Rm4 000 Sekepala Pekerja Bangladesh Mangsa Lumayan Bagi Ejen


Kaler Kantho dan Malaysiakini 
   
LAPORAN KHAS | Apabila pekerja Bangladesh lari dari majikan setelah menjadi mangsa pemerdagangan, mereka dijadikan sasaran lumayan sindiket jenayah

Ini menurut siasatan media Bangladeshi Kaler Kontho dan Malaysiakini, melibatkan temu ramah dengan lebih 100 pekerja, ejen dan majikan pekerja asing.

Siasatan media mendapati ramai pekerja Bangladesh terdesak untuk terus bekerja di sini, walaupun setelah menjadi mangsa eksploitasi, kerana mereka berhutang sekurang-kurangnya RM17,000 untuk datang ke Malaysia.

Atas sebab itu, mereka sanggup membayar ejen sindiket hampir RM4,000 untuk “diputihkan” menurut undang-undang Malaysia, dengan harapan bebas dari gangguan imigresen.

Bagaimana sindiket ‘pemutihan’ beroperasi

Proses ‘pemutihan’ ini merupakan penyelewengan sistem penggajian semula (rehiring) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada Februari 2016.

Sistem ini diperkenalkan untuk memenuhi kekurangan pekerja dalam industri pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan dan pembuatan.
Di bawah sistem rehiring, majikan dibolehkan mendaftarkan mana-mana pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sah

Ejen menyalahgunakan sistem ini dengan mendaftar pekerja yang tidak mempunyai dokumen sah sebagai pekerja syarikat mereka. Menurut pekerja dan ejen yang ditemu ramah, pekerja akan membayar ejen untuk khidmat ini.

Sebenarnya, ejen ini bukan menggaji mereka dan para pekerja bebas mencari majikan sendiri. Jika mereka tidak mampu mencari pekerjaan, ejen ini akan mencarikan majikan, dan mengambil komisen dari gaji bulanan.

Ejen: Kalau mereka ditangkap, kami akan lepaskan

Mereka boleh ditangkap pegawai imigresen jika berlaku serbuan di tempat kerja. Bagaimanapun menurut seorang ejen, pekerja yang mereka ‘putihkan’ mendapat ‘perlindungan’.

Menurut Md Mehdi, yang bekerja untuk Sugoi Group, salah satu kumpulan syarikat yang menawarkan khidmat perkhidmatan ini, syarikatnya ‘memutihkan’ lebih 5,000 pekerja. Ini bermakna perkhidmatan ini menghasilkan RM22 juta untuk Sugoi Group.

“Mereka yang ‘diputihkan’ melalui syarikat kami boleh bekerja di mana-mana tempat tanpa bimbang.

“Jika mereka ditangkap, kami akan menguruskannya supaya mereka dilepaskan,” katanya kepada Kaler Kantho.
Percubaan Malaysiakini untuk menghubungi pemilik syarikat ejen, Humayun Kabir tidak berjaya. Humayun dilahirkan di Bangladesh dan menjadi warganegara melalui proses naturalisasi

Kaler Kantho juga telah beberapa kali cuba berhubung dengan Humayun melalui syarikat-syarikatnya di Dhaka, Bangladeshi, tetapi tidak berjaya.

Seramai 744,942 pekerja asing dan 83,919 majikan berdaftar bawah sistem rehiring setakat Mei 2018. Program ini tamat pada 30 Jun 2018.

Menurut Jabatan Imigresen, hanya majikan yang perlu membayar dalam proses penggajian semula, iaitu antara RM1,395 ke RM3,845 bergantung kepada industri.

Tetapi ejen yang ‘memutihkan’ pekerja-pekerja asing ini mengenakan bayaran dari RM4,000 ke RM8,000.
Menurut siasatan Kaler Kantho, ada juga ejen yang masih menawarkan perkhidmatan ini, walaupun program penggajian semula telah tamat

Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini merupakan “sindiket jenayah”.

Pihak imigresen dan polis juga telah membuat serbuan ke atas beberapa sindiket ini.
Usaha membasmi tidak berjaya

Jaringan ejen tidak bertauliah ini berleluasa walaupun terdapat banyak usaha pihak berkuasa untuk memastikan ia tidak berlaku.

Contohnya, Kedutaan Bangladesh ditugaskan untuk memastikan syarikat-syarikat yang menggajikan pekerja Bangladesh memang syarikat sah yang memerlukan pekerja-pekerja tersebut.

Maka apabila ejen-ejen tidak bertauliah berjaya mendaftar sebagai majikan, dan seterusnya ‘menyewa’ dan mengambil komisen, ini menunjukkan wujudnya ketirisan dalam sistem pemeriksaan kedutaan.
 Duta Besar Bangladesh Shahidul Islam berkata pihaknya sukar untuk memeriksa semua kes kerana terlalu ramai pekerja Bangladesh di Malaysia

“Jika hanya sejuta pekerja Bangladesh di Malaysia menempuh masalah, jumlah ini sudah mencecah 10,000 pekerja.

“Pihak kedutaan tidak mampu untuk menjaga semua pekerja. Ini kelemahan kami,” katanya.

Pada Februari 2016, Putrajaya telah menandatangani perjanjian government-to-government plus (G2G+) dengan Dhaka, bertujuan membasmi ejen dan orang tengah.

Menurut data kerajaan Bangladesh, seramai 275,000 pekerja Bangladesh tiba di Malaysia melalui G2G Plus.

Namun, G2G+ digantung pada Jun 2018 kerana penyelewengan disyaki.

“Kerajaan terdahulu telah menguruskan proses pengambilan pekerja asing seperti perniagaan yang hanya menguntungkan beberapa individu tertentu,” Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran dipetik sebagai berkata.

Pada bulan Julai, beliau mengumumkan bahawa sebuah memorandum baru akan ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh.

Memorandum ini bertujuan membatalkan moratorium atas kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia, tetapi mekanisme yang baru belum diumumkan.

Beliau tidak menjawab soalan-soalan Malaysiakini.

Perubahan undang-undang

Tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 untuk membasmi kejadian pekerja didaftarkan bawah sebuah syarikat ‘outsourcing’ tetapi bekerja untuk majikan lain.

Kini, hanya ejen sumber manusia yang dilesenkan oleh Kementerian Sumber Manusia boleh mengimport pekerja asing dengan tujuan meletakkan mereka di majikan akhir.

Namun tidak jelas bagaimana ejen yang dilesenkan ini akan mendapatkan pekerja asing tersebut dan jika ini dapat membasmi operasi ‘pemutihan’ pekerja yang telah ada di Malaysia, oleh wakil ejen tersebut.
 “Terma ‘outsourcing’ tidak lagi wujud. 
“Tapi kalau (syarikat outsourcing) masih lagi ingin beroperasi, mereka perlu mendaftar bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta (di Kementerian Sumber Manusia).

“Saya difahamkan ada yang telah berbuat demikian,” kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin di sebuah sidang akhbar baru-baru ini.

Mana-mana syarikat outsourcing yang tidak berdaftar dan masih beroperasi selepas 1 April boleh diambil tindakan bawah Seksyen 7 Akta tersebut.

Mangsa sistem

Menurut pengarah NGO hak pekerja asing Tenganita, Aegile Fernandez, pihak berkuasa mesti lebih proaktif untuk melindungi pekerja.

Beliau berkata ramai pekerja yang terperangkap dalam kitaran penyelewengan yang sama apabila ejen tidak bertauliah menyalahgunakan program pemutihan Back For Good yang ditawarkan kerajaan sehingga hujung Disember ini.
 Dalam program Back or Good, PATI yang sukarela keluar dari Malaysia tidak akan dikenakan tindakan imigresen seperti denda, sebatan dan penjara

Mereka membayar RM700 kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengesahan biometrik dan pengeluaran pas sementara untuk meninggalkan Malaysia.

Menurut laman web Imigresen, PATI perlu berdaftar sendiri untuk program ini di pejabat Kementerian Dalam Negeri dan tiada ejen dibenar menguruskannya.

“Kebanyakan mereka datang ke sini secara sah tetapi menjadi mangsa kepada sistem buruh yang sedia ada.

“Mereka telah mengeluarkan banyak wang untuk datang ke sini dan terpaksa membayar lagi untuk pulang,” kata Fernandez.

*Alyaa Alhadjri, Faisal Asyraf dan Aidila Razak dari Malaysiakini dan Haider Ali dari Kaler Kantho menyumbang kepada laporan ini.
Semalam: Terbongkar - pekerja Bangladesh diperdagang antara syarikat
Esok: Setiap hari, dua orang pekerja Bangladesh maut di Malaysia





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/rm4000-sekepala-pekerja-bangladesh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Hari Dua Pekerja Bangladesh Maut Di Malaysia

Setiap Hari Dua Pekerja Bangladesh Maut Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 279 hits
Setiap hari dua pekerja Bangladesh maut di Malaysia LAPORAN KHAS Punca utama kematian adalah serangan jantung dan strok akan tetapi ini menimbulkan persoalan kerana mereka masih muda
Pembayaran Balik Ptptn Cara Baru Tarik Pekerja Berkebolehan

Pembayaran Balik Ptptn Cara Baru Tarik Pekerja Berkebolehan

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 247 hits
Kuala Lumpur Setiap majikan syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan ganjaran atau insentif tahunan Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti per...
Syarikat Bayar Pinjaman Ptptn Pekerja Akan Dapat Pelepasan Cukai

Syarikat Bayar Pinjaman Ptptn Pekerja Akan Dapat Pelepasan Cukai

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 227 hits
Kuala Lumpur Setiap majikan syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan ganjaran atau insentif tahunan Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti per...
Meratapi Nasib Pekerja Filem Yang Masih Terjajah

Meratapi Nasib Pekerja Filem Yang Masih Terjajah

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 240 hits
ULASAN Pada 26 Ogos lalu lima hari sebelum seluruh negara bergema dengan teriakan merdeka ada satu khabar tergempar yang kononnya akan mengembirakan seluruh warga kerja industri filem di Malaysia Buat pertama kali selepas 62 tahun negara be...
Buasir Otak Tv Idea Pekerja Vs Idea Boss

Buasir Otak Tv Idea Pekerja Vs Idea Boss

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 899 hits
Bila kau bagi idea VS bos kau bagi idea Diorang punya jilat memang tak ingat punya Jom layan animasi ini
Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 339 hits
Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untu...
Cuti Umum Sempena Hari Keputeraan Agong Wajib Diberi Kepada Pekerja

Cuti Umum Sempena Hari Keputeraan Agong Wajib Diberi Kepada Pekerja

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 692 hits
KUALA LUMPUR 4 Sept Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada 9 Sept adalah antara lima cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja Kementerian Sumber Manusia dalam...
Hidang Ayam Saiz Kecil Bekas Pekerja Kfc Dedahkan Tindakan Yang Perlu Dibuat Untuk Pelanggan Mengatasinya

Hidang Ayam Saiz Kecil Bekas Pekerja Kfc Dedahkan Tindakan Yang Perlu Dibuat Untuk Pelanggan Mengatasinya

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 450 hits
Siapa sahaja yang tidak sukakan ayam goreng Masyarakat Malaysia daripada segenap lapisan umur sangat menggemari ayam goreng tidak kiralah goreng sendiri di rumah di kedai makan kedai mamak mahupun francais ayam goreng terkenal Kentucky Frie...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut