Kumpulan Pekerja Gesa Kerajaan Mtuc Ratifikasi C87


Yasmin Ramlan 
   
Kumpulan pekerja menggesa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kementerian Sumber Manusia meratifikasikan Konvensyen 87, (C87), yang menyentuh tentang kebebasan asas persatuan semua pekerja, termasuk pekerja asing.

Pengerusi Gabungan Pembaharuan Undang-undang Buruh (LLRC) N Gopal Krishnan berkata Pakatan Harapan telah mengambil alih kerajaan lebih dari setahun namun tiada sebarang perubahan yang besar berlaku mengenai hak melibatkan pekerja.

"Kami menyeru kerajaan untuk meratifikasikan Konvensyen 87 di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Kebebasan Persatuan dan Perlindungan Hak untuk Berorganisasi (1948) dengan secepat mungkin.

"Kita tidak nampak sebarang perubahan besar yang dilakukan (oleh kementerian Sumber Manusia).
Setakat ini tiada apa yang kukuh dari pihak mereka," katanya dalam satu sidang media di Hotel Crystal Crown di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Menurut LLRC, gesaan untuk meratifikasikan konvensyen tersebut bertujuan melindungi kumpulan pekerja yang lemah seperti perkerja asing, pekerja kontrak dan wanita.

Bekas setiausaha agung MTUC G Rajasekaran yang merupakan sebahagian daripada LLRC pula berkata bahawa satu pertemuan telah dilakukan bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran pada 27 Ogos lalu bagi membincangkan perubahan bagi undang-undang buruh itu, terutamanya berkaitan C87, tetapi menteri tersebut memberitahu bahawa majikan tidak mahukan pelaksanaan konvensyen tersebut.

"MTUC telah memberitahu beliau di satu pertemuan rasmi bahawa terdapat banyak kesatuan (pekerja) tidak bersedia untuk menerima Konvensyen 87 itu.

"Oleh itu, pertemuan ini telah diadakan dengan majoriti daripada kesatuan yang mana kita terima satu resolusi hari ini untuk mengesahkan bahawa kami menyokong Konvensyen 87 dan tidak teragak-agak mengenainya," kata Rajasekaran.

Bagaimanapun, pemimpin LLRC yang juga sebahagian daripada ahli MTUC seakan-akan mengelak apabila ditanya soalan mengenai pemilihan jawatan dalam kongres tersebut.

Difahamkan, ia berikutan terdapat krisis kepimpinan dalam MTUC.

"Seperti yang disebutkan tadi, selain daripada kesatuan sekerja, badan bukan kerajaan dan orang awam turut terlibat dalam LLRC.

"Selain (daripada itu), kita tidak mahu sentuh mengenai pemilihan MTUC," kata Gopal.

Sementara itu, setiausaha MTUC bahagian Sarawak, Andrew Ho pula mengkritik kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membantah cadangan umur persaraan ditingkatkan dari 60 ke 65 tahun.

Menurutnya, satu kajian perlu dilakukan dan bukan memberi kenyataan berdasarkan andaian dan bersikap prejudis.

"Prestasi produktiviti kerja boleh berlaku kepada sebarang usia. Seseorang itu boleb menjadi tidak produktif pada usia 20an, 30an, 40an, 50an dan 60an. Dan itu bukan isu faktor usia," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/kumpulan-pekerja-gesa-kerajaan-mtuc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mtuc Gesa Elaun Kos Sara Hidup Rm500

Mtuc Gesa Elaun Kos Sara Hidup Rm500

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 344 hits
MTUC menggesa kerajaan pertimbangkan cadangan bayaran Cola sebanyak RM500 kepada pekerja PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa kerajaan memperkenalkan elaun kos sara hidup bulanan minimum RM500 menerusi Bajet 2020 terutam...
Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 300 hits
Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untu...
Hak Pekerja Terus Diperjuangkan Pertemuan Muhibbah Pas Mtuc

Hak Pekerja Terus Diperjuangkan Pertemuan Muhibbah Pas Mtuc

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 164 hits
Perhambaan warga pekerja masih lagi berleluasa kiniSUBANG PAS komited agar pembelaan hak membabitkan isu golongan pekerja terus diperjuangkan hingga diberi martabat yang sewajarnya demikian tekad dinyatakan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peng...
Kerajaan Persekutuan Digesa Campur Tangani Krisis Kashmir

Kerajaan Persekutuan Digesa Campur Tangani Krisis Kashmir

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 147 hits
Oleh Husaif Mamat MARANG 6 September Kerajaan Persekutuan digesa campur tangan membela nasib umat Islam di wilayah Kashmir yang sedang ditindas dengan kejam oleh pemerintah India Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Nasir Abdul R
Berlapang Dadalah Khaled Akui Sahaja Kerajaan Ph Lebih Baik Dari Umno Bn

Berlapang Dadalah Khaled Akui Sahaja Kerajaan Ph Lebih Baik Dari Umno Bn

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 215 hits
Pada 4 September 2019Saya merujuk laporan oleh Malaysiakini bertajuk di mana Datuk Seri Khaled Nordin yang juga naib presiden ketiga UMNO dikatakan telah menasihati Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk bersara berdasarkan hujah...
11 Ratu Putri Kerajaan Yang Namanya Diabadikan Menjadi Bunga

11 Ratu Putri Kerajaan Yang Namanya Diabadikan Menjadi Bunga

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 132 hits
11 Ratu dan putri kerajaan yang namanya diabadikan menjadi bunga indah antara lain Kate Middleton Meghan Markle Grace Kelly dan Putri Aiko
Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng Hutang Salahkan Kerajaan Dahulu

Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng Hutang Salahkan Kerajaan Dahulu

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 239 hits
Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng Hutang Jadi Sandiwara Kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu terbeban kerana terpaksa menanggung hutang yang tinggi mencecah RM2 bilion warisan daripada keraja...
Isu Penjawat Awam Kerajaan Ph Hentikanlah Buat Preskripsi Salah

Isu Penjawat Awam Kerajaan Ph Hentikanlah Buat Preskripsi Salah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 219 hits
Berhentilah buat preskripsi salah Perkhidmatan Awam adalah antara yang UMNO dan kita semua perjuangkan sejak sebelum merdeka Kita mengambilnya kembali dari penjajah Inggeris dan jadikan hak kita dari kita dan untuk kita Kita pasak ia dalam ...
Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 384 hits
Majlis Pelancaran Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan Dan lnstitusi Pendidikan Tinggi Awam untuk membiayai kerja kerja penye...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe