatnya sebagai satu situasi menang-menang, Vector InfoTech Sdn Bhd menjadi contoh terbaik dengan menjadi salah sebuah syarikat paling awal, untuk memulakan inisiatif itu dan mula menawarkan bantuan pembayaran balik pinjaman PTPTN, kepada pekerja mereka sejak beberapa bulan lepas.
Pengarah Urusannya Hii Ding Sin berkata, komitmen syarikat itu untuk membantu pekerjanya membayar balik PTPTN mereka, merupakan satu strategi baik untuk menarik, mengekalkan dan sebagai ganjaran kepada pekerja cemerlang dan pekerja baharu.
”Melalui program itu, majikan bukan sahaja akan menikmati pelepasan cukai, tetapi ia akan menjadi satu nilai tambah yang akan meningkatkan prestasi pekerja dan kesetiaan mereka kepada syarikat… kami akan dapat mengekalkan kakitangan yang cemerlang, cekap untuk terus bersama kami,” katanya ketika ditemui sumber baru-baru ini.
Sejak pelaksanannya pada Mei, Hii berkata syarikat telah membuat pembayaran penuh pinjaman dua pekerjanya berjumlah hampir RM63,000.
”Syarikat bercadang untuk memaksimumkan inisiatif pembayaran balik PTPTN kepada 10 lagi pekerjanya melalui pembayaran bulanan, mulai Oktober.
”Kami sedang dalam proses menilai dan mengenal pasti kakitangan yang akan diberikan insentif tersebut menerusi indikator prestasi utama (KPI) yang ditetapkan syarikat,” katanya lagi.
Vector Infotech Sdn Bhd sebuah syarikat pakar dalam pembekalan produk dan solusi industri kepada pasaran tempatan dan syarikat multinasional dalam industri minyak dan gas, petrokimia, elektrik, utiliti, pengangkutan dan bahan kimia, semi-konduktor, bangunan dan pembinaan, makanan, pulp dan industri kertas, dengan lebih 120 pekerja di seluruh negara.
Melihat kepada faedah dan inisiatif yang dinikmati majikan dan pekerja, Hii percaya lebih ramai majikan dan organisasi akan menyertai progam itu.
”Saya berharap, lebih banyak syarikat dan majikan akan mengambil peluang ini (inisiatif), ia satu situasi menang-menang untuk kedua-dua, pekerja dan syarikat.
“Saya juga berharap Kerajaan akan meneruskan usaha ini pada masa hadapan. Ini satu perkara yang boleh kami lakukan untuk membantu masyarakat,” katanya.
Sementara itu, mengulas berhubung program berkenaan, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar & Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata terdapat dua kaedah bayaran yang boleh digunakan oleh majikan atau syarikat, iaitu bayaran ansuran bulanan atau bayaran penuh.
Majikan yang membuat bayaran itu, secara automatik layak mendapat pelepasan cukai. “Tiada amaun minimum atau maksimum ditetapkan, kerana ia bergantung kepada budi bicara majikan membantu kakitangan. Jika majikan mengarahkan kakitangan membuat bayaran terhadap bayaran balik yang telah dibuat oleh majikan, aduan boleh dilakukan di PTPTN dan ia akan dipanjangkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasatan.
“Majikan yang membuat tuntutan palsu akan dikenakan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.
Bagaimanapun, katanya mereka yang menjadi majikan kepada diri sendiri, tidak layak mendapat pelepasan cukai berkenaan, kerana syarat utamanya ialah majikan membantu kakitangannya membuat bayaran balik PTPTN.
Majikan yang ingin membuat bayaran balik kakitangannya boleh melayari laman portal PTPTN iaitu www.ptptn.gov.my (Portal Majikan Online).
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/06/pembayaran-balik-ptptn-cara-baru-tarik-pekerja-berkebolehan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Untuk Berjaya Dalam Kehidupan Buat Dulu Baru Rasa

Cara Untuk Berjaya Dalam Kehidupan Buat Dulu Baru Rasa

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 383 hits
Asssalamualaikum ramai orang nak berjaya nak maju kehadapan dan tak mahu berada di takuk lama Cuma berapa ramai yang sanggup bangun untuk berjaya Berapa ramai yang berani nak keluar daripada rutin harian biasa Dan masih ramai yang mencari c...
Baru Kahwin Tapi Tiada Kereta Lagi Nah Cara Untuk Anda Dapat Kereta Baru

Baru Kahwin Tapi Tiada Kereta Lagi Nah Cara Untuk Anda Dapat Kereta Baru

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 3442 hits
Siapa yang tak memerlukan transport dalam kehidupan harian bukan Bila ada kereta ni senang lah sikit untuk bergerak kemana mana Tapi itulah nak The post appeared first on
Setpol Anwar Gagal Dikesan Pengadu Tarik Balik Aduan

Setpol Anwar Gagal Dikesan Pengadu Tarik Balik Aduan

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 262 hits
Farhash Wafa Salvador PETALING JAYA Polis yang masih gagal mengesan setiausaha politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador yang merupakan suspek utama dalam siasatan kes rusuhan di Ampang pada 31 Ogos lepas meminta beliau menyerah diri Ketu...
Kes Gaduh Farhash Pengadu Tarik Balik Laporan Polis

Kes Gaduh Farhash Pengadu Tarik Balik Laporan Polis

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 512 hits
Individu yang membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan di sebuah kompleks sukan di Ampang pada 31 Ogos lalu yang didakwa melibatkan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sudah menarik balik laporan berkenaan Ketu...
4 Fakta Di Balik Mobil Dinas Presiden Jokowi Yang Baru Mercedes Benz S600

4 Fakta Di Balik Mobil Dinas Presiden Jokowi Yang Baru Mercedes Benz S600

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 278 hits
Kementerian Sekretariat Negara resmi mengganti kendaraan mobil dinas presiden sebanyak dua unit yaitu Mercedes Bens S600 Guard Sementara 101 unit mobil Toyota Crown 2 5 HV G Executive disiapkan sebagai kendaraan para menteri kabinet kerja m...
Syarikat Bayar Pinjaman Ptptn Pekerja Akan Dapat Pelepasan Cukai

Syarikat Bayar Pinjaman Ptptn Pekerja Akan Dapat Pelepasan Cukai

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 265 hits
Kuala Lumpur Setiap majikan syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan ganjaran atau insentif tahunan Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti per...
Gojek Xcelerate Cara Gojek Ciptakan Startup Unicorn Baru Di Indonesia

Gojek Xcelerate Cara Gojek Ciptakan Startup Unicorn Baru Di Indonesia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 216 hits
Super app Gojek menggandeng Digitaraya memperkenalkan Gojek Xcelerate sebuah program akselerator untuk mengembangkan startup merah putih supaya mampu bertumbuh secara pesat dan menciptakan dampak sosial positif yang lebih luas Gojek Xcelera...
Buah Sayur Semua Dia Tolak Tepi Cara Ni Boleh Tarik Perhatian Anak Minat Makan Buah Boleh Elak Pembaziran

Buah Sayur Semua Dia Tolak Tepi Cara Ni Boleh Tarik Perhatian Anak Minat Makan Buah Boleh Elak Pembaziran

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 704 hits
Mood anak anak sememangnya sukar diduga Ada yang gemar makan nasi namun ada pula yang lebih gemar makan roti sahaja Begitu juga dengan buah buahan dan sayur sayuran yang ditolak mentah mentah oleh anak kecil kita Ada anak anak yang hanya ma...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin