Syafiq Yusof Buktikan Abang Long Fadil 3 Filem Komedi Aksi Terbaik Sepanjang Zaman


Ketawa Tanpa Henti, Padat Aksi Mendebarkan, Gandingan Pelakon-Pelakon Hebat. Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi 'blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. 
Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. 
SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN 
Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Terdahulu, beliau telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. 
Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gengster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy. Rata-rata penonton berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran filem ini di pawagam. 
Malah, menerusi video reaksi barisan pelakon menyaksikan buat pertama kali trailer rasmi, pelakon Zizan Razak telah mengalirkan air mata kerana rasa sebak hasil usaha kerasnya untuk Abang Long Fadil 3 akhirnya akan menemui penonton. Video tersebut juga telah mendapat respons daripada peminat dan tontonan tinggi di media sosial dengan keseluruhan melebihi 7 juta tontonan. 

Abang Long Fadil 3 masih mempertaruhkan Zizan Razak selaku tunggak utama. Manakala Barisan pelakon lain yang ditampilkan juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam industri seni tanah air seperti, Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Danielia Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen. Setiap bintang turut pertaruhkan adegan aksi yang mendebarkan. 


Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa teruja filem Abang Long Fadil 3 bakal dipersembahkan kepada penonton. “Pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon, kru dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini telah pun melakukan yang terbaik untuk persembahkan kepada peminat dan penonton. Kami percaya penonton sukakan kejutan atau kelainan dari sudut persembahan dalam setiap filem yang ditonton, jadi kami tampilkan konsep segar melalui sekuel terbaru ini. Kami mengharapkan kehadiran Abang Long Fadil 3 mampu menghiburkan dan menerima reaksi positif daripada penonton." 



Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad mengulas mengenai keberhasilan filem berkualiti, ia akan merancakkan lagi persaingan yang sihat dikalangan penerbit dan penambahan filem cereka, lantas membuka pasaran yang lebih luas ke negara-negara lain untuk ditayangkan. 
“Filem Abang Long Fadil 3 menjadi filem komedi aksi tempatan pertama yang menemui penonton di pawagam selepas dua tahun. Kami percaya genre tersebut masih menjadi genre kesukaan penggemar filem di negara ini. Meskipun begitu, filem ini turut dipadatkan dengan naratif, mutu produksi dan elemen 'fresh' agar sekuel ketiga tampil lebih baik serta menarik. 
Sasaran kami bukan sahaja ingin menampilkan francais komedi aksi terbaik sepanjang masa, tetapi filem yang dapat meninggalkan impak yang besar dan mampu mempelopori pasaran luar. Kami harap filem ini mampu memberi nafas yang baik untuk industri perfileman tempatan.” 


Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 
OFFICIAL TRAILER ABANG LONG FADIL 3
OST FILEM ABANG LONG FADIL 3
Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah 'Payung' nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Lagu ini turut mengajak orang di luar sana untuk turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti. 

MALAM GALA ABANG LONG FADIL 3 DI SURIA KLCC MERIAH!
Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada Suria KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. 

Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel). 
Selain itu, filem ini menjalin kerjasama erat bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada station radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Manakala, Tom stickers, Federa Tayar, Under5 Performance adalah penaja prop penggambaran dan jenama kopi Luckin Coffee turut menyumbang pada Majlis Gala Abang Long Fadil 3. 

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 
Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. 
Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 
TRIVIA ABANG LONG FADIL 3 

1. Abang Long Fadil 1 — Dunia Gangster, Abang Long Fadil 2 - Dunia Mafia, Abang Long Fadil 3 — Dunia Spy. 
2. 'Comeback' atau kemunculan semula gandingan popular tanah air, JOZAN (Zizan Razak dan Johan) di layar perak selepas setengah dekad. 
3. Set filem terbesar yang pernah dibina untuk filem tempatan. Mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan set tersebut. 
4. Filem komedi aksi pertama Elizabeth Tan. Elizabteh Tan telah melakukan aksi 'stunt' sendiri tanpa menggunakan pelakon alih lagak aksi. Dia turut menjalani sesi latihan bersama pelakon Maya Karin bagi memantapkan babak aksi yang perlu dipersembahkan. 
5. Watak Ocy Lin dihasilkan khas untuk Ozlynn kerana Syafiq Yusof merasakan gandingannya bersama Johan mampu menyaksikan watak antagonis suami isteri yang mampu meninggalkan kesan. 
6. Mengambil masa sedikit panjang apabila menjalani penggambaran babak Johan dan Ozlynn kerana rata-rata kru tidak mampu menahan gelak melihat aksi persembahan mereka. 
7. Banyak babak letupan di dalam filem. Menariknya, babak letupan tersebut adalah letupan sebenar dan tidak menggunakan teknik CGI atau VFX. 
8. Pencarian 'Sama Tak Serupa' menerusi radio ERA yang mengajak orang di luar sana berkongsi gambar seakan-akan Zizan Razak di media sosial dengan menggunakan #MencariZizanEra yang dijalankan pada bulan Julai lalu, telah menyaksikan 4 pemenang istimewa terpilih untuk tampil dalam muzik video OST Abang Long Fadil 3. 
Pasti ramai ingin mengetahui ulasan filem ini dari Ruby. Tunggu artikel seterusnya. Okay? 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/08/syafiq-yusof-buktikan-abang-long-fadil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Movie Abang Long Fadil 3

Movie Abang Long Fadil 3

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 504 hits
Francais komedi aksi blockbuster no 1 Malaysia Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia Singapura Brunei dengan sekuel terbarunya Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah ai...
Gambar Gambar Terbaru Seoul Vibe Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80 An Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

Gambar Gambar Terbaru Seoul Vibe Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80 An Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 193 hits
Netflix telah mendedahkan gambar gambar dari filem blockbuster Korea terbaru Seoul Vibe yang menyerlahkan lagi latarbelakang tahun 80an Korea Dalam gambar tersebut beberapa karakter telah mencuri perhatian penonton antara anggota Winner Son...
Kang Haneul Jung Somin Dilapor Bakal Terajui Filem Komedi Romantik 30 Days

Kang Haneul Jung Somin Dilapor Bakal Terajui Filem Komedi Romantik 30 Days

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 190 hits
Nampaknya penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan antara Kang Ha neul bersama Jung So min dalam sebuah filem ARTIKEL BERKAITAN Pada 24 Ogos seorang pegawai filem melaporkan bahawa Kang Ha neul dan Jung So min akan terajui filem k...
Syamsul Yusof Bakal Arahkan Filem Termahal Dalam Sejarah Malaysia

Syamsul Yusof Bakal Arahkan Filem Termahal Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 299 hits
Selepas mencipta kejayaan bersama filem kepahlawanan Mat Kilau Syamsul Yusof menyatakan bahawa dia akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka untuk menerbitkan filem yang dikatakan termahal pernah dihasilkan di negara ini Menurut Utusan...
Senarai Filem Melayu Menarik Dan Best Di Pawagam Sepanjang Tahun 2022

Senarai Filem Melayu Menarik Dan Best Di Pawagam Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 295 hits
Masih berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita menamatkan tahun 2022 tetapi aku masih ingin berkongsi tentang filem melayu yang menarik dan best di pawagam pada tahun 2022 Terdapat beberapa filem melayu yang best di pawagam pada tahu...
Mahkamah Tempat Terbaik Buat Najib Buktikan Beliau Serba Tahu Seperti Di Media Sosial Rafizi

Mahkamah Tempat Terbaik Buat Najib Buktikan Beliau Serba Tahu Seperti Di Media Sosial Rafizi

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 190 hits
Pendengaran rayuan kes korupsi dana SRC International oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak yang bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan adalah forum terbaik untuk rakyat mengikuti kehandalan Ahli Parlimen Pekan itu Menurut Timbalan Pres...
Mesti Ramai Tak Tahu Filem Pertama Arahan Yusof Haslam Kan

Mesti Ramai Tak Tahu Filem Pertama Arahan Yusof Haslam Kan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 329 hits
Datuk Dr Mohd Yusof Md Haslam Khan ataupun lebih dikenali sebagai Yusof Haslam merupakan pelakon pengarah dan penerbit filem yang cukup popular di Malaysia Malah generasi pewaris filemnya diteruskan dengan dua orang anaknya Syafiq dan Syams...
10 Makanan Terbaik Untuk Tangani Tekanan Darah Tinggi

10 Makanan Terbaik Untuk Tangani Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 224 hits
Apakah makanan yang baik untuk masalah tekanan darah tinggi Artikel ini akan membincangkan 10 makanan yang serba sedikit mungkin boleh membantu masalah tekanan darah tinggi Tekanan darah tinggi merupakan punca utama bagi penyakit kardiovask...
Bingung Cari Kado Wisuda Terbaik Untuk Sahabat Bagaimana Memilihnya

Bingung Cari Kado Wisuda Terbaik Untuk Sahabat Bagaimana Memilihnya

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 241 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Sahabat kamu lulus dan diwisuda Pencapaian besar setelah perjuangan dan usaha sungguh sungguh dan luar biasa Artikel pertama kali dipublikasikan di
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Anak Belanja Makan Aiskrim Ai Cha

Nak Ikut Diet Orang Putih Ke Diet Melayu Je

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi