Kemenangan Ph Umno Di Selangor Adalah Kemenangan Bersama Kumpulan Korup


agendaily.com04/08/2023
Kerajaan campuran yang terdiri daripada UMNO dan DAP.
Pakatan Harapan (PH) menggunakan naratif kononnya kemenangan di Selangor adalah bukti kejayaan sebuah kerajaan campuran bersama UMNO di peringkat Persekutuan, namun itu bukan realiti yang sebenar.

Sebaliknya kemenangan PH bersama UMNO di Selangor adalah kemenangan bersama kumpulan korup yang bersekongkol mengabaikan prinsip yang selama ini diperjuangkan tetapi digadaikan oleh pemimpin mereka asalkan dapat berkuasa dan jawatan semata-mata.

Lihat apa yang berlaku di peringkat kerajaan Persekutuan, seorang yang mempunyai 47 kes rasuah dan naik turun mahkamah diberikan jawatan tinggi dalam kerajaan campuran oleh Perdana Menteri.

Malah, tiada langsung rasa segan silu atau malu kepada rakyat yang menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu apabila boleh duduk bersama dengan musuh yang mereka gelar sebagai ‘Hoi Ya Hoi’ atau penyamun dalam kempen-kempen sebelum ini.

Lebih mengecewakan adalah apabila pemimpin PH pula dilihat seakan berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan dan menyucikan UMNO yang sebelum ini mereka dakwa penyamun terbesar merompak hasil negara dan terpalit dengan banyak kes rasuah.

Dalam ceramah dan kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN), kempen PH tertumpu ke arah untuk membela dan mempertahankan rakan politik baharu mereka, UMNO yang diketahui umum terpalit banyak dengan skandal salah guna kuasa dan rasuah.

Jika sebelum ini UMNO berjaya ditendang keluar daripada menjadi parti pemerintah di Selangor pada 2008, kini PH nampaknya sedang berusaha keras untuk memastikan UMNO kembali menjadi sebahagian dalam kerajaan negeri tersebut.

Sudah tiga penggal kerajaan negeri Selangor diperintah tanpa kehadiran wakil UMNO, tetapi kini bersama kerajaan campuran nampaknya PH jika menang PRN nanti bakal membentuk sebuah pentadbiran dipenuhi dengan kumpulan penyamun yang sebelum ini mereka sendiri beri gelaran.

Sepanjang tiga penggal memerintah, kerajaan negeri Selangor diperintah dengan aman dan tanpa terpalit dengan skandal rasuah yang besar, malahan hasil dan rizab juga semakin meningkat berbanding semasa UMNO memerintah sebelum 2008.

Namun, senario politik sudah berubah selepas terbentuknya kerajaan campuran PH-UMNO di peringkat Persekutuan dan bakal berkongsi kuasa dengan rakan politik baharu yang mereka anggap seteru sebelum ini.

Walaupun UMNO hanya memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa PRU-14 lalu, namun dalam rundingan kerusi kali ini mereka berjaya mendapat jumlah kerusi yang lebih banyak untuk ditandingi sebanyak 12 kerusi.

Jika UMNO berjaya memenangi ke semua 12 kerusi DUN Selangor, ia secara tidak langsung bakal menyaksikan parti itu juga menjadi dominan dalam kerajaan negeri.

Apabila mempunyai banyak kerusi yang dimenangi selepas PRN nanti, sudah semestinya PH juga terpaksa akur dan memberi lebih banyak jawatan kepada UMNO dalam pembentukan kerajaan negeri Selangor nanti.

Malah, pemimpin akar umbi juga pastinya mengintai jawatan ahli majlis dan juga anak syarikat negeri untuk mereka dilantik sekiranya menang PRN bersama PH nanti.

Apabila menjadi rakan kongsi dengan PH, UMNO kini mempunyai peluang untuk kembali berada dalam kerajaan negeri selepas tiga penggal hanya menjadi pembangkang di negeri tersebut.

Sebelum ini, seorang pemimpin lama DAP Selangor, Tony Pua sendiri mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama dengan UMNO yang dianggap sebagai pakatan ‘korup’ selepas membentuk kerajaan campuran.

Dalam konteks PRN Selangor kali ini, sekiranya PH-UMNO memenangi banyak kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri, ia juga bermakna kemenangan bersama dengan kumpulan korup yang sebelum ini ditentang rakyat di Selangor.

Terpulang kepada pengundi Selangor untuk membuat keputusan pada 12 Ogos ini, mereka boleh memilih untuk terus menyokong PH pada PRN nanti dan melihat kembali kerajaan negeri diperintah dan ditadbir bersama dengan parti korup yang sebelum ini mereka tendang keluar.

Pilihan di tangan rakyat Selangor, sama memilih sebuah kerajaan PH-UMNO atau menghalang sebuah pakatan korup di Selangor dengan memilih gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negeri tersebut selepas PRN 12 Ogos ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/kemenangan-ph-umno-di-selangor-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerusi Mb Selangor Confirm Milik Umno Jika Bersama Pn Kata Noh

Kerusi Mb Selangor Confirm Milik Umno Jika Bersama Pn Kata Noh

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 320 hits
malaysiakini comBekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyindir kepimpinan parti kerana hanya bertanding di 12 kerusi pada pilihan raya negeri Selangor pada 12 Ogos ini Berucap pada majlis Perikatan Nasional di Tanjong Karang malam tadi di...
Selangor Umno Chief Jibes Pas Giving Up Malay Seat To Gerakan

Selangor Umno Chief Jibes Pas Giving Up Malay Seat To Gerakan

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 211 hits
Selangor Umno chief Megat Zulkarnain Omardin today chided Perikatan Nasional over its claim that BN s cooperation with Pakatan Harapan will cause Malays and Islam to be oppressed Instead he said the six state elections has shown the opposit...
101 Kes Rasuah Digugur Oleh Pn Jangan Kata Umno Korup

101 Kes Rasuah Digugur Oleh Pn Jangan Kata Umno Korup

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 264 hits
ADRIAN LIM CHE AN PN dakwa PH mensucikan UMNO Itu tak betul Faktanya PN dah lama sucikan UMNO Takkan Abah dah lupa 1 MUSA AMAN 46 pertuduhan terhadap Musa Aman telah digugur pada Jun 2020 semasa Muhyiddin PM 2 TENGKU ADNAN Tengku Adnan tela...
Cheng Hoe Dedah Punca Kekalahan Selangor Fc

Cheng Hoe Dedah Punca Kekalahan Selangor Fc

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 219 hits
SOMERVILLE mendakap bola sambil diasak pemain JDT Silveira Da Silva pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim FOTO Bernama JDT kecewakan Selangor FC Cheng Hoe dedah punca kekalahan Selangor FC PENGENDALI Selangor FC Tan Cheng Hoe...
Poaching Bn Supporters Main Priority For Pn In Selangor

Poaching Bn Supporters Main Priority For Pn In Selangor

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 358 hits
ANALYSIS Perikatan Nasional has launched an aggressive campaign to take on Pakatan Harapan in its stronghold of Selangor However a cursory look at how Selangor voters behaved during the 15th general election would suggest that if all things...
Selangor Voters Can T View State Election As Experiment

Selangor Voters Can T View State Election As Experiment

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 213 hits
Datuk Megat Zulkarnain Omardin said BN together with its partner Pakatan Harapan offered continued development and a better future to the people of Selangor in line with its position as the ruling coalition at both federal and state levels ...
Selangor Cancels Pjd Link Project Approved By Ismail Sabri Cabinet

Selangor Cancels Pjd Link Project Approved By Ismail Sabri Cabinet

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 185 hits
Caretaker Selangor menteri besar Datuk Seri Amirudin Shari today announced the cancellation of the proposed Petaling Jaya Dispersal Link that was approved by the previous federal government under the prime ministership of Datuk Seri Ismail ...
Ekonomi Unggul Pendidikan Berkualiti Keutamaan Selangor

Ekonomi Unggul Pendidikan Berkualiti Keutamaan Selangor

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 253 hits
Teras pertama dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Selangor menumpukan kepada ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti Hal itu kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor akan mampu menghasilkan modal insan terbaik dan memberi tenaga kerja berkua...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik