Syafakallah Syafakillah Syafahullah Syafahallah Maksud Perbezaannya


Syafakallah, Syafakillah, Syafahullah, Syafahallah: Maksud & Perbezaannya
Doa adalah merupakan ‘senjata’ umat Islam. Ia merupakan perantaraan antara Tuhan dan hambaNya. Melalui doa, kita boleh memohon apa sahaja kepada Allah. 
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”.
Al-Baqarah:186 Islam merupakan agama yang penuh kasih sayang. Selain berdoa untuk diri sendiri, kita juga dianjurkan untuk sentiasa mendoakan orang lain. Contohnya seperti, mengucapkan Syafakallah kepada orang yang sakit. 
Ucapan tersebut adalah sebuah doa ringkas yang bermaksud “Semoga Allah Menyembuhkanmu”. Terdapat beberapa lagi istilah yang mempunyai maksud yang sama seperti Syafakillah, Syafahullah, Syafahallah namun berbeza cara penggunaannya. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Punca Gastrik dan Cara Mencegahnya Di Peringkat Awal
Maksud Syafakallah & Syafakillah Jika kita berdoa untuk seseorang yang sakit secara langsung di hadapan orang tersebut, apa yang kita ucapkan adalah Syafakillah / Syafakallah. 
Syafakillah (Arab: شفاك الله) digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang wanita. Syafakallah (Arab: شفاك الله) digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang lelaki. Maksud kedua-dua ucapan tersebut ialah: “Semoga Allah Menyembuhkanmu”
Maksud Syafahullah & Syafahallah Manakala jika kita mendoakan orang yang sakit secara tidak langsung (tidak berhadapan) maka kita mengucapkan Syafahullah / Syafahallah.
Syafahullah (Arab: شفاه الله )  digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang lelaki. Syafahallah (Arab: شفاها الله ) digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang wanita. Maksud kedua-dua ucapan tersebut ialah: “Semoga Allah Menyembuhkannya” atau “Semoga Allah Menyembuhkan dia”.
Perbezaan  Berikut ialah perbezaan istilah ini secara ‘grammar’ Bahasa Arab:
Syafakillah (شفاك الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkanmu” (lelaki). Syafakallah (شفاك الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkanmu” (perempuan). Syafahullah (شفاه الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkannya” (lelaki). Syafahallah (شفاها الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkannya” (perempuan). Syafakumullah (شفاكم الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkan kamu” (jamak lelaki). Syafahumullah (شفاهم الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkan mereka” (jamak lelaki). Syafahunallah (شفاهن الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkan mereka” (jamak perempuan). Doa Untuk Orang Sakit Selain mengucapkan kalimah شفاك الله seperti di atas, kita juga dianjurkan untuk berkata-kata yang baik (ingat, kata-kata juga adalah doa) serta membacakan doa khusus apabila menziarah orang sakit. 
Daripada Ummu Salamah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” [Riwayat Muslim (919)]
Antara doa yang boleh dibacakan ialah seperti hadis di bawah ini:
Aisyah R.Anha berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ بَعْضَهُمْ يَمْسَحُهُ بِيَمِينِهِ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW apabila menziarahi pesakit lantas dia memohon perlindungan kepada sebahagian mereka dengan menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa: “Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.”

Riwayat al-Bukhari (5750) dan Muslim (2191) Adab Menziarahi Orang Sakit Para ahli ulama telah menggariskan beberapa adab untuk diikuti ketika menziarahi orang yang sedang sakit. Antaranya adalah:
Memilih waktu yang sesuai untuk melakukan ziarah. Tidak mengambil tempoh masa yang lama ketika ziarah. Menundukkan pandangan pada perkara-perkara yang diharamkan. Tidak banyak bertanya atau bercakap. Menzahirkan kebimbangan dan keprihatinan terhadap orang yang sakit. Sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pesakit. Apabila kita diuji dengan sakit, ingatlah hadis di bawah:
Penutup Marilah kita berdoa: “Ya Allah! Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami.”
Amin.
RUJUKAN: 
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3220-al-kafi-1163 https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3029-irsyad-al-hadith-siri-ke-334

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/syafakallah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=syafakallah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Ini Maksud Kod K Dan H Pada Kad Pengenalan Anak Borneo

Rupanya Ini Maksud Kod K Dan H Pada Kad Pengenalan Anak Borneo

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 326 hits
Apabila merujuk kepada MyKad masing masing terdapat petunjuk yang menandakan asal negeri masing masing iaitu nombor yang terletak di bahagian tengah kad pengenalan Jika anda berasal dari Kuala Lumpur kod tempat kelahiran adalah 14 54 55 56 ...
Alhamdulillah Maksud Bila Perlu Ucapkan Kelebihannya

Alhamdulillah Maksud Bila Perlu Ucapkan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 278 hits
Alhamdulillah Maksud Alhamdulillah Bila Perlu Ucapkan Kelebihannya Sudahkah anda mengucapkan Alhamdulillah hari ini Alhamdulillah adalah merupakan salah satu dzikir yang dianjurkan dalam Islam yang mempunyai makna mendalam dan dianjurkan un...
Apa Maksud Umno

Apa Maksud Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 204 hits
Dua puluh empat jam selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menyampaikan Keputusan membabitkan Najib Razak Umno mengadakan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertingginya yang tidak dijadualkan Isu Najib penting buat Umno sehingga parti it...
Str 2024 Maksud Tidak Lulus Amp Dokumen Permohonan

Str 2024 Maksud Tidak Lulus Amp Dokumen Permohonan

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 341 hits
STR 2024 Maksud Tidak Lulus amp Dokumen Permohonan Kementerian Kewangan telah umum bahawa bantuan STR Fasa 1 telah disalur secara berperingkat bermula pada 29 Januari 2024 baru 8211 baru ini Pada tahun tahun yang lalu pembayaran bagi progra...
Apa Maksud Creative Financial Solution

Apa Maksud Creative Financial Solution

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 282 hits
Apa maksud Creative Financial Solution yang kami anjurkan Ia membawa maaksud satu ilmu pengurusan kewangan yang kami terapkan kepada setiap peserta samada individu personal syarikat perniagaan untuk menngkatkan pendapatan mereka yang sedia ...
Boleh Ke Doa Spesifik Dan Maksud Doa Berlebihan

Boleh Ke Doa Spesifik Dan Maksud Doa Berlebihan

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 414 hits
Doa secara spesifik adakah dibolehkan atau tidak Apakah pula maksud doa berlebihan Jom kita baca perkongsian Ustaz MuzuzaAllah menyatakan Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut Sesungguhnya Allah tidak menyukai ...
Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 454 hits
Salam semua di dalam kalendar takwim Islam awal muharram menandakan bermulanya tahun baru Setiap kali kedatangan Tahun Baru Islam pada awal bulan Muharram orang Islam digalakkan untuk berdoa dan melakukan amalan sunat Walaupun ia bukan perk...
Jazakallah Khair Maksud Cara Membalasnya

Jazakallah Khair Maksud Cara Membalasnya

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 326 hits
Jazakallah Khair Maksud Cara Membalasnya Dalam kehidupan seharian sudah pasti kita pernah menerima kebaikan daripada seseorang Tidak kiralah bantuan kecil ke kata kata semangat atau apa apa sahaja bentuk kebaikan Kebaikan yang diterima laya...
Sanah Helwa Maksud Idea Meraikan Hari Jadi Mengikut Syariat Islam

Sanah Helwa Maksud Idea Meraikan Hari Jadi Mengikut Syariat Islam

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 387 hits
Sanah Helwah Ucapan Ulang Tahun Dalam Islam Selamat Hari Jadi Happy Birthday Sanah Helwah Eh Sanah Helwah tu apa Hah jom baca perkongsian di bawah BACA JUGA Sanah Helwah Walaupun bahasa yang berbeza ketiga tiga ucapan tersebut membawa maksu...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur