Susu Kambing Kisar Dengan Kurma Dan Amalkan Badam Untuk Ikhtiar Hamil
Penah dengar tak petua susu kambing + kurma untuk ikhtiar hamil..k.fiezz lama dah dengar petua ni tapi sejenis tak amik kisah sangat sebelum ni..tapi bila kesedaran umur makin meningkat, baru hegeh2 nak cuba petua ni..actually kat area pejabat k.fiezz ni ada satu kedai ustaz kat blok JKR ada jual susu kambing fresh ni..cuma keberanian k.fiezz untuk mencuba susu kambing ni tak baper nak tinggi..tambah-tambah bila dengar orang cakap minum susu kambing ni panas la..n bla bla...
so baru ni k.fiezz cuba juga susu kambing ni..ada banyak perasa..k.fiezz pilih yang dah dicampur dengan kurma...dia jenis dah sejuk beku so balik rumah, cuma rendam dalam air & biar sampai susu cair..lepas tu minum je...
Rasa dia - okey je, derrr..k.fiezz ni je suka pikir bukan-bukan...tue la suka sangat dengar cakap orang kan..haih...cuma lepas minum botol yang pertama haritu, badan k.fiezz rasa panas..dalam bilik ada aircond pun rasa panas..terjaga tengah malam sebab nak terkucil..ckp kat mr hubby, panas..mr hubby ulang ayat k.fiezz 'panas?'..haha..1st day tu je la..esoknya k.fiezz minum botol kedua..okey je...
harga sebotol ni baper, k.fiezz?RM6.50 uolls...
Ada banyak perasa..k.fiezz pilih yang kurma...
Yang kisar sendiri susu + kurma ni, kat rumah sebelum k.fiezz beli yang dah sesiap macam ni, cuma ada stok kurma & susu fresh (susu lembu)..so k.fiezz kisar je susu fresh + kurma ni je..
CARA BUAT SUSU KURMACara nak buat susu kurma ni senang je..
k.fiezz amik 14 biji kurma (7 biji untuk suami & 7 biji untuk isteri..**buang biji) + kisar dengan susu fresh (susu lembu)..kalau ada susu kambing, guna susu kambing..Lepas kisar halus..bahagi dua cawan..satu untuk k.fiezz..satu untuk mr hubby...
Minum susu + kurma yang dah dikisar ni untuk sekali..esoknya & hari-hari berikut cuma amalkan minum segelas susu & 7 biji kurma..macam k.fiezz tambah makan badam 7 biji..kenapa tambah badam?baca kat bawah...
yang susu tu kalau ada susu kambing, korang guna la susu kambing yea..k.fiezz masa buat ni ada susu fresh (susu lembu) je..
Sebelum minum tu baca selawat & niat dalam hati..lepas tu minum..amik waktu pagi sebelum sarapan...masa perut kosong..good luck yang tengah berusaha untuk hamil...
Petua ni k.fiezz penah baca dulu, isteri Nabil pun pernah cuba masa dorang mencuba untuk anak pertama dorang..dan berjaya..dah nak masuk 3 orang anak dorang..tapi apapun semuanya berbalik pada rezeki dari Allah...kita usaha je..
BADAMsatu lagi..amalkan badam..yang ni ex-kawan pejabat k.fiezz penah kongsi juga masa dia tengah berusaha untuk dapatkan anak ke-2..jarak antara kakak & si adik no.2 jauh ..so dia amalkan badam hari-hari...alhamdulillah berjaya dapat yang no.2 dan berikutnya no.3..
baru ni k.fiezz terbaca ada satu komen kat fb, post petua susu kambing + kurma ni, dan ada someone, kita guna la nickname dia A yang sudi berkongsi juga pasal badam ni...A ni amalkan Susu Kambing + Kurma + Badam selama 3 bulan berturut, & alhamdulillah A berjaya hamil..tengah tunggu hari kalau tak silap...
A yang kongsi pasal ni, dapat petua dari ustaz di kampung dia..ustaz tu beritahu pada mak A sebab tengok si A ni berusaha macam-macam untuk dapat zuriat..Si A cuba petua ni & alhamdulillah berjaya selepas menunggu 9 tahun..
so k.fiezz tengah cuba amalkan..wish me luck..Aamiin...APA FUNGSI SUSU KAMBING + KURMA + BADAMMesti tertanya-tanya kan kenapa susu kambing + kurma + badam?okey, meh story..Susu kambing ni macam kita tahu lah khasiat dia lagi tinggi dan bagus dari susu lembu...dan info dari ustaz yang berikan petua ni, katanya kadang yang susah nak hamil ni sebab ada gangguan jin pada rahim so susu kambing ni musuh pada jin..Jadi kita digalakkan minum susu kambing untuk masalah ini..k.fiezz dpt info dari SINI..
Kurma pula berfungsi untuk kuatkan rahim..Badam yang kaya dengan vitamin E, boleh tingkatkan nafsu seks wanita dan melindungi embrio dari keguguran. Selain ia juga lambat dicerna dalam tubuh, boleh membantu tingkatkan ovulasi & kesuburan wanita. serta mengawal atur hormon dan berikan efek pada hormon yang berkaitan kesuburan wanita..
Ni antara info yang k.fiezz dapat berkaitan kesuburan yang boleh kita cuba untuk hamil..kalau sesapa yang satu geng dengan k.fiezz, boleh la cuba...kalau korang duk di kawasan kampung-kampung, lagi senang nak dapatkan bekalan susu kambing segar..macam k.fiezz yang duk kat area bandar ni, jenuh sikit nak cari stok...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2019/01/susu-kambing-kisar-dengan-kurma-dan-amalkan-badam-untuk-ikthiar-hamil.html