Susu Baik Untuk Tulang Adalah Mitos Kena Tahu Risiko Minum Terlebih Susu Ini


Susu merupakan sejenis minuman yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, semua itu merupakan sesuatu yang selalu kita dengar menerusi iklan yang ditayangkan di kaca televisyen. Hakikatnya, sejauh manakah kebenaran tentang faedah minum susu? Adakah ia boleh mengelakkan penyakit osteoporosis atau tulang rapuh?
Semua orang tahu, susu mengandungi kalsium yang dapat mengekalkan kekuatan tulang. Oleh sebab itu, secara logiknya, minum susu sudah pastilah dapat mengelakkan penyakit osteoporosis.
Walau bagaimanapun, menurut sebuah kajian pada tahun 2014 oleh Michaëlsson, et al., minum terlalu banyak susu sebenarnya boleh membawa mudarat kepada kesihatan!

Berapa banyak susu yang boleh saya minum?Menurut kajian tersebut, terlalu banyak minum susu (lebih daripada 3 gelas sehari) bukan sahaja dapat meningkatkan risiko kematian, ia juga membuatkan tulang anda lebih mudah untuk mengalami keretakan.
Malah, wanita yang dilaporkan minum lebih daripada 3 gelas susu sehari juga mempunyai risiko kematian sebanyak 2 kali ganda berbanding wanita yang hanya minum segelas susu.
Walau bagaimanapun, kaum Adam tidak terkesan dengan perkara ini seperti kaum Hawa. Namun, lelaki yang gemar minum susu yang banyak juga menunjukkan peningkatan dalam kes kematian.
Tapi, bukankah minum susu baik untuk kesihatan tulang?
Perkara ini mungkin tidak benar jika anda mengambil terlalu banyak susu. Malah, faedahnya juga akan hilang dan ia tidak mampu lagi untuk melindungi pengamalnya daripada menghidap tulang rapuh ataupun keretakan tulang.
Susu merupakan sumber utama sejenis gula yang dikenali dengan nama D-galactose. Menurut beberapa eksperimen yang dijalankan terhadap haiwan, pendedahan terhadap terlalu banyak D-galactose adalah berbahaya kepada kesihatan.
Malah, dos D-galactose yang rendah juga menunjukkan kesan yang seakan-akan penuaan di dalam kalangan haiwan, termasuklah jangka hayat yang lebih pendek, inflamasi kronik dan juga degenerasi neuron.
Bersederhana ketika minum susuMenurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal, keretakan tulang pinggul paling banyak berlaku di negara yang mempunyai pengambilan kalsium yang tertinggi.
Malah, wanita yang minum 3 gelas susu ke atas setiap hari mempunyai penambahan risiko sebanyak 60% untuk menghidap keretakan tulang pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, mengapa kita diberitahu sejak kecil untuk minum susu sebagai sesuatu yang sihat?
Sebenarnya, jika diambil secara sederhana, susu dapat melindungi kita daripada penyakit kronik. Malah, pengambilan secawan susu sehari sudah cukup untuk memenuhi rekomendasi nutrisi harian.
Menurut Cleaveland Clinic, jika anda inginkan tulang yang sihat, elakkan minum susu lebih daripada 1 gelas sehari.
Jika anda seorang penggemar susu, sudah tentulah anda akan rasa risau tentang penemuan ini. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Michaëlsson, et al. masih mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri.
Disebabkan kajian ini memerlukan pesertanya untuk melakukan anggaran jumlah susu yang diminum dalam masa setahun, dapatannya mungkin tidaklah setepat yang disangka. Malah, bukti yang sedia ada juga belum cukup untuk melakukan sebarang kesimpulan.
Kepentingan vitamin D dalam diet seharianUntuk mendapatkan tulang yang sihat, anda perlulah mengambil diet yang kaya dengan vitamin D dan kalsium.
Kalsium sudah lama dikaitkan dengan kesihatan tulang. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kebaikan vitamin D yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium.
Vitamin D – yang turut dikenali sebagai sunshine vitamin dihasilkan selepas badan terdedah kepada pancaran matahari. Vitamin ini penting untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat serta meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus di dalam badan.
Tanpa vitamin D yang mencukupi, tulang boleh menjadi rapuh dan halus. Malah, pembentukan tulang baharu juga akan terhenti. Vitamin D juga dapat melindungi warga emas daripada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.
Selain minum susu, ada banyak lagi makanan yang kaya dengan kalsium.
Sebagai contoh, keju, yogurt, soya, brokoli, buah oren, sardin dan salmon. Semua makanan ini boleh menjadi pengganti susu jika anda risau mengenai pengambilan susu yang berlebihan.
KesimpulanBerdasarkan penjelasan di atas, tidak ada masalah jika anda ingin meneruskan pengambilan susu. Walau bagaimanapun, mungkin faedah minum susu tidaklah sebesar yang anda harapkan.
Selain susu, ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan osteoporosis dan menguatkan tulang.
Sebagai contoh, bersenam, mengambil vitamin D yang mencukupi dan makan secara sihat dapat membantu pembentukan tulang yang kuat.
Ingin mengambil suplemen vitamin D? Tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukan konsultasi bersama doktor atau ahli farmasi yang bertugas jika anda ingin mencuba suplemen baharu.


hellodoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/08/susu-baik-untuk-tulang-adalah-mitos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mitos Lobak Merah Baik Untuk Mata Sebenarnya Betul Rugi Tak Masukkan Dalam Makanan Anak

Mitos Lobak Merah Baik Untuk Mata Sebenarnya Betul Rugi Tak Masukkan Dalam Makanan Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 286 hits
Lobak merah dan mata adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama Malahan ia menjadi kepercayaan kebanyakan mommies di luar sana Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan Propaganda lobak merah Lobak lazimnya dikatakan sebagai 1 ...
Garam Itu Adalah Penawar Kepada 70 Jenis Penyakit

Garam Itu Adalah Penawar Kepada 70 Jenis Penyakit

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 509 hits
Garam Itu Adalah Penawar Kepada 70 Jenis Penyakit Garam adalah salah satu bahan penambah perisa dalam segala masakan jika tak letak garam maka tak sedaplah masakan tersebut Garam menyeimbangkan rasa masakan jadi lebih sedap dan rasa berlema...
Keputusan Melabur Ada Lah Urusan Di Ibu Pejabat Infineon Di Jerman Dan Projek Ini Adalah Projek Kerajaan Persekutuan

Keputusan Melabur Ada Lah Urusan Di Ibu Pejabat Infineon Di Jerman Dan Projek Ini Adalah Projek Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 495 hits
Penyokong PN tengah riuh pasal Infineon Kata ini semua kerja Sanusi dan Infineon dah lama di Kedah Kepada penyokong PN jangan teruja lebih Segala projek dalam Kulim Hi Tech adalah di bawah Kerajaan Persekutuan termasuklah pelaburan terdahul...
Kemenangan Ph Umno Di Selangor Adalah Kemenangan Bersama Kumpulan Korup

Kemenangan Ph Umno Di Selangor Adalah Kemenangan Bersama Kumpulan Korup

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 166 hits
agendaily com04 08 2023Kerajaan campuran yang terdiri daripada UMNO dan DAP Pakatan Harapan menggunakan naratif kononnya kemenangan di Selangor adalah bukti kejayaan sebuah kerajaan campuran bersama UMNO di peringkat Persekutuan namun itu b...
Kalau Ikut Sejarah Yang Selalu Khianat Makan Kawan Adalah Pas

Kalau Ikut Sejarah Yang Selalu Khianat Makan Kawan Adalah Pas

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 244 hits
Kalau ikut sejarah yang selalu mengkhianat tu PAS Yang buatkan PR berpecah tu PAS sebab tergilakan UMNO masa tu Lepas cerai dengan PR buat pulak Muafakat Nasional bersama UMNO Selepas Langkah Sheraton bila Bersatu bagi offer baik punya dia ...
Selain Kelantan Pilihan Kedua Tun Mahathir Ditawar Bertanding Adalah Di Melaka

Selain Kelantan Pilihan Kedua Tun Mahathir Ditawar Bertanding Adalah Di Melaka

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 364 hits
Berikutan artikel yang saya tulis semalam mengenai wujudnya rancangan untuk menjadikan Tun Mahathir Mohamad kembali sebagai Ahli Parlimen dengan meletakkan beliau bertanding di Kelantan selepas berakhirnya PRN ini seseorang yang berada dala...
Saya Jenis Sooyoung Akui Tempoh Berseronok Sebelum Bercinta Adalah Penting

Saya Jenis Sooyoung Akui Tempoh Berseronok Sebelum Bercinta Adalah Penting

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 186 hits
Umum pasti mengetahui bahawa Choi Soo young sedang menjalinkan hubungan dengan Jung Kyung ho sekarang kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 8 Ogos pelakon utama Not Others iaitu Jeon Hye jin dan Choi Soo young telah tampil dalam video temu bua...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Mencari Password Yang Di Simpan Dalam Browser Anda

Repair Grub

Heartbleed Hacking With Metasploit And Test With Nmap

Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

Random Sangat Anak Ni Gelagat Spontan Si Kecil Buat Ramai Terhibur