Ibu Sewaktu Susukan Bayi Elak Makanan Ini Tak Boleh Bedal Sesuka Hati


Ibu menyusukan bayi sebenarnya makan untuk dua orang, sama juga seperti ibu mengandung. Ini adalah beberapa jenis makanan berangin yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kembung perut, alahan dan sebagainya.
Bukan hanya dalam tempoh berpantang sahaja ibu-ibu mesti jaga makanan yang dimakan tetapi juga ketika menyusukan. Tidak boleh main ‘bedal’ sesuka hati, kelak nanti anak meragam.
Apabila menyusukan bayi, ibu-ibu secara automatik akan lebih peka dan selektif dengan makanan yang dimakan setiap hari. Bimbang jika tersalah makan akan memberi kesan pada bayi terutama bayi di bawah usia
Kredit foto: Freepik Ibu Sewaktu Susukan Bayi, Elak Makanan Ini 1. Kopi
Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesaiannya adalah mengurangkan minuman yang berkafein (atau elakkan terus kalau boleh), jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.

2. Coklat
Ramai orang menggemari coklat. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuatkan bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Jika anda nampak perubahan yang positif pada bayi anda, teruskan elak daripada memakannya atau kurangkan kuantitinya.
3. Buah-buahan sitrus
Di dalam buah-buahan sitrus seperti orange dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam, muak banyak dan juga terjadi ruam lampin. Jika anda rasa mengurangkan atau mengelakkan buah-buahan sitrus satu langkah yang baik demi kesejahteraan bayi anda, gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan vitamin C dalam pemakanan anda seperti betik dan mangga.
4. Makanan pedas dan berempah
Setengah ibu boleh makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya. Jika anda mendapati bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.

5. Kacang
Adakah anda atau ahli keluarga lain mempunyai alahan kepada makanan? Anda perlu berjaga-jaga sebelum memasukkan kacang ke dalam pemakanan anda. Jika anda memakan kacang dan bayi juga sensitif atau alah, anda mungkin perasan simptom seperti berikut: kemerahan, eczema dan hidung tersumbat.
6. Makanan bergandum
Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu bayi anda dan mengakibatkan bayi anda mendapat simptom berikut: menangis tidak berhenti, atau najis berdarah, ini mungkin menunjukkan bayi anda sensitif kepada makanan yang mengandungi gandum.
Untuk memastikan itu adalah alahan, hindari makanan yang mengandungi gandum selama 2-3 minggu. Jika simptom yang terdapat pada bayi anda mula menunjukkan tanda positif, anda mungkin perlu terus elakkan makanan bergandum.
7. Produk tenusu
Simptom alahan kepada produk tenusu (susu, yoghurt, ais krim) adalah seperti berikut: colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema. Jika produk tenusu menyebabkan anak anda mendapat simptom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu untuk memastikan alahan terjadi disebabkan produk tenusu.

Tak Boleh ‘Bedal’ Sesuka Hati 8. Makanan laut/kerang
Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadap alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan tanda-tanda. Dalam erti kata lain, jika bapa anak anda mempunyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan kerang, anda mungkin ingin mengelakkan kerang ketika penyusuan badan sebagai langkah berjaga-jaga.
9. Telur
Alahan telur (biasanya putih telur) adalah perkara biasa pada kanak-kanak. Tetapi oleh kerana telur tersembunyi dalam pelbagai jenis makanan, daripada roti dan makanan ringan, mungkin agak sukar untuk menentukan sumbernya.
Ibu-ibu boleh mencuba cara ini iaitu, mengelakkan semua makanan yang paling kerap memberi alahan sekaligus (bahan-bahan tenusu, soya, telur, gandum, kacang, dan kerang). Selepas dua minggu, setiap makanan alahan ditambah kembali satu demi satu,  untuk menilai alahan pada si anak.

10. Makanan berasaskan kacang soya
Ramai kanak-kanak yang alah terhadap produk tenusu (dairy intolerance) juga menunjukkan tanda-tanda alahan soya. Jika anda mengesyaki soya dalam diet anda menyebabkan masalah kepada bayi, periksa jenis soya yang anda makan.
“Soy protein isolate“, soya yang diproses ditemui dalam protein shake dan banyak makanan lain, mungkin lebih cenderung untuk mencetuskan alahan kepada anak anda. Sebaliknya makanan seperti sup miso dan tempe, boleh diterima oleh bayi anda tanpa banyak masalah.
11. Peppermint (Pudina)
Anda suka teh pudina? Malangnya, sebatian tertentu dalam herba ini boleh mengurangkan bekalan susu anda, terutamanya jika anda minum beberapa cawan sehari. Menurut pakar herba,  ‘peppermint tea’ sering digunakan sebagai ubat holistik bagi membantu memberhentikan pengeluaran susu badan jika anak anda sudah bercerai susu.
12. Kobis
Ada beberapa jenis sayuran hijau, terutamanya sayuran seperti kobis, brokoli, tauge dan asparagus. Ada bayi yang tidak serasi akan berasa ‘angin’ atau kembung selepas anda memakan sayuran jenis ini.
Jadi apa yang anda boleh minum? Cuba secawan teh “chamomile”. Sebatian dalam “chamomile” yang masuk ke dalam susu anda mungkin mempunyai kesan yang menenangkan bayi anda dan juga anda! Gula-gula pudina dan ubat batuk menthol juga hendaklah digunakan secara sederhana kerana kedua-duanya mengandungi minyak peppermint yang pekat.
Kredit foto (top Image): Freepik 
Baca artikel yang berkaitan di sini: Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu, Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak
Ibu Menyusu, Kalau Nak Ambil Ubat Kena Tahu Dos Yang Tepat
 
