Susu Kurma Homemade Hanya 2 Bahan Jimat Banyak Berbanding Beli Dalam Kotak
Jika seisi keluarga gemar susu kurma, jika nak jimat belanja sebaiknya buat je sendiri. Lagi puas minum berbanding beli dalam kotak. Lagipun modal buat sendiri masih lagi berpatutan. Malah sesetengah susu kurma yang dijual di pasaran agak manis dan mungkin tak menepati citarasa.
Oleh itu, bagi yang nak buat sendiri susu kurma ikut citarasa sendiri, resepi Kak Fel ini sangat mudah je.
Resepi Mudah Susu Kurma Homemade
Resepi ni yang basic je. Tapi okaylah dan jimat berbanding beli susu kurma ready made tu.
Boleh tambah madu, tambah coklat, tambah badam, kismis etc
Yang pasti susu ni penambah susu ibu juga ya. Okay tengok gambar untuk stepnya.
Potong dua kurma tu, buang biji dan biji tu boleh simpan buat kopi homemade. Ni kakfel mix sikit kurma lulu warna hitam.
Then rendam dalam air panas.. air tu agak agak sama tinggi kurma tu, then tutup biar 30 minit.
Kakfel guna dutch lady full cream.. nak guna jenis susu apa pun boleh.. kalau dapat Susu HL lagi sedap.. Size besar ya susu ni.
Then tuang kurma bersama air rendaman tadi dan sekotak susu besar tu. Blender sampai hancur.
Tadi kan kita tak buang kulit.. so siapa anak-anak suka tanya banyak kalau minuman ada bahan bahan asing. Baiklah tapis.. tapi kalau tak kisah takyah tapis pon takpa okay.
So apa tunggu lagi? Pergi la kerah anak anak buang biji kurma kat rumah tuuu…
Tambahan: rasa dulu sedap idak, kalau manis sangat tambah air ikut citarasa.. kakfel tambah 3 cawan air.. baru sedang-sedang ja manis dia. Sedap weh.
Kredit: Felinna Fattah
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Susu Kurma Homemade Hanya 2 Bahan. Jimat Banyak Berbanding Beli Dalam Kotak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/susu-kurma-homemade-hanya-2-bahan-jimat-banyak-berbanding-beli-dalam-kotak/