Padah Ceroboh Rumah Ibu Saudara Guru Berhari Raya Di Penjara
Tertuduh Mohamad Hassan@Malek dipenjara enam bulan selepas mahkamah menolak kebenaran merayu bagi kesalahan menceroboh rumah ibu saudara di Tanjong Karang, Selangor, empat tahun lalu.PUTRAJAYA: Seorang guru terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonannya mendapatkan kebenaran merayu terhadap hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan menceroboh rumah ibu saudaranya.
Panel tiga hakim terdiri Hanipah Farikullah, Hadhariah Syed Ismail dan Azman Abdullah, menolak permohonan Mohamad Hassan@Malek, 43, memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.
Mohamad sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM10,000 sementara selesai permohonan rayuan.
Ads by KioskedDia didenda RM3,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 24 Ogos tahun lalu atas kesalahan itu.
Selain itu, dia juga diperintahkan membayar RM500 sebagai kos pendakwaan, jika gagal, dipenjara tiga hari. Dia membayar denda dan kos tersebut.
Pihak pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap hukuman itu yang dikatakan tidak memadai, manakala Mohamad tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap sabitan atau hukumannya.
Pada 31 Jan lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadap lelaki itu. Mahkamah Tinggi juga mengekalkan denda RM3,500 dan kos pendakwaan.
Mohamad kemudian memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan memohon kebenaran merayu terhadap hukumannya itu.
Mengikut undang-undang, Mohamad perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan rayuan kerana kesnya bermula di Mahkamah Majistret.
Ads by KioskedMohamad didakwa melakukan kesalahan itu dengan memasuki rumah Suhaida Sulaiman yang juga jirannya di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor pada 4.30 pagi, 12 Feb 2019.
Mengikut fakta kes, dia memasuki bilik Suhaida dan menutup mulut wanita itu dengan tangannya. Anak perempuan wanita itu yang berusia 10 tahun yang sedang tidur dengan ibunya menjerit menyebabkan Mohamad melarikan diri dari tempat kejadian.
Mohamad diwakili peguam Maidzatul Akmal Daud manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari mewakili pendakwaan. - FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/padah-ceroboh-rumah-ibu-saudara-guru.html