 
The post Ibu Sewaktu Susukan Bayi, Elak Makanan Ini , Tak Boleh ‘Bedal’ Sesuka Hati appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-sewaktu-susukan-bayi-elak-makanan-ini-tak-boleh-bedal-sesuka-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tidak Boleh Hantar Tentera Sesuka Hati Utk Berperang

Malaysia Tidak Boleh Hantar Tentera Sesuka Hati Utk Berperang

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 153 hits
Malaysia tidak boleh sewenang wenang hantar pasukan tentera ke Gaza Pimpinan ATM minta PMX sampaikan kepada Rakyat supaya berlaku adil terhadap Angkatan Tentera Diraja Malaysia Apa yg ramai tak tahu dan tidak diperjelaskan oleh PMX mahupun ...
Susu Bayi Juga Saya Sediakan Mulianya Hati Ibu Ni Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu

Susu Bayi Juga Saya Sediakan Mulianya Hati Ibu Ni Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 194 hits
Susu Bayi Juga Saya Sediakan Mulianya Hati Ibu Ni Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu Umumnya bagi sesiapa yang hidup dalam kesusahan bukan semua selesa untuk meminta minta secara terbuka kepada orang lain Lantaran itu bagi kita...
Saya Benci Ibu Bapa Harap Balasan Buruk Pada Anak Anak Anak Tak Boleh Pilih Siapa Ibu Bapa Mereka

Saya Benci Ibu Bapa Harap Balasan Buruk Pada Anak Anak Anak Tak Boleh Pilih Siapa Ibu Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 257 hits
Baru baru ini di laman Twitter seorang aktivis serta merupakan seorang peguam iaitu Asiah Abdul Jalil tampil memberi pandangannya mengenai isu 8216 panas 8217 yang sedang berlaku dalam keluarga penyanyi popular Shila Amzah Difahamkan dalam ...
Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa Kalau Marah Anak Ada Pantang Larang Elak Buat

Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa Kalau Marah Anak Ada Pantang Larang Elak Buat

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 166 hits
Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa Kalau Marah Anak Ada Pantang Larang Elak Buat Ada masanya ibu bapa tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak anak Sesetengah ibu bapa ada yang suka pendekatan bertegas santai tinggi disiplin atau ...
10 Jenis Makanan Ini Anda Kena Elak Daripada Simpan Dalam Peti Ais

10 Jenis Makanan Ini Anda Kena Elak Daripada Simpan Dalam Peti Ais

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 221 hits
1 Ubi KentangUbi kentang akan merasa gembira jika anda menyimpan ia di tempat yang kering dan gelap Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentan...
Tmj Anwar Perlu Lebih Tegas Tak Boleh Jaga Hati Semua

Tmj Anwar Perlu Lebih Tegas Tak Boleh Jaga Hati Semua

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 225 hits
Chia Wan RouPETALING JAYA Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu lebih tegas dalam membuat keputusan membabitkan kepentingan negara Memang niat nak buat sesuatu itu ada tapi dia perlu lak...
Syarikat Buat Tayar Tapi Boleh Jadi Juri Bagi Rating Makanan Ini Kisah Sebenar Perniagaan Michelin

Syarikat Buat Tayar Tapi Boleh Jadi Juri Bagi Rating Makanan Ini Kisah Sebenar Perniagaan Michelin

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 184 hits
Jika anda seorang pencinta makanan sudah tentu anda pernah mendengar tentang Panduan Michelin dan Bintang Michelin kan Panduan Michelin merujuk kepada siri ulasan makanan yang disediakan oleh restoran di seluruh dunia setiap tahun dan ulasa...
Pemuda Ini Suap Makanan Pada Burung Gagak Undang Persoalan Netizen Boleh Bela Ya Burung Gagak

Pemuda Ini Suap Makanan Pada Burung Gagak Undang Persoalan Netizen Boleh Bela Ya Burung Gagak

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 455 hits
Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sedang makan di sebuah restoran mamak sambil menyuap seekor burung gagak telah tular di media sosial Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok lilgoddanny dan kejadian itu dipercayai...
Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

Ibu Bapa Biasakan Anak Duduk Dalam Car Seat Kentalkan Hati Bila Anak Menangis

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 170 hits
Ibu bapa wajib membiasakan anak untuk duduk di dalam car seat Sebaik diletakkan anak sudah mula meronta ronta menangis kerana ingin sentiasa berdampingan dengan ibunya Kemahiran inilah yang perlu dipraktikkan ibu bapa agar anak berasa lebih...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir