Susahnya Memohon Tanah Di Pahang
Admin sekadar berkongsi luahan rasa kisah seorang anak watan Negeri Pahang. Bangaimana sukarnya untuk memohon tanah apatah lagi untuk memilik tanah di Negari Pahang ini. Jom sama-sama kita ikuti kisah didalam artikelnya. Kredit pada penulis : Isma Nazom Bin Abdul Hamid
1. Siapa pernah memohon tanah di negeri Pahang tetapi tak pernah berjaya, angkat tangan.
2. Pemohon 06, ibu bapa 06, atuk nenek 06, zaman sebelum atuk nenek belum ada sistem 06, kalau tidak 06 juga ic moyang kita.
3. Seketika dahulu seorang rakyat Pahang layak memohon sejumlah 6 ekar, sekarang turun 3 ekar sahaja. Layak memohon tahu tak, bukan layak mendapat.
4. Bagi yang ada syarikat Sdn Bhd layak memohon sehingga 50 ekar. Tubuhkan Sdn Bhd memakan RM 5,000 juga. Kertas kerja kena cantik, main politik kena cekap, jika tidak buang masa, duit dan harapan.
5. Permohonan ada kaedahnya yang memaksa kita turun naik Pejabat Tanah Daerah. Ada bayaran tertentu yang mesti dijelaskan.
6. Lihat pelan lain cerita, beli plan cerita seterusnya, sekurang-kurangnya 3 orang pegawai kita kena jumpa sebelum permohonan boleh dimajukan.
7. Zaman dahulu permohonan direkod di dalam satu Buku Daftar saiz gergasi. Zaman sekarang masuk dalam pangkalan data komputer. Zaman dahulu selepas permohonan dibuat tunggulah dua bulan untuk dapat kad putih menandakan permohonan telah diproses. Tunggu punya tunggu kad putih pun tak sampai sampai.
8. Untuk tahu satu tanah itu kosong yakni milik kerajaan kena membuat penyelidikan dahulu dengan jiran tanah berdekatan, ketua kampung, Penghulu dan mungkin YB.
9. Dari zaman Buku Daftar gergasi sampai zaman super komputer, permohonan tinggal permohonan. Dari memohon 6 ekar sehingga turun 3 ekar, borang diisi jelas tidak menghasilkan apa-apa. Tubuhkan syarikat Sdn Bhd dan mohon lagi, setakat dipanggil temuduga kemudian senyap sepi bagai dilanggar garuda.
10. 3 ekar lepaslah untuk tapak rumah dan kebun sedikit. Kalau takde duit sendiri maka sampai mati tak bertanah. Nak membeli rumah di perumahan harganya bagi orang biasa, amatlah menyedihkan. Kalau ada tanah sendiri boleh juga diansur perlahan-lahan buat rumah sendiri. Nak beli rumah perumahan, puas berjawab dengan bank akhirnya pinjaman gagal. Tumpang mak ayah lagi gayanya.
11. Yang anehnya kelihatan beberapa golongan tertentu yang bukan berkod 06 dengan senang lulus permohonan. Begitu juga dengan syarikat Sdn Bhd beralamat luar Pahang. Apa lagi GLC negeri mahu pun GLC kebangsaan dapat beratus ribu ekar dengan premium kadar rendah. Kerta kerja dia orang mantap kot. Atau cara berkerja dengan ahli politik dan birokrat akrab kot. Birokrat ni kakitangan kerajaanlah dari yang teratas sampai yang terkebawah,
12. Apa lagi salahnya menjadi orang 06 ni agaknya. Bukan salah ibu mengandung. Ini bukan takdir. Ada sesuatu di dalam pentadbiran sana yang tidak diketahui oleh rakyat biasa.
13. Eloklah sesiapa yang pernah lulus memohon tanah di Pahang ini membuka satu kursus jangka pendek bertajuk Sijil Cara Memohon Tanah Sampai Lulus Negeri Pahang. Boleh kita pergi ramai-ramai ke kursus tersebut.
14. Negeri paling luas di Malaya tetapi penduduk asal ramai tak bertanah. Malas nak tulis statistik orang muda tak bertanah, tak berumah dan berkod 06 di sini.
15. Tak boleh ke dibuat satu skim di setiap daerah dibuka satu kawasan memilikki tapak rumah bagi semua kod 06 yang merempat di negeri sendiri. Bagilah dalam 8000 kaki persegi setiap keluarga, itu baru 1/8 ekar. Wujudkan database yang dah dapat atau dah ada tanah kedaung berpuluh ekar tak layak ambik borang online pun.
16. Tanah bidang kuasa negeri, takkanlah tak pernah wujud idea sebegini di kalangan Exco yang semuanya bijak pandai. Wakil rakyat kita pergi mana, tolonglah bincangkan dan suarakan kepada yang berkenaan.
17. Bukan memandai-mandai atau sengaja nak menyakitkan hati sesiapa. Ini realitinya, hakikatnya.
18. Doa sebelum pejam mata ialah semoga tanah 2 kaki darab 6 kaki dalam 6 kaki tak perlu memohon terlebih dahulu, mana tahu satu masa nanti sesiapa yang rasa dah nak mati sangat sila isi borang online untuk rizab kubur sendiri! Khalas. Kredit : Isma Nazom Bin Abdul Hamid
AAP - Moralnya jangan ingat negeri Pahang ini besar dan luas orang Pahang mempunyai banyak tanah. Hakikatnya orang Pahang sendiri tidak dapat untuk memiliki tanah, ditanah tumpah darahnya.akuanakpahang.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/04/susahnya-memohon-tanah-di-pahang.html