Susu Bayi Juga Saya Sediakan Mulianya Hati Ibu Ni Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu


“Susu Bayi Juga Saya Sediakan..” -Mulianya Hati Ibu Ni, Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu!
Umumnya bagi sesiapa yang hidup dalam kesusahan, bukan semua selesa untuk meminta-minta secara terbuka kepada orang lain. Lantaran itu, bagi kita yang berkemampuan hulurkan lah bantuan walau dengan apa cara sekalipun seikhlas mungkin. Agar kehidupan sesama kita di dunia ini menjadi lebih harmoni.
Ini kisahnya seperti wanita ini yang begitu mulia hatinya dengan mmengambil inisiatif menghulurkan barangan keperluan secara percuma kepada golongan memerlukan dengan mendirikan Pondok Sedekah.
Hebatnya kisah Haslinda Wahab, 40 tahun ini yang menetap di Kuala Nerus, Terengganu merupakan peniaga kedai makan dan sebelum itu merupakan asnaf dan penerima zakat.
Memetik berita yang dikongsikan Sinar Harian, katanya, inisiatif membuka Pondok Sedekah itu adalah sebagai tanda kesyukuran selepas dia berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan berkat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya pernah merasai kesusahan kehidupan sewaktu bergelar ibu tunggal selama 13 tahun sehingga menerima zakat dan bantuan daripada Maidam dan JKM.
“Kehidupan saya mula be­rubah apabila membuka kedai makan dengan pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selepas itu, rezeki saya terus murah apabila bertemu jodoh dengan suami pada tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Maras di sini semalam.
Ujar Haslinda, dia menyediakan barangan keperluan seperti beras lima kilogram, minuman coklat, kicap, minyak, biskut, mi segera dan susu formula bayi di pondok sedekah bersebelahan premis perniagaannya di Pengkalan Maras.
“Susu bayi yang saya sediakan di sini dari jenama Dutch Lady yang biasa digunakan oleh ibu-ibu. Ramai juga yang datang untuk dapatkan susu anak.
“Kalau keluarga anak ramai sekampit beras tu tahan dalam dua tiga hari sahaja. Biasanya mereka yang datang ambil barangan ini kita akan tanya dulu untuk pastikan penerima adalah mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, kesemua barangan keperluan tersebut boleh diambil secara percuma oleh golongan memerlukan.
Dalam pada itu, Haslinda turut mendedahkan pelbagai ujian dilalui orang ramai ketika ini di mana dia sendiri tidak menyangka ada yang seminggu terputus bekalan beras di rumah.

“Saya tak sangka ramai yang datang ke sini sebab rumah tiada beras. Ada yang minta izin ambil beras sebab sudah tiga hari terputus bekalan makanan itu.
“Ada juga yang telah seminggu rumahnya tiada beras. Kalau mampu beli pun beras siap bungkus sikit-sikit dari kedai runcit seberat 1 kilogram (kg) untuk sekali masak.
“Kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini mempunyai ahli keluarga yang ramai mungkin lebih dari lima orang anak.
“Saya bersyukur sebab saya kini mampu membantu untuk meringankan bebanan mereka yang susah. Saya nekad untuk tidak berhenti dan doakan saya dapat teruskan sumbangan ini,” ujarnya.
Haslinda memberitahu, terdapat juga insan pemurah yang ingin turut sama menyumbang dengan menyalurkan wang ringgit bagi membeli barangan yang akan diagihkan di pondok itu.
Alhamdulillah! Moga lebih ramai insan mulia seperti wanita ini tampil sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
 
The post “Susu Bayi Juga Saya Sediakan..” -Mulianya Hati Ibu Ni, Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susu-bayi-juga-saya-sediakan-mulianya-hati-ibu-ni-bina-pondok-sedekah-bantu-keluarga-kurang-mampu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Sewaktu Susukan Bayi Elak Makanan Ini Tak Boleh Bedal Sesuka Hati

Ibu Sewaktu Susukan Bayi Elak Makanan Ini Tak Boleh Bedal Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 184 hits
sebenarnya makan untuk dua orang sama juga seperti ibu mengandung Ini adalah beberapa jenis makanan berangin yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kembung perut alahan dan sebagainya Bukan hanya dalam tempoh berpantang sahaja ibu ib...
Dengan Modal Kecil Ibu Ibu Rt Desa Bagorejo Banyuwangi Ternak Jangkrik Untuk Tambahan Ekonomi Keluarga

Dengan Modal Kecil Ibu Ibu Rt Desa Bagorejo Banyuwangi Ternak Jangkrik Untuk Tambahan Ekonomi Keluarga

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 154 hits
Secara berkelompok Ibu ibu di Banyuwangi bersama warga lingkungan sekitar ternak jangkrik yang hasilnya bisa menambah ekonomi keluarga
Ksp Soal Keluarga Jokowi Dilaporkan Ke Kpk Terkait Dugaan Nepotisme Hati Hati Asumsi Tanpa Bukti

Ksp Soal Keluarga Jokowi Dilaporkan Ke Kpk Terkait Dugaan Nepotisme Hati Hati Asumsi Tanpa Bukti

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 239 hits
Laporan dilayangkan Koordinator Tim Pembela Demokrasi Indonesia Erick Samuel kepada Pimpinan KPK pada Senin
Membongkar Yayasan Keluarga Dalam Kasus Kematian Ibu Dan Anak Di Subang

Membongkar Yayasan Keluarga Dalam Kasus Kematian Ibu Dan Anak Di Subang

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 169 hits
Kuasa hukum salah satu tersangka menduga yayasan keluarga menjadi penyebab pembunuhan sadis terhadap Tuti dan Amalia
Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 187 hits
Ibu bapa wajib membiasakan anak untuk duduk di dalam car seat Sebaik diletakkan anak sudah mula meronta ronta menangis kerana ingin sentiasa berdampingan dengan ibunya Kemahiran inilah yang perlu dipraktikkan ibu bapa agar anak berasa lebih...
Ibu Bapa Kalau Tak Mahu Anak Makin Keras Hati Jauhi Perkara Perkara Ini

Ibu Bapa Kalau Tak Mahu Anak Makin Keras Hati Jauhi Perkara Perkara Ini

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 219 hits
Ibu Bapa Kalau Tak Mahu Anak Makin Keras Hati Jauhi Perkara perkara Ini Mendidik anak adalah tanggungjawab yang penting dan kompleks Kasih sayang merupakan aspek penting dalam mendidik anak Luangkan masa untuk bermain berbual dan menunjukka...
Kelebihan Pemanas Botol Susu Bayi

Kelebihan Pemanas Botol Susu Bayi

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 234 hits
Kelebihan Pemanas Botol Susu Bayi Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang marilah sama sama kita m...
3 Cabaran Biasa Penyusuan Susu Ibu

3 Cabaran Biasa Penyusuan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum wbt Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi selepas melahirkan anak Walau bagaimanapun bagi ibu yang pertama kali proses penyusuan mungkin ada sedikit cabaran Namun begitu ia boleh diatasinya sekiranya proses penyusuan i...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia