Sutun Kini Bergelar Guru Bahasa Inggeris


ADEQ pernah terkenal selepas membintangi drama Sutun yang ditayangkan pada 2005. Gambar kanan, Adeq kini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru. FOTO Ihsan Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman

Johor Bahru: Drama Sutun dan Sutun 2 pernah memperkenalkan Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman atau mesra disapa Adeq dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, nama Adeq, 40, seakan tenggelam selepas kemunculannya dalam drama itu walaupun wataknya terus diingati sehingga kini.

Selepas sekian lama menyepi, Adeq kini kembali menjadi sebutan netizen selepas aktif di TikTok dan siapa sangka, beliau kini bergelar pendidik dengan mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara 2, di sini.

Bercerita lanjut, anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, beliau menceburi bidang perguruan sejak 2010 kerana minat dan galakan keluarga.

"Saya tak hilang ke mana pun... cuma tak aktif dalam dunia hiburan kerana sambung belajar dalam bidang perguruan. Tamat belajar, saya terus bekerja sebagai guru dan ditakdirkan jadi pendidik sehingga kini.

"Jika diikutkan, pelajar tak tahu sebenarnya latar belakang saya sebagai pelakon kerana saya merahsiakannya daripada mereka.

"Bagaimanapun, mereka (pelajar) dapat tahu melalui ibu bapa mereka sendiri selepas berjumpa dengan saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi perasaan apabila nama dan drama lakonannya masih diingati hingga kini, Adeq mengakui tidak percaya tetapi bersyukur dengan sokongan diberikan orang ramai terhadapnya.

Lantaran drama itu, dia juga mengekalkan nama Adeq yang sudah sebati dengan dirinya.


ADEQ puas bergelar pendidik. FOTO Ihsan Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman 
"Nama Adeq kekal kerana ia nama panggilan dalam dunia persembahan atau 'stage name'. Saya sangat terkejut apabila masih ramai yang ingat dan kenal kerana saya tidak berapa aktif dalam dunia media sosial.

"Akaun TikTok yang ada pun masih baru tetapi mula bertambah hingga kini mencecah lebih 20,000 pengikut walaupun baru muat naik beberapa video saja," katanya.

Ditanya kemungkinan untuk kembali aktif dan membuat kemunculan semula dalam industri seni tanah air, Adeq mengakui pernah terfikir mengenainya.

"Buat masa ini, tumpuan saya adalah menjadi pendidik kerana kerjaya itu memberi saya kepuasan lihat kejayaan anak didik di persada dunia.

"Cuma, ada juga terfikir untuk aktif semula tetapi persoalannya ada yang terima saya ke? Apa pun, syukur Alhamdulillah. Terharu dan sangat berterima kasih dengan semua.

"Semoga kita semua akan terus berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya," katanya.

Selain Sutun dan Sutun 2 yang ditayangkan pada 2005 serta 2006, Adeq pernah membintangi drama lain antaranya Paku Di Dinding Hati, Di Pintu Barzakh dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/04/sutun-kini-bergelar-guru-bahasa-inggeris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggalkan Kerjaya Guru Bahasa Inggeris Demi Kedai Kopi

Tinggalkan Kerjaya Guru Bahasa Inggeris Demi Kedai Kopi

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 273 hits
Johan Arif bersama kakitangannya menunjukkan kopi yang dihasilkan dan menjadi menu mendapat sambutan para penggemar kopi Foto BernamaSUSULAN minat mendalam terhadap kopi seorang anak muda sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai guru Bahasa ...
Pengambilan Guru Lepasan Spm April 2023 Kini Dibuka Mohon Segera

Pengambilan Guru Lepasan Spm April 2023 Kini Dibuka Mohon Segera

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 222 hits
Pengambilan Guru Lepasan SPM April 2023 Kini Dibuka Mohon Segera Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan tel...
Sumbangan Khas Rm600 Imam Bilal Guru Kafa Takmir 2023

Sumbangan Khas Rm600 Imam Bilal Guru Kafa Takmir 2023

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 364 hits
PEMBAYARAN SUMBANGAN KHAS RM600 SECARA ONE OFF KEPADA IMAM BILAL SIAK GURU KAFA DAN TAKMIR 2023 Berita baik Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one off kepada imam siak guru Kelas Al Quran dan Fardhu Ain serta takmir akan dibuat mu...
Guru Terbaik Umno Sekarang Adalah Lim Kit Siang

Guru Terbaik Umno Sekarang Adalah Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 307 hits
PENGARUH najib dalam umno sudah terhakis Setia dan tumpuan tertumpu kepada Presiden dan Timbalan Perdana Menteri Di sana ada habuan Jika CADANGAN membina semula umno datang dari Tun Mahathir di anggap sangat alergik Mungkin saranan Lim kit ...
Kelantan Angkara Pemandu Positif Dadah Guru Besar Maut Dalam Perjalanan Agih Bantuan

Kelantan Angkara Pemandu Positif Dadah Guru Besar Maut Dalam Perjalanan Agih Bantuan

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 279 hits
Nor Amalina Aliasam hmetro com myKEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan menyebabkan seorang maut FOTO ihsan pembacaPasir Puteh Guru besar meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mangsa terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Ki...
Ybr Peruntuk Rm100 000 Latih 107 Guru Rbt

Ybr Peruntuk Rm100 000 Latih 107 Guru Rbt

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 209 hits
Syaiful Rizal Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Mohd Hassany beramah mesra bersama guru guru yang menyertai Kursus Komprehensif Teknik Mudah Melukis Untuk Mata Pelajaran RBT di Dewan Sri Tan...
Pemuda Pas Pahang Peruntuk Rm86 470 Sumbangan Raya Buat Guru Kakitangan

Pemuda Pas Pahang Peruntuk Rm86 470 Sumbangan Raya Buat Guru Kakitangan

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 451 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang memperuntukkan sebanyak RM86 470 sumbangan hari raya untuk guru guru serta kakitangan sektor pendidikan di bawah tadbir urus dewan terbabit Ketuanya Mohd Zarimi Abu Zih berkata seramai 948 guru serta 159 pemb...
Tuan Guru Nik Razi Bin Nik Mat Meninggal Dunia

Tuan Guru Nik Razi Bin Nik Mat Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 347 hits
Pagi ini menerima berita duka pemergian seorang ulama yang telah pergi meninggalkan kita buat selama lamanya iaitu Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat ke rahmatullah pada hari Isnin 26 Ramadhan 1444 17 April 2023 setelah diuji dengan sakit terla...
Padah Ceroboh Rumah Ibu Saudara Guru Berhari Raya Di Penjara

Padah Ceroboh Rumah Ibu Saudara Guru Berhari Raya Di Penjara

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 2004 hits
Tertuduh Mohamad Hassan Malek dipenjara enam bulan selepas mahkamah menolak kebenaran merayu bagi kesalahan menceroboh rumah ibu saudara di Tanjong Karang Selangor empat tahun lalu PUTRAJAYA Seorang guru terpaksa menyambut Aidilfitri di pen...
A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedekah Yang Baik Adalah Pada Adik Beradik Sendiri

Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang