Selain Kelantan Pilihan Kedua Tun Mahathir Ditawar Bertanding Adalah Di Melaka




Berikutan artikel yang saya tulis semalam mengenai wujudnya rancangan untuk menjadikan Tun Mahathir Mohamad kembali sebagai Ahli Parlimen dengan meletakkan beliau bertanding di Kelantan selepas berakhirnya PRN ini, seseorang yang berada dalam “circle” Proklamasi Orang Melayu atau POM telah menghubungi saya melalui telefon.


Pada mulanya saya ingat dia ingin meluahkan rasa tidak puas hati dengan penulisan tersebut, tetapi rupa-rupanya mahu memberi maklumat tambahan.


Orang berkenaan berkata, apa yang saya tulis itu tidak berapa lengkap.


Lalu saya bertanya – yang lengkapnya bagaimana?


Beliau mengakui memang wujud rancangan untuk menjadikan Tun Mahathir kembali semula sebagai Ahli Parlimen.


Katanya, ini kerana peranan Tun Mahathir dalam usahanya untuk bersama-sama dengan blok pembangkang bagi menjatuhkan Anwar hanya akan berkesan jika bekas Perdana Menteri itu berstatus Ahli Parlimen.


“Tanpa kedudukan sebagai Ahli Parlimen, keyakinan orang ramai kepada Tun Mahathir tidak cukup kukuh.


“Dengan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, keyakinan itu secara automatik akan menjelma kerana ketika ini hanya Tun Mahathir dirasakan mampu mentadbir negara ini dengan baik,” ujar beliau.


Menurut beliau, tidak dinafikan negeri Kelantan adalah pilihan yang dibincangkan untuk Tun Mahathir bertanding semula dan sudah ada Ahli Parlimen Pas yang sedia untuk mengosongkan kerusinya bagi tujuan itu.


“Negeri Kelantan menjadi pilihan kerana ia dilihat sesuai dengan jiwa serta dasar perjuangan Tun Mahathir mengenai penyatuan Melayu berikutan negeri itu 99 peratus penduduknya adalah Melayu,” tambahnya lagi.


Namun, jelas orang kuat POM itu lagi, ada juga kawasan Parlimen di negeri lain yang menjadi pertimbangan sebagai pilihan kedua bagi Tun Mahathir tandingi.


Setakat ini, katanya, kerusi Parlimen Jasin di Melaka adalah pilihan kedua yang paling hampir untuk diberi laluan kepada Tun Mahathir bertanding, selain perancangan asal di Kelantan.


Tambahnya, di samping Kelantan yang hampir pasti mampu dimenangi dengan mudah oleh Tun Mahathir, Jasin juga dipercayai tiada masalah bagi bekas Perdana Menteri dua kali itu beroleh kemenangan.


“Lagi pun, apabila Tun Mahathir bertanding di situ, orang akan faham tujuannya ialah untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri.


“Mustahil orang Jasin dan Melaka menolak kehadiran seorang bakal Perdana Menteri untuk menjadi wakil rakyat mereka,” kata orang kuat POM itu dengan penuh yakin.


Sebagai makluman, kerusi Parlimen Jasin dimenangi oleh PN pada PRU15 lalu melalui calon Pas, Zulkifli Ismail yang berjaya menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon BN, Roslan Ahmad, calon PH, Harun Mohamed serta calon Pejuang, Mohd Daud Nasir


Kemenangan Zulkifli yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka, sekaligus menyaksikan Jasin buat pertama kali jatuh ke tangan pembangkang selepas kawasan itu dikenali sebagai kubu BN sejak merdeka lagi.


Mungkinkan Jasin bakal mencipta sejarah sekali lagi dengan beroleh Perdana Menteri pula? – ShHbbudinHusin 31/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/selain-kelantan-pilihan-kedua-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Calon Pm Sekali Lagi Bakal Bertanding Di Kelantan Selepas Prn

Tun Mahathir Calon Pm Sekali Lagi Bakal Bertanding Di Kelantan Selepas Prn

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 340 hits
Di ketika pemimpin pemimpin PH begitu yakin kerajaan perpaduan tidak akan tergugat meski apa pun keputusan PRN pada 12 Ogos nanti malah Anwar Ibrahim sendiri menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan pimpinannya adalah kukuh stabil serta sukar ...
Anwar Kakistokkrasi Kata Tun Mahathir Yang Berbaju Hijau Berlambangkan Bendera Kelantan

Anwar Kakistokkrasi Kata Tun Mahathir Yang Berbaju Hijau Berlambangkan Bendera Kelantan

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 391 hits
Berpuluh tahun anwar dan mahathir berkelahi dan pelbagai cara digunakan mahathir untuk menyekat anwar menjadi perdana menteri Pelbagai laungan rasuah penyelewengan kononnya beratus juta berbillion ringgit dengan dakyah kleptokrasi kolaboras...
Semoga Pilihan Terakhir Mahathir

Semoga Pilihan Terakhir Mahathir

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 187 hits
Semoga Tun Dr Mahathir bin Mohamad segera memilih Pas sebagai parti terakhir dalam perjuangannya
Pn Kian Terdesak Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan Pas Kini Didukung

Pn Kian Terdesak Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan Pas Kini Didukung

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 520 hits
GUA MUSANG Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah kumpulan terdesak sehingga terpaksa sepentas dengan Perikatan Nasional Perdana Menteri mendakwa sebelum ini Dr Mahathir adalah individu yang paling kejam te...
Masih Berbisakah Tun Mahathir

Masih Berbisakah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 220 hits
Parti politik tidak boleh memandang rendah terhadap pengaruh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mendapatkan sokongan terutamanya orang Melayu kepada Perikatan Nasional menjelang pilihan raya negeri di enam negeri bulan depa...
Dari Kelantan Ke Selangor Mahathir Sertai Hadi Satukan Melayu

Dari Kelantan Ke Selangor Mahathir Sertai Hadi Satukan Melayu

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 261 hits
Alyaa AlhadjriMenjelang permulaan kempen enam pilihan raya negeri pada hujung minggu ini bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang memilih Selangor kubu Pakatan Harapan sebagai pentas penampilan bersama kal...
Mahkamah Agung Maldives Larang Bekas Presiden Bertanding Dalam Pilihan Raya

Mahkamah Agung Maldives Larang Bekas Presiden Bertanding Dalam Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 276 hits
Mahkamah Agung Maldives larang bekas presiden bertanding dalam pilihan raya Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada
Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

Dulu Pecah Belahkan Melayu Dan Kini Pecah Belahkan Malaysia Tindakan Tegas Sudah Wajar Diambil Terhadap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 266 hits
Orang yang hilang kuasa kadang kadang perangainya lebih kurang sama saja macam mereka yang putus cinta Mereka cenderung berkelakuan luar biasa tidak dijangka dan berbeza dengan kebiasaan yang dilalui ketika cinta belum membawa luka Dalam ke...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhi Orang Yang Jenis Play Victim Panduan Lengkap Untuk Melindungi Diri

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